Ahad, 29 November 2009

Penantian dlm kerinduan..

Bosannya malam ni..

Terasa benar kerinduan pada suami yg baru je petang tadi berangkat ke Bandung disebabkan tugasan yg tak dapat dielakkan.

Dalam keadaan aku camni..bila ada suami di sisi tu rasa selamat ler. Malas betul nak susahkan org lain bila aku nak bersalin nanti.

Jarang aku ni online memalam..selalunya mmg dari awal aku dah tido tapi malam ni lepas ngemaskan persediaan baju utk aku berpantang nanti..simpan baju mengandung yg tak perlu..susun balik kotak dan aku cuba tido balik tapi masih jugak tak leh lelap mata..terpaksalah aku bukak komputer ni hilangkan bosan dan rindu..

Anak2 aku bagi kelonggaran dia tengok tv..sampai tertido sbb bilik diorg jadi tempat keje aku mengemas tadi. Masih belum siap sbb aku perlu angkat kotak dan ntah ape benda lagi tu..pinggang dah sakit so kene rehat..sambung esok je..

Harapnya baby ni janganlah keluar waktu ayah dia bertugas jauh diperantauan tu..mmglah aku nak baby ni cepat keluar tapi bila dah dlm keadaan camni..tak sukelah kalau takde suami di sisi huhu..

Kalau jadi ape2 kat aku dan baby ni..aku sumpah org yg menyebabkan suami aku kene pulang kat sana tu..biar dia akan terima nasib yg sama...tak pk ke bini org tu nak bersalin..pastu nak tunda2 lak keje tu..mcm sengaja je nak menyusahkan aku sekeluarga..dengki ke ape..hishhh...meluat betul aku dgn org indonesia ni tau..tau menyusahkan org je..kerajaan dia yg bangang bukan je menyusahkan rakyat sendiri tapi org lain jugak..

Luahan hati org tak puas hati hehe..lantaklah sbb aku tertekan skrg ni..tension sgt..tak boleh ke dlm 2 bulan ni biarkan suami aku ada kat sisi aku..aku bukan mintak setahun..tapi bulan doblas ni sampai bulan satu...itu je..tak boleh ke gantikan org lain jap ke..bodoh ke ape diorg tu tak dapat nak handle gajah hijau tu tanpa suami aku..sampai bila nak jadi pandai..

Ayah..maaflah kalau kata2 mama ni melampau tapi ini sekadar luahan je. Mama tau keje ayah bukan seperti org lain boleh fikirkan. Hanya ayah je yg tau..apapun mama kagum dgn diri ayah yg sentiasa sabar dlm keje. Walaupun adakala mama cemburu kerana diduakan dgn kerja ayah tu hehe..

Semoga ayah sentiasa selamat dan sihat. Cepat balik tau..

1 bunga tulip:

Tie berkata...

Nrina,

Kak tie dapat rasa perasaan tu. Dulu kak tie gitu gak. Suami kak tie tu kerja tak menentu. Kak tie pulak tak drive. Risau betul.

Janganlah henti berdoa.... moga2 segala urusan dipermudahkan.

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster