Sabtu, 20 Februari 2010

Penemuan...???

Akan datang...

Penemuan yg membuat aku gembira hingga tak nak tido dan tak sabar2 menunggu hari esok..

Nak tau..ikutilah perkembangannya nanti...

MUAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!

AKU SUKE..AKU SUKE..HAR HAR HARIMAU SIANG..CEPATLAH SIANG..HUAAHAHAHAHAHAUHUK..UHUKK!! alamak..terlebih sudah!!

Byk hal..

Lama dah tak jengah komputer ni..malas bebeno rasanya sbb takde idea hehe..bosan plak asyik dok tepek muke si kecik tu.

Lepas berpenat lelah dgn aircond yg baru pasang tu (masih lum habis kemas lagi). Ade plak makcik tu datang ke rumah yg kebetulan dia nak urut org lain tapi org tu takde..jiran cadangkan aku sbb baru lepas bersalin dan tak urut2 pun..

Dah rezeki makcik tu..walaupun sekali urut RM40..takpelah mulanya aku pk nak try ler dulu..kalau tak best tak yah ler lagi..

Makcik tu aku panggil dia Maklang nama dia Fatimah. Tinggal mmg dekat kg sini je..

Tapi terus terang cakaplah..dia urut mmg takde yg sedap..semua sakit je aku rasa sampai menangis2 aku dibuatnya.

Yg bagusnya..dia pandai cari urat aku yg mmg sakit. Kan aku asyik cakap sakit pinggang je..mungkin ni cara Allah nak bantu aku ubatkan sakit ni..

Maklang tu urut terus baik ni hah..walaupun ade ler sakit sbb bengkak dia kejekan urat tu keluarkan angin..tapi aku rasa badan ringan dan selesa..

Pastu aku teruskanlah 3 kali berturut2 utk urutan lepas bersalin..walaupun serik sbb sakit tapi bila pk nak sihat..aku tabahkan jelah hati ni..

Hari ni baru habis urut..semua RM120..

Bila pk betul gak kata dia..buatpe buang duit beli mekap..beli baju lawa2 tapi badan tak sihat..jln tak betul..sakit itu sakit ini..kalau badan sihat..pakai ape pun cantik..hehe..aku ni bukanlah nak cantik tapi aku nak pinggang dan tenaga aku baik je..supaya leh buat keje dgn cepat..

Lain hal plak dgn hp mak aku yg hilang tu. Aku dapat cakap dgn org yg jumpe simkad tu pasal dia aktifkan simkad tu kat hp dia. Dapatlah aku borak dgn dia. Katanya dia jumpe simkad tu dibuang kat depan kedai topup kat Duyung..tu kat Melakalah. Duyung tu adalah tempat anak buah aku tu duduk..kalau dia tak amik..camne lak simkad tu boleh tercampak kat sana plak.

Bela lah anak dia yg pencuri tu...aku bukan tuduh dia sekeluarga tapi anak dia tu je. Aku dah g maxis utk amik simkad tu semula. Kononnya nak tengok statementlah boleh print nak kasi bapak dia tengok..tapi maxis hotlink punye laman web celaka ni tgh upgrade plak..dah lama dah aku cube bukak tapi masih tak boleh..lagi tahun lepas lagi..ade je halangan aku nak dapatkan bukti.

Abang aku tu langsung dah tak jengah mak dan baba lagi disbbkan tuduhan aku yg dia tak leh terimalah kononnye tu. Yelah..anak dia terlalu baik utk mencuri sedangkan bukti dah jelas nyata dah ni..kalau dia tanya anak dia..mati hidup balik pun budak tu takkan mengaku..

Bini dia tu mmg tak sedar diri...kalau tak sbb suami dia merayu pinjam duit kat adik beradik..dah lama dia tak pakai kereta sbb kene tarik..pastuh nak berlagak lak lagi. Kalau ikutkan hati aku..bila kenangkan perangai bini dia tu..jgn harap aku nak bagi pinjam duit kat abg aku tu tapi aku kesiankan abg aku tu..dah ler bini beli rantai gelang mas besar gedabak..lokek plak nak gadai..sanggup suami yg kene pk cari duit lebih utk sambung hidup..hishhh..geram sgt ni..nak cakap depan dia tak leh jadi aku cakap kat blog ni jelah..

Minta maaflah pada sape2 yg baca sbb ini sekadar luahan hati yg terpendam..kata2 ni aku mmg tak leh nak ungkapkan di alam nyata..hanya kat sini je sbb hakikat sebenar..aku perlu diamkan diri je supaya tak mengeruhkan lagi keadaan yg dah mmg sedia keladak dah ni..

Rabu, 17 Februari 2010

Zahran..Zahran..











Mengubati kerinduan ayah pada anak kecilnya..

Zahran sudah 2 bulan

Selasa, 16 Februari 2010

Tangan








Isnin, 15 Februari 2010

Zahran & Abg2nya











Sabtu, 13 Februari 2010

Air Cond

Aku mmg tak nak pasang air cond kat rumah sbb aku tak suke..tapi pasang jugak disebabkan si kecik tu.

Skrg ni kan musim sgtlah panas..mmg bahang tapi pada aku dan Zahran masih boleh bertahan sbb dah biasa..cuma kawan suami kesian kat baby kecik aku tu. Jadi dia usahakan pasang jugak air cond secepat mungkin di atas persetujuan suami jugaklah.

Jadi...ade ler air cond kat rumah aku skrg ni...alkisahnya..

So gambar kat bawah ni utk suami yg jauh kat sana...




Ayah..water heater dah elok..ntahlah mcm biskut lak dia jap ok jap tak..

Air menitik kene rak kasut...nanti ayah pklah camne nak atasi perkara tu..



Bab yg palinglah aku benci kalau nak buat penambahan atau baik pulih rumah ni adalah habuk...paham2lah diorg kene tebuk lobang kat dinding tu dan segala habuk tu semua berada kat gril dan tingkap malah seluruh rumah...


Nak tak nak...aku yg longlai baru baik dari cirit-birit ni kenelah berkemas..fuhh..mmg rasa nak pengsan tapi kalau aku tak kemas dgn cepat lagi teruk aku kene kemas nanti bila anak2 berlari membawa habuk kat kaki tu keliling satu rumah...

Langsir kene bukak basuh..aku terpaksa jadi spiderwomen utk membuka langsir tu..sampai skrg tangan masih sengal..seolah2 memegang zahran 1 hari tanpa rehat..sbb aku kene berpaut lama kat gril utk bersihkan habuk yg bertenggek kat atas tu..badan ni kalau berat dlm 40++ takpelah jugak agaknye..ni masih lagi kategori anak gajah..

Rumah kene mop luar dan dlm..itupun masih ade lagi habuk kat celah2 yg tak mampu aku bersihkan...buat tak tau je tapi fuhh..paham2 jelah perasaan ni bila nampak habuk tu..panas je hati ni...

huuiiii..jgn dibuat lagi keje camni woiii...penattttt!!!!!!

Khamis, 11 Februari 2010

Layan je

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster