Jumaat, 5 Oktober 2012
TreatsPoints Maybank
Banyak x banyak barang yang aku redeem kat TreatsPoints Maybank ni hehehe....
Oven tu yg paling aku inginkan sebab oven lama dah meletup.. terbantut aku nak buat kek masa tu huhu..terpaksa tukar plan kukus plak. Pastu kukus lupa tgk air sampai dah kering dan hangus kek aku sbb melepak kat jiran sebelah nak pinjam oven dia tapi dia x reti plak nak guna sbb baru beli hahaha.... Sudahnya x jadi apalah kek aku tu.... tapi bolelah dimakan hehe...
Alhamdulillah cukup point nak tukar oven pastu bukan tu je malah byk lagi brg yg lain hehe..antaranya ialah periuk serbaguna, periuk india dan kettle dpt 2 sebab yg aku nak bukan yg ni tapi disebabkan kehabisan stok dia bagi yg tu tapi dpt 2 ler.. dia x usik point yg sedia ada. Oklah kan kira untunglah jugak hehe...
Sebenarnya dah byk gak redeem brg cuma kali ni je nak amik gambar haha...pernah ler jugak redeem jam, barang tupperware..
Nota jari : Berasap2 kad kredit kene swip hihihi... ingat senang nak kumpul points hehe..
hasil semaian ♥nrina♥ di 8:00:00 PG 2 bunga tulip
Label: Barang Rumah, Cerita Aku
Khamis, 4 Oktober 2012
Jawapan Teka Bunyi Era
hasil semaian ♥nrina♥ di 9:02:00 PTG 0 bunga tulip
Label: Cerita Aku, Peraduan
Shopping huhu..
hasil semaian ♥nrina♥ di 11:52:00 PG 0 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Rabu, 3 Oktober 2012
Jari yg sedap..
Jari yg montok...
Ni baru lepas potong kuku. Bukan dia je yg nak hisap jari sendiri. Aku pun terasa nak hisap jari dia jugak hehehe..
Aku berharap jari inilah yg akan menjaga aku diwaktu tua kelak. Di mana waktu itu mungkin aku tidak berdaya nak bangun dan bergerak. Jari inilah yg akan membelai aku seperti mana aku membelainya di waktu kecil.
Nota jari : Sekiranya aku tidak dikurniakan seorang anak perempuan, maka aku berharap kepadamu Ya Allah..kurniakanlah aku seorg menantu yang solehah yang dapat menjaga aku dihari tua nanti dengan penuh kasih sayang sebagaimana yang telah aku lakukan kepada kedua ibu bapaku dahulu.
hasil semaian ♥nrina♥ di 5:00:00 PTG 3 bunga tulip
Label: Cerita Aku, Zafry
Makna Aiman Zafry
Cepat dan bersemangat g daftar hehe pasal dah tetapkan nama anak sebelum dia lahir lagi.
Alkisahnya aku tetap menunggukan anak perempuan sebab dah sediakan nama dari anak pertama dulu hehe.
Tapi nama tu tetap terkubur camtu dan bertukar2 pula hehe...
Pada mulanya aku berkenan nama Zafryel... tapi bila google nama tersebut tak mempunyai makna. Dalam masa yang sama aku nak letak nama untuk anak perempuan Zafreen. Pun aku google gak xde makna.
Tak puas hati aku tanya kat ustazah tempat anak aku mengaji. Suruh dia carikan makna nama tersebut. Tapi katanya nama tu sekadar pelengkap ayat..mmg xde makna. Kalau nak letak jugak biarlah nama tu di depan. Oohh tidak..aku nak letak kat belakang plak tu. So mmg x sesuai langsung.
Pk punye pk punye pk... google mcm2 web dok cari nama anak...padahal nama Zafry tu dah mmg terpampang je cuma buat dek je hehe... ramai nau nama Zafry, tu yg cam hmmm kalau boleh cari nama yg unik skit ok gak kan.
Akhirnya bila dah rasa malas dan penat. Aku amik jelah nama Zafry yg bermaksud kemenangan. Nama pompuan lak aku amik Aimey Zafrah. Aimy tu keberkatan dan Zafrah tu kemenangan jugak.
Tapi mmg xde rezeki nak dapat anak perempuan maka terkuburlah jugak nama tu hehe....
Kalau ikutkan aku nak je letak nama panjang2 Aiman Zafry Zafryel gitu hehe tapi suami x suka plak. Lecehkan budak tu je nanti bila dah sekolah hehe... Oklah, asalkan dia setuju yg Zafry tu pun oklah.
Pada aku cara pilih nama anak ni biarlah yg ada 2 suku kata sahaja. Jika ada 3 suku kata, selalunya kita x sebut dengan sempurna contohnya Amirul....nanti kita panggil dia Mirul atau Ami je...konon nama singkatanlah. Bila panggilan camtu, makna pun takde. Pahala pun x dpt. Keberkatan pada nama tu pun hilang. Jika contoh mcm nama anak aku ni Zafry...kita akan sebut Zafry jugak kan... so bila selalu sebut tu akan jadi satu doa pada si anak. Betul tak.... ini pandangan akulah...
Nota jari : Sudahnya semua yg kuar Aiman hehe... Aiman mmg x kisah hehehe...
hasil semaian ♥nrina♥ di 8:00:00 PG 2 bunga tulip
Label: Zafry
Kau ke pendengki tu?
Aku pun x fahamlah sikap sesetengah manusia yg perasan terlebih bagus dan cuba nak memalukan diri sendiri malah seakan kuman diseberang lautan dia nampak tapi gajah di depan mata dia buat dek.
Apapun sebenarnya tajuk di atas xde kene mengena pun dgn sesiapa hehe.. saja nak tingkat traffic kat blog aku je hehe..
Mesti best kan baca blog org yg tgh bergaduh....semacam aura yg bagus gitu pada org lain nak baca dan menyebuk.
Pada aku cukuplah aku telah kehilangan diri aku selama hampir 4 tahun sebelum ni. Itupun disebabkan gara2 meluahkan kat blog perkara2 yg menyedihkan dan nak marah org je. Akhirnya langsung dah xde sape nak kawan dgn aku huhu... ni semua gara2 FB dah wujud huh!! eh bukan sebab aku makin malas nak update blog ke kehkehkeh....
Sekarang aku nak positifkan balik diri aku supaya jgn bersangka buruk kat org lain. Tapi ada jugak org yg masih bersangka buruk kat aku. Aku x tunjukkan aku baik sebab aku mmg baik ngeh ngeh ngeh...
Nota jari : Bergaduh tu amalan syaitan maka jgnlah jadikan diri kita mcm syaitan hehe...
hasil semaian ♥nrina♥ di 2:26:00 PG 0 bunga tulip
Label: Cerita Aku











