Sabtu, 25 Mei 2013

Perkembangan kitorg...

Makin kronik aku rasa waktu untuk blog aku ni. Meluangkan masa bersantai bersama blog kesayangan aku ni menjadi perkara yg sgt mustahil skrg.

Apa yg termampu aku buat...jika ada waktu yg mcm terpaksa aku log in blog ni...masa tu ler aku gunakan kesempatan utk jadualkan post yg lama2. Dok terperap je dlm draf tu tapi nak diulaskan satu persatu hmm...terasa masa tu sgt mencemburui aku. Tetiba si Zafry yg take over laptop ni hihi.

Perkembangan terkini pasal Zafry, dia dah boleh berjalan masa usia dia 8 bulan lebih. lagi 2 minggu nak ke 9 bulan gitu. Cepat giler... Kalau dulu aku fikir macam mustahil ada baby yg bole jalan cepat ni sbb Zikry dan Zarfan tu setahun lebih baru leh jalan. Pastu Zahran berjalan umur 10bulan. Itupun dah buat aku terkejut giler dan happy sgt. Bila Zafry plak...tak terkata dgn kuasa Allah ni. Agaknya kalaulah aku ada baby lagi...6 bulan agaknya dah bole jalan hahaha..lawak antarabangsa jap.. yelah mana tak.. makin lama makin cepat berjalan anak2 aku ni.

Aiman Zikry : 1 tahun 1 bulan
Aiman Zarfan : 1 tahun 1 minggu
Aiman Zahran : 10 bulan
Aiman Zafry : 8 bulan

Aku bersyukur sgt pemberian Allah ini. Jika ada persoalan...camna aku ajar anak jalan cepat. Ok....jawapannya...aku tak ajar pun hehe..semulajadi atas keinginan dia sendiri.

Cuma aku tak letak dia dlm walker setiap masa. Aku biarkan dia lepas bebas. Dia suka bergerak dlm istilah menyelar..menjalau..eh camne nak tulis eh...kiranya dia suka jalan pegang kerusi..kdg2 dia tolak walker tu... semua tu atas diri dia sendiri. Aku hanya berikan keyakinan utk dia melangkah tanpa pegang..suruh dia bertatih...itupun tak lama..dlm seminggu dua je ajar..pastu dia boleh gerakkan langkah pertama dan kedua dan akhirnya berpuluh langkah...

Mungkin juga atas dorongan dan keinginan bermain dgn abg2 dia yg sentiasa berlari sana sini membuat dia bersungguh2 nak berjalan. Alhamdulillah....dia makin rajin berjalan tapi dlm rumah jelah. Aku dah belikan kasut tapi bila pakaikan terus tak reti plak nak berjalan....tak selesa agaknya..takpelah raya nanti dah boleh jalan dah..

Perkembangan lain...Zarfan pula.

Hari tu g paediatrik...aku lupa plak nak bawa buku sekolah dia. Tapi bila doktor tanya dan suruh buat tulis2 kat kertas dan tanya beberapa soalan...ok je dia jawab. Pastu doktor kata ok je dia ni..klu tak boleh menulis dan faham arahan doktor tu lainlah...ni bole je..doktor pun cakap bulan sepuluh nanti datang balik temujanji utk lihat perkembangan seterusnya. Huruf dan nombor mmg masih terbalik..kita kene sentiasa pantau jelah...tapi bila cakap terbalik nnti dia tau nak betulkan semula cuma kesilapan tu mmg selalu berlaku. Mungkin dia lambat dalam pelajaran je....bukan deslaksia kot hehe...

Zikry...ok je. Dia ni mudah sikit nak ajar dan hafal...cuma kene tegas...malas sikit..biasalah lelaki..tau nak main je.

Zahran...makin menjengkelkan dgn perangai kebudak-budakan dia...mmg dia budakpun. Walaupun dia 4 tahun ikut tahun tapi dia masih lagi 3 tahun... aku pun tak pasti camnalah nanti dia nak sekolah prasekolah tahun depan...ntah dia nak ke tak huhu...

Aku...perkembangan yg kembang selalu... malas bersenam..gitulah.

Suami...tgh giat berdiet..diet yg aku tak mampu nak ikut sbb aku tukang masak kat rumah ni... masak kene makan... tak makan rasa rugi hihi...

Alhamdulillah...moga kebahagiaan, kesihatan dan redha Allah sentiasa berada dlm keluarga kami...insyallah.

Nota jari : Cuti sekolah ni tak plan g nane pun...xde pekdahnya sbb semua tempat mmg ramai org... tak selesa. Yg selesa dok rumah layan tv hihi...


1 bunga tulip:

Kakzakie berkata...

Anak-anak kakak semuanya setahun lebih baru pandai jalan. Ini 8 bulan memang cepat sangat!!

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster