Selasa, 2 Oktober 2012
Sakit weiii....
Aku nak cerita masa aku kat spital hari tu. Tak habis lagi ni bercerita hal tu hehe...
Aku dapat masuk wad kelas 1 bilik sorang masa tu kan.. bestlah bilik ada sebab sehari sebelum raya sape yg nak dok spital kan.... Alhamdulilah dapat jugak bilik idaman aku tu.
Tak takut ke? Tu soalan yg selalu ditanya bila aku ckp nak dok bilik sorang. Aku ni kuat semangat orgnya. Takut tu x jadi masalah sbb aku lagi x suka nak jaga perasaan org yg sama bilik dgn aku terutamanya bab aircond dan tandas.
Pengalaman lama dah mengajar aku so aku x nak ia berulang. Sakit hati bila kenangkan. Dah ler aku selsama pastu ekon x leh nak tutup sbb central. Dah tu nak g tandas ler yg paling sakit hati... aku ni dah ler sakit pinggang, jln mengesot.. berpegang2 bagai tapi ada org selamba je terus masuk dlm tandas yg aku nak g tu... buta ke ape kau... dah 2,3 kali kene camtu akhirnya aku berdiri depan pintu tandas dlm keadaan yg sgt seksa... plak tu baby asyik nangis je... bilik ada 4 org... nurse pun buat dek je..
Oklah berbalik pada cerita asal aku ni hehe...
Aku masuk wad waktu petang dlm kul 3pm camtulah... hari tu puasa last... hari bantai... org bz masak ketupat rendang, aku ni dah terlentang hehe...
Sampai kat wad, katil x leh tinggikan. Dah aku kene melompat turun dr katil yg bawa dr labour room tu. Ape ler bagi katil rosak kat aku...dah ler bayar mahal hmmm. Pastu aku ke tandas sbb mmg x tahan nak terkencing dr kat sana lagi... dah ler sakit tapi nak buat camne nak terkencing punye pasal. Plak tu tangan aku tu masih lagi diorg masukkan air tu. Katanya petosin...camtulah kot bunyinye. Nak kecutkan rahim. X pernah plak nak bawa sampai ke wad. Dah 4 org anak dah aku ni..ni pertama kali. Dah kena angkut batang besi tu tiap kali nak bergerak.. punyelah seksa ya rabbi.
Dah ler sakit bila gerakkan jari. Jarum tu panjang weii... bengkak tangan aku. Mmg nak nangis benda tu kat tangan ni tau.... aku beranak tadi pun x nangis camni huhuhu.... sakit rasa cam nak menjerit je.
Pastu berlalulah malam dgn syahdunya sbb dengar takbir kat masjid Al-Azim tu. Nak sedih sgt tu tidaklah sbb tgk baby je buat hati aku gembira.. Yg penting x perlu menempuh hari2 dgn perut besar lagi hehe...
Siang2 panas so aku x kisahlah pasal aircond tu. Cuma bila malam sejuk giler... pastu suami dtg malam tu tutupkan aircond yg central tu...aku sorang bolehlah buat camtu hehe... kalau ada org lain tu yg jadi masalah sbb mungkin dia panas... so dgn selesanya aku x beraircond malam tu....sampai pagi bukak ler balik sbb dah mula rasa panas hehe... Sesuka hati aku je boleh buat sbb bilik tu hanya aku sorang je hehe..
Bila dah malam tu, nak tidolah konon. Pastu lampu terang giler diorg bukak. Aku tutuplah bukak lampu kecil kat kepala katil tu je. Tapi kejap2 nurse masuk, pastu doktor masuk. Setiap kali aku g tutup diorg masuk bukak balik pastu blah x tutup semula lampu tu. Dah ler seksa aku nak bangun dgn luka yg masih bisa pastu dgn nak gerak bawak batang besi tu...hek elehh...sakit jiwa aku beb.
Last2 mmg bukak jelah lampu tu sampai pagi.... aku pun mmg x tido sampai pagi sbb seksa sgt menanggung kesakitan kat tangan dgn jarum tu dan kesengalan jiwa aku.... Baby asyik nangis je sbb lapar.. susu x kuar lagi walaupun hampir nak tercabut puting payudara aku ni. Dah ler hisap punye kuat.
Akhirnya nurse yg x tahan dengar baby asyik nangis je..dia cam nak marah aku ler x kasi susu badan. Susu xde walaupun mulut dia x lepas pun dari dada aku sepanjang masa. Pastu nurse amik baby kasi minum susu hehehe... dptlah aku baring jap masa tu. Tapi x bleh tido jugak sbb tangan masih sakit.
Setiap kali nurse dtg atau doktor...aku mesti merayu2 suruh diorg bukak jarum tu...xde dia layannye permintaan aku tu. Geram je. Lagipun air tu lambatnya turun. Aku terpaksa gerakkan tangan utk buat air tu turun cepat..mcm tersumbat kat dlm kulit aku ni. Yelah dah bengkak. Aku urut2 kat hujung jarum tu pastu buat gerakan genggam dan buka tangan...
Tapi akhirnya waktu sebelum subuh...dtg nurse shif pagi...dia terus bukakkan jarum tu bila aku suruh hehe.... Kesian kat aku katanya. Lagipun air pun dah tinggal sikit. Masa tu Allah jelah yg tahu perasaan aku. Macam banduan yg terlepas dari gari hehe... tapi tangan masih sakit sbb bengkak dah...
Aku boleh balik keesokkan harinya maknanya hari rayalah. Petang dlm kul 3 camtulah. Itupun selepas diorg buat prosedur terakhir iaitu cek kat 'situ' huhuhu... dah seram dah ni. Pastu doktor panggil soh g kat bilik utk cek. Rasa nak nangis bila pk pengalaman sebelum2 ni. Seramnyeee. Pastu doktor suruh baring kat katil. Masa nak kangkang tu sempat lagi aku cakap...doktor perlahan2 ye hehe... Doktor tu tanya nape..sakit ke? rasa bengkak ke? aku jawab xde hehe.... dia sentuh perlahan kata sakit ke... takde pun hehe... so jangan risaulah.
Rupanya dia hanya masukkan ubat je kat situ. Tak seluk pun. Aku ingat dia seluk huhu.... Ingat lagi masa lahirkan Zikry, Zarfan dan Zahran..doktor tu seluk kat bawah tu. Dah ler sengal sakit jahitan tu pastu dia seluk plak.... bisa weii... Masa Zikry ler yg paling teruk fobia sampai skrg. Dah ler seluk kasar pastu dua2 lubang dia seluk ni...nak tgk kot terjahit sekali ke ape ke....perrgghh....bergegar2 badan aku masa tu dia seluk... rasa nak menjerit nak teranjang je muka doktor tu. Dah ler doktor pompuan cina...doktor lelaki lagi bagus..lembut je cara dia seluk tu.
Oklah...lepas tu dah boleh balik bila kene melalui prosedur siapkan dokumen plak. Dapatlah hadiah yg kebanyakkannye pempes baby dan sabun mandi.
Bil pun dalam RM600++ je. Tak ingat plak jumlah sebenar. Kalau wad kelas 2/3 lagi murah kot...
Nota jari : Tak dapat ler aku merasa beranak kat spital swasta... Takpelah yg penting aku selamat dan baby pun sihat.
hasil semaian ♥nrina♥ di 8:00:00 PG 0 bunga tulip
Label: Cerita Aku, Zafry
Isnin, 1 Oktober 2012
Cereal dan Beta Glucan
hasil semaian ♥nrina♥ di 9:00:00 PTG 0 bunga tulip
Label: Cerita Aku, Makanan
Serupa je..
Hihihihi.....
Dah byk kali sebenarnya tgk anak beranak ni tido dlm keadaan yg sama... tapi gambar sebelum2 ni x leh tunjuklah sebab x bape sesuai hehe...
Ni kira gambar curilah... maaflah ayah ye sbb amik x mintak izin.. sgt geram tgk diorg ni tido...
Nota jari : comel jekan haha....
hasil semaian ♥nrina♥ di 8:00:00 PTG 0 bunga tulip
Habis pantang
Akhirnya tempoh berpantang aku tamat hari ni.
Tapi bukan bermakna aku boleh terus menjalankan tugas aku seperti dahulu sbb dulu aku xde baby. Skrg dah ada baby, kerja pun byk gak tergendala sbb byk iklan haha.
Kang buat keje sikit dan ek ek ek dia merengek. Dia tido oklah dapat buat keje. Dah bangun mmg belek dia jelah...
Tak sabar ni nak berjalan2. Tak kisahlah mana2 asalkan berjalan hehe...
Lagi satu, rindu plak nak balik rumah lama sbb nak amik barang lagi haha... Ayah jangan buat muka bengkek ok hihi...
Oklah nak sambung keje melipat baju yg sudah berbakul2 ni... bape kali stop ler pasal nak layan baby, nak update blog haha... blogger tegar ni skrg aku ni...
Nota jari : Kulit aku putih sikitlah pasal dah sebulan lebih x kuar rumah hehe... x lama lagi hitam ler balik hihi..
hasil semaian ♥nrina♥ di 5:00:00 PTG 0 bunga tulip
Label: Cerita Aku
40 hari
Makin membesar... makin geram je tgk dia.... bestnye peluk baby.. mmg sejuk je hati ni tau...
Kulit dia makin cantik.... aku x letak ubat apapun walaupun ada mintak kat doktor hari tu. Tak guna pun sbb aku risau dia termakan ubat tu yg terkene kat sarung tangan dia tu... dia suka hisap jari.. bahaya kan.. Alhamdulillah ok je skrg kulit dia...
Gelaran sudah bertukar... BOTAK hehehe....
hasil semaian ♥nrina♥ di 1:00:00 PTG 0 bunga tulip
Label: Zafry
Botak sudah hehe..
Suka aku tgk bila dia dah botak. Xdelah busuk lagi kepala dia hahahaha...
Sebenarnya kat bahagian ubun2 dia sebelum dibotakkan ada kerak tau... pastu masa cukur dgn kerak2 tu aku tercukur pastu dah xde lagi dah kerak tu hinggap atas kepala dia...
Itulah kebaikan bercukur ni tau.... anak2 aku xdelah aku risau rambut dia cukur bantal ke ape ke sbb dia mmg botak semuanya.. Nak jaga pun senang.. sikat mmg xdelah hehe...
Manalah rambut saya ni mama hehehe...
Lapang je rasa kepala skrg kannn...
hasil semaian ♥nrina♥ di 10:00:00 PG 0 bunga tulip
Label: Zafry
39 hari
Apa yg bakal berlaku kat budak dlm besen pink ni... nak tau? Korang kene baca sampai habis hehe...
Macam yg aku bitau, budak ni sgt suka mandi. Tgk tu x reti dok diam dlm air...kecepak kecepuk dia mainkan tgn dgn kaki dia dlm air tu.
Taadaaaa... dah botak hehe....
Aku buat sorang2 je masa dia dlm besen tu. Mulanya nak minta tolong suami pegangkan tapi dia dah keluar plak. Aku bangun lewat hehe...
Jadi masa mandikan tu aku berbelah bagi nak ke x cukur kepala budak ni. Aku sebenarnya dah geram sgt kat kepala dia yg berambut lebat masa tu....dah ler mcm ada kelemumur, busuk plak tu bila berpeluh hehe...
Patutnya aku dah buat masa 7 hari kelahiran dia untuk dapatkan pahala sunat tapi aku lupa pastu terlepas ler harinya. Kononya jugak nak simpan rambut dia utk majlis cukur jambul nanti tapi bila bincang dgn suami dan tanya pakcik google... cukur jambul tu adat je.. so x perlulah nak buat. Aku akan buat aqiqah je nanti beserta doa selamat ataupun tahlil....tgklah belum dibincangkan sepenuhnya...
Masa aku cukur kepala budak ni.. mencabar sikitlah sbb dia dah mula tunjuk rasa x selesa bila lama sgt duduk. Bukan apa...rambut dia lebat maa..... nak potong dulu mcm lagi byk masa nak guna so aku terus cukur je. Bila rambut tu dah byk melekat kat pisau cukur...dah x tajam.. 3 mangkuk air aku sediakan utk letakkan rambut dia.
Cara aku masa tu basahkan rambut dia dgn sabun pastu cukur.. selagi ada air dan sabun kat kepala dia, aku x perlu risau sbb x kan terluka punye kulit kepala dia. Melainkan kalau kering mmg mudah terluka.
Dia x mmg x bleh dok diam masa tu so aku pegang dia sebelah tgn sambil lagi sebelah tgn cukur kepala dia.. lagi tak leh berhenti gerak kepala dia sampaikan sabun dah masuk dlm mata haha...
Camnalah kata sabun ni x pedihkan mata... melalak jugak anak aku bila sabun masuk mata dia hehe...
Pastu sampai termuntah2 dia dlm besen tu. Dah kotor giler air tu so mmg x bleh nak mandikan balik guna air tu. Disebabkan aku sorang2 je waktu tu. Aku letak je dia kat singki, mandi air paip hehe... sejuk mmg sejuk tapi dah x cukup kaki tangan mama kau ni nak buat keje nak ooii...
Tapi dia suka je....
Inilah hasilnya... ada sikit2 yg x rata. Takpe minggu depan mama ratakan lagi hehehe...
Oh ye lupa nak maklumkan bahawa aku akan mula cukur rambut dia mulai hari ni setiap hari Rabu, 40 kali berturut2 setiap minggu. Kenapa?
Aku pun x pastilah tapi jiran aku suruh amalkan camtu. Aku buat masa Zahran lagi dan mmg budak tu cepat belajar.... cakap sekali je dah ingat. Terang otak hehe...
hasil semaian ♥nrina♥ di 8:30:00 PG 0 bunga tulip
Label: Zafry



.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

