Makin lama makin ketara..
Itulah yg aku rasa skrg ni..mmg aku aktif waktu malamlah..
Bila malam je bersemangat nak buat keje sampai penat..
Tapi bila siang..aku dah macam ular sawa kekenyangan..tak boleh nak bangun langsung..
Seolah-olah baby ni beratkan badan dia sampaikan aku nak bangun berdiri dan berjalan pun cepat mengah dan lenguh kaki.
Mata ni susah betul nak pejam bila malam..peluh tu jangan cakaplah habis basah kepala..bantal ler jadi mangsa..baju pun tak kering kat bahagian leher tu..rasa nak bawa kipas berdiri tu ngadap muka aku je..tapi tak kuasa lak nak angkat hehe..
Pelik betullah pembawakan baby aku kali ni. Kengkadang rajin tak bertempat..aku tak pernah serajin begini masa tak mengandung terutama bab mengemas, cuci lantai luar..2 atau 3 bulan sekali je aku cuci itupun kira rajinlah selalunya masa nak rayalah hehe. Tapi kali ni seminggu sekali..ade sebab pun aku cuci seminggu sekali tu..ada beli filter tapis air kat luar..yg besar tu..jadi kene backwash. Daripada buang air camtu je, baik aku cuci lantai.
Lagi satu aku cepat giler panas baran. Walaupun aku mmg panas baran orgnya tapi kali ni lebih teruk. Mungkin keadaan aku yg mengandung ni tapi ntahlah..kesian jugak kat anak2 aku tu bila pk balik tapi mmg patutpun aku marah dgn kenakalan diorg. Cuma aku rasa fizikal aku tak cukup kuat utk tahan diorg jadi aku lepaskan melalui jeritan hehe..macam singalah hihi..
Bab makan pun satu hal..malas makan. Nak diet je hehe. Kalaulah mak aku masih sihat..dah tentu aku harapkan dia masak je utk aku hehe..macam dulu..siap buat permintaan lauk lagi. Ape leh buat..dah nasib..skrg ni mak aku mengharapkan lauk dari aku tapi aku sendiripun tak kuasa dah nak pegi pasar..tak larat..
Terkilan raya hari tu aku tak dapat nak masakkan masakan yg best utk suami dan mak. Byk bahan takde dan mmg aku tak laratpun nak berdiri lelama. Mmg suami tak suruh pun aku masak tapi kesianlah dia dah jarang makan masakan aku disebabkan ketidaklaratan aku ni.
Rasa cam mengada je tapi hakikatnye itulah. Aku mmg tak larat waktu siang. Pasal tu nak keluar asyik bertangguh dan akhirnya tak kuar langsung. Kalau keluarpun mmg waktu malamlah tapi tak sampai sejam dah pulang sbb tak larat. Nak kene cari tandas je utk buang air kecil..tu yg malas rasanya hehe.
Haa...sebelum terlupa aku nak bitau jugak. Aku tak mengalami sembab kaki dan gemuk jari tau. Cincin aku tetap longgar sedangkan sebelum mengandung aku rasa muat2 je cincin tu. Rasanya mmg pil perancang keluarga ni menggemukkan badanlah. Susah sgt nak diet kalau makan pil perancang keluarga tapi skrg ni walaupun mengandung berat aku tak bape naik walaupun perut aku makin membesar. Aku punya p***d*** pun tak membesar. Gitu je bentuknya dari sebelum mengandung..cuma cangkuk bertambah inci..susah betul nak cari jenis cup A dan saiz 38/40. Daripada menanggung ketidakselesaan tu..aku lebih rela tak pakai c*** langsung hehe.
Harapnya diet aku berjaya lepas bersalin nanti walaupun masih jugak nak makan pil perancang keluarga. Aku tak suke cara lain sbb rasa cam menyakitkan..tak suke kene cucuk2 jarum ni hehe.
Oklah..celoteh diwaktu bosan.
Isnin, 30 November 2009
Kerenah pembawakan
hasil semaian ♥nrina♥ di 8:36:00 PG
Label: Cerita Aku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 bunga tulip:
Ha ha...
Begitulah Nrina.. setiap anak memang berbeza. Yang penting kita sihat dan jaga diri tu. Kak tie dulu pernah jatuh terduduk ketika kandungan 7 bulan. Mujur tak apa2...
Lantai tu pastikan tak berair, atau licin. Takut rebah.. Jangan panjat2..macam kak
ada wanita masa mengandung berat badan naik mendadak yer.
nor, due bile? pastu nk deliver mana?
kak tie:
tq kak tie..setakat ni saya tak penah jatuh..tergelincir mcm nak jatuh ade ler tapi pandai kontrol lagi hehe..biasalah bila dah buat keje lasak terutama dgn air ni..biasanya tak larat nak bangun je bila dah byk buat keje tu hehe..
julietchun:
ha'ah..dulu anak pertama berat aku naik 22kg..pasal tu aku terus dlm kategori gemuk hehe..
yulie:
tengah bulan ni kot..aku biasalah..hospital besar je..
Catat Ulasan