Khamis, 17 September 2009

Dah nak raya..

Kejap ler plak rasanya kita dah nak beraya ek..

Mak aku pun dah kuar hospital..
Penat sgt sbb aku sorang yg uruskan hal discaj mak tu semua..yg lain takde masa nak datang..takpelah..selagi aku terdaya aku buatlah..

sekarang ada kat rumah dia dgn baba..
Biarlah kalau itu yg beri dia keselesaan..
Utk aku nak menjaganya hmm..tak dapatlah nak tolong..mmg dah tak larat sgt dah..

Setakat datang setiap hari dan tolong kemaskan rumah jelah yg mampu..itupun dah nak tercabut pinggang aku ni hah..letih tu tuhan je yg tahu..

Keadaan mak camtulah..kalau malas nak layan, buat tak tau je..
Ape yg dia nak ialah pegi ke tandas..nak buang air sendiri..
Masalahnye..dia nak berdiri pun tak mampu..ape lagi nak berjalan..
Dgn kudrat yg aku ada ni..mmg tak dapat nak bantu dia..jadi dia hanya pakai pempes jelah..

Sebelum ni berkobar2 jugak ler nak raya tapi bila dlm keadaan camni..letih dan terlalu byk benda yg nak kene buat..aku jadi tak bersemangat ler plak..

Mana nak kemas rumah mak..rumah sendiri pun tak terjaga ni hah...baju dah jadi gunung everest tak berbasuh..kang dah basuh..nak lipat plak..haduhh...dah ler tak leh nak hadap rumah sendiri 24jam..

Dlm keadaan camni..org yg kene sumpah dgn aku tak lain tak bukan adalah ejen yg uruskan pekerja asing tu..yg sampai ke hari ni tak jugak selesai..

Dah byk kali suruh pulangkan duit..katanya..bersabar..dia sedang usahakan..nampaknye sampai tahun depan pun tak jugak selesai..nak amik ejen lain pun tergendala sbb dia tak pulangkan duit..

Aku tak kisahlah pasal hujung tahun ni kira aku akan berehat ler daripada menguruskan hal mak dan baba tu..lantak ler adik beradik aku yg lain plak pk camne nak hadap diorg tu hari2..

Bosanlah kan..dengar cerita aku ni..aku pun bosan nak cerita tapi kat mana lagi ler tempat aku nak luahkan..

Dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua kengkawan blog yg mengenali aku..

Mohon maaf sekiranya ada mengguriskan perasaan kengkawan semua..

Semoga sentiasa gembira di hari yg bahagia ni..

1 bunga tulip:

Tirana berkata...

Selamat hari raya Nrina..maaf zahir dan batin.. Hari raya kena gembira, jangan sedih-sedih ye..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster