Jumaat, 7 September 2012

Tak tahan godaan huhu..

Siapakah yang salah...

Orang yg bagi atau org yg x habiskan...

Alkisahnya jiran sebelah ni asyik bagi lauk tengahari yg bukan utk aku yg tgh berpantang ni. Sotonglah..udanglah..plak tu sedap giler kuahnye huhu...

So aku makan jelah huhu... nyesal tapi masa makan x nyesal..sekarang jelah tapi x ler nyesal sgt sbb x rasa apa pun... best je hahaha... jap lagi gatal padan muka aku..

Cerita 19 hari yg berlalu dgn laju..cepatlah laju lagi. Aku yg paling rimas dan tak tahan adalah semut dan habuk beraksi op op oppa gangnam style kat rumah ni...sgt menyakitkan hati hokey.. nak je aku hempuk mereka2 itu dgn batang mop tu tapi apakan daya aku x terdaya.. pk kan diri sendiri dan masa depan yg bakal aku tempoh..badan ni nak pakai lama woo... dah org kasi rehat tu rehat jelah.. gatal plak tangan nak buat keje..

Lainnye hal anak2 yg dah besar ni. Semalam aku seakan gila meroyan membantai anak2 dgn rotan sbb mereka lakukan perkara yg aku dan pesan byk kali dan dia buat tanpa rasa bersalah... Aku dah cakap byk kali benda2 yg pantang ada kat rumah ni contohnya plastesin eh betul ke aku eja..aahhh lantaklah janji sebutan dia gitulah. Aku cakap x suka tu x sukalah. Xde alasan yg boleh buat aku suka dan benarkan...tapi adalah kecuali cikgu suruh beli sbb nak buat kerja utk pendidikan seni tu tapi hanya itu jelah..pastu dah xde dah ye.

Tapi semalam si Zarfan sudah beli itu plastesin tu kat kedai tempat dia mengaji. Aku dah berbulu mata dah nampak benda tu. Aku pesan dgn dia jaga elok2 jgn kasi Zahran main. Dia janji dgn aku. Ok aku benarkan dan x marah. Malam tadi sebelum tido aku rayau tgk diorg ni x tido lagi padahal dah pesan dah dgn abangnya si Zikry tido bila jam dah tunjuk pukul 10pm.. masa tu dah 10.15pm masih lagi tercongok tgk tv. Dah panas di situ... yg buat aku terus berapi tgk Zahran main plastesin tu kat lantai..dah kotor bersepah dan uuurrgghhhh.... rasa nak meraung sbb aku mmg x suka jadi benda camnilah.

Apa lagi... sesah sesah dan sesah...si Zahran je x kene sbb dia cepat2 menyorok bawah meja masa aku tgh meroyan tu haha...tau takut.. tapi aku x salahkan dia sbb yg berjanji dgn aku si Zarfan utk x bagi Zahran main. Skrg sudah langgar janji dan terimalah akibatnya.. Si Zikry plak dah makan epal main buang je kat tilam tempat dia tido..dah x reti cari tong sampah agaknya...dia boleh plak layan tv je kat luar huh!!

Nasib baik ayahnya dah balik rumah so x terus memukul seperti nak membunuh anak sendiri huhu..dasyat betul angin marah org tgh dlm pantang ni ye... jangan main2 haaa... mama sgt stress ok..

So berakhirnya kejadian tu diiringi dgn bebelan yg makin lama makin sayup dan senyap..sbb aku dah tido. Harapnya x berulang lagi ye... Nak main benda tu kat sekolah xpe tapi jgn kat rumah. Ni ada baby lagi teruk ntah dia makan plak benda tu nanti. Mmg pantang aku lah nampak benda tu lebih2 lagi masa tgh berpantang ni sbb aku dah x boleh nak mengemas rumah, mengemop lantai yg buat aku geram je ni...

Hari ni aku habis berurut...terlewat plak sbb makcik tu terlewat bangun. 2 hari ni dia datang awal tapi aku yg lewat bangun hehe..sekali aku dah tunggu 1 jam dia x dtg plak awal. Tapi datanglah jugak sbb sebelah je kan.. Cadangnya nak beri dia RM150+telekung. Dia ada cakap tadi biasanya ikut org lain 1jam RM30 so ni kiralah bape jam tapi dia x kisah sgtlah katanya...

Ok nanti dah hujung berpantang nanti urut lagi. Bestlah dia urut walaupun sakit mcm nak terajang je tapi tahan jelah nak elok punye pasal hehe..

Zafry hari ni hmm..jap ok jap x. Tapi oklah...xdelah menangis x tentu arah tanpa sebab. Dia nangis kalau pegang je dah diam..manja giler budak kecik ni tau. Yelah bongsu katakan hmmmm....

Hari ni jugak aku potong kuku semua anak2 termasuk Zafry kecuali aku. Esok kalau x kuar darah lagi aku leh mandi..leh potong kuku yg panjang cam rimau ni.. nak urut suami nak buat cakaran harimau x mampu plak rasanya haha...berdarah2 plak belakang badan dia nanti kihkihkih...

Nota jari : Ayah dah beli samsung beam...wah.. pasni xdelah nak belasah hp wonder mama lagi semata2 nak main game jewels tu.. yelah ayah menang dapat pecahkan rekod mama...tunggulah nanti mama pecahkan rekod ayah plak haha..

Selasa, 4 September 2012

17 hari berlalu








Dah 17hari berlalu..

Aku macam ni jugaklah...sihat. Baru mengurut hari ni so akan berlanjutan selama 2 hari lagi. Bestnye diurut huhu...tapi x best sbb baby dengki huhu..tapi oklah lepas bagi dia menyusu pastu tido hihihi...

Aku mula minum segala ubat dan jamu pekebenda tu semua hari nilah..nak buang angin...byk dah angin masuk dlm badan ni.. mana x nye.. Aircond x lepas..asal peluh je bukak ekon tu..samalah dgn budak kecik tu berpeluh gak..

Hari ni dia buat hal plak...nangis je x nak letak bawah nak tido tapi dipegang..aku ni dah ler nak mengadap komputer.. sgtlah kekok nak menaip dgn satu tangan.. dah ada skill menaip pantas tp hilang plak tangan sebelah sbb nak pegang dia.. ni nak mengamuk ni.. Aku x pastilah sbb rasanya dia sakit perut kot sbb aku makan jamu pastu tgk dahi dia peluh je... sabarlah nak..mama nak cantik hihi..

Itulah buat masa ni....skrg ni dia tido bolehlah aku menaip tapi jap lagi nak mandikan dia..tadi pun aku tido jap huhu..letihlah berpantang ni padahal bukan buat apa pun hehehehe...

Nota jari : Zafry berkulit cerah rupanya hihihi...ingatkan mendung mcm abang ngah dia hahaha... Genaplah 4 hero dlm keluarga aku... alhamdulillah. Perancangan Allah lebih baik dari perancangan manusia.. ada hikmah ni nanti insyaallah.


Sabtu, 1 September 2012

2 minggu dah..

Yeah.. dah 2 minggu..

Perubahan pada diri aku...luka dah elok sikit. X sakit tapi masih terasa lagi jahitan tu dan sgt terasa bila buang air besar. Tadi aku nampak sgt byk darah yg keluar masa buang air besar sbb besar kot hehehe...x pastilah tapi seram gak tgk ditambah dgn kepedihan yg melampau..

Lepas cuci uuhhhh...pedih..pastu guna ubat luka sebanyak mungkin aku curah..mengharap cepatlah elok pasni sbb aku nak makan GCB hihihihi...

Zafry...begitulah jugak masih berjaga diwaktu tgh malam yakni pagi...sgt sesuai utk yg nak buat solat tahajjud dan solat hajat gitu..ataupun bersahur hehe.. dia tidur kejap je pastu merengek. Tapi setelah dikenal pasti puncanya aku taulah sbb apa...dia x selesa sbb x habis sendawa. Dia muntah x sudah2 so tentu x selesa dan sakit perut, sakit tekak dan sebagainya... aku plak dok sumbat je bila dia merengek kes malas nak memopok badan dia kasi sendawa..suka nyarapkan je suruh dia sendawa sendiri hehehe.. Tapi kalau rajin sendawakan dia mmg lenalah aku tido tapi kalau malas...al jawablah kepenatannya..

Apapun sgtlah mudah dan selesa aku rasa hidup aku sekarang walaupun berpantang sendirian dgn keluarga sahaja. Suami sgt2 byk membantu so mmg rumah pun sgtlah memuaskan hati sbb x ler semak mcm dulu hehehe... aku ni jenis buat keje suka bertangguh tapi suami ni rajin melampau..wah kalau selalu camni kan best hihihihi...

Skrg ni byknya jemputan open housekan?... Kalaulah aku sihat..nak je g makan kat rumah org tu...makan je kejenye..fuhh tapi sedarlah diri tu sket yg tgh berpantang ni... Apapun bersabarlah.. akan aku masak bagai nak giler lepas berpantang ni nanti lauk raya feberet aku sendiri huhu... nak buat kuih raya.. walaupun org x beraya tapi aku baru nak beraya plak hahaha...

Oklah...sebenarnya tugas aku ni nak upload gambar budak kecik tu tapi dok merayau ntah mana2 plak..siap bukak website zalora plak g cuci mata..cuci mata jelah..nak beli rasanya x sbb cam mahal je hmmm...

Nota jari : aku ni dah kurus ke lum ni..nampak cam lom je..cepatlah sebulan nak g timbang berat kat klinik tu huhu...


Isnin, 27 Ogos 2012

Dah tanggal..

Yeahhh...tali pusat Zafry dah tertanggal..

Kes malam tadi aku lasak sgt menepuk badan dia setiap kali lepas menyusu sbb aku kan mengadap komputer sampai kul 4pagi haha.. lepas gian betul dgn blog ni..maklumlah dah lama x berkesempatan nak update sedangkan cerita dah terlalu byk sampaikan nak ceritakan semula dah xde mood dah..

Nurse pun baru datang tadi..kali yg ke 3..tgk baby kuning ke x, timbang dan cek tekanan darah aku.

Baby dah 4.2kg berat. Aku sihat macam biasa..dada bengkak jap je lepas dia isap ok balik dan aku sgt sgt sgt byk minum air..tp buang air kecil plg byk 3 kali je sehari hehe..semua g kat susu air tu agaknya. Alhamdulillah rezeki anak...

Aku buang air besar masa hari ke4 bersalin..punyelah seram huhu...sib baik ok kecik2 je hihi. Pastu berturut2 ler membuang sbb aku makan buat prun tu..agaknya klu x makan mesti x membuang so mengeras dan menyeksakan jiwa aku nak meneran sbb luka jahitan masih lum pulih sepenuhnya...sangat pedih kalau nak kuarkan besar2 tu huhu..janganlah..

Oklah tu je nak bitau hehehe..

Nota jari : Hari ni Zafry dah 1 minggu 2 hari..

Kerenahnya..


Mudahnya jaga budak kecik sorang ni. X byk sgt ragamnya cuma dia akan berjaga dari jam 4 pagi sehingga 8 pagi..non stop menyusu..pastu muntah hehe..

Tapi kalau waktu siang dan sebelumnya tu..tido je sampaikan aku kene kejutkan dia untuk menyusu sbb dah bengkak dada. Tapi biasanya dia nangis hanya sbb nak susu jelah.

Risau gak aku kalau dia sakit perut sbb aku ni belasah je makan kuih raya, kuih tat pun aku belasah hehe...x tahan beb tgk kuih tu menari2 depan mata...suh aku makan dia huhu..

Masa mandi pula mmg xkan dengar suara dia...ciri2 suka main air ni huhu...Masa pakai baju pun sama..kalau menangis pun sbb lapar sgt dah kot.. aku plak byk benda nak dibelek kat badan dia tu hehe..

Berpantang kali ni macam biasa...sendiri bela diri sendiri je. Suami buat semua kerja rumah dan uruskan anak2... Kesian kat dia tapi aku mmg tabik kat dia sbb dia terima tugas tu dgn rela hati dan bersungguh2 buat kerja tu semua walaupun nampak mmg sukar dan dia letih tapi itulah pengorbanannya.

Lagipun dia buat aku tidak rasa kehilangan seorg mak yg dulunya pernah jaga aku masa dalam pantang. Dia boleh masak masakan kegemaran aku yang kene selera aku. Tak hairan sgtlah pasal makan ni, mana yg ada jelah aku makan sbb mmg nak diet pun cuma aku mmg minum air dan oat utk tambahkan susu badan. Nasi pun mmg klu boleh seminggu sekali pun xpe. Kalau dah lapar sgt tu, roti kan ada..

Tali pusat dia buat masa ni lum tanggal lagi..aku harap cepatlah tanggal. Tadipun tgk dah genting giler..harap tercabutlah esok hehe..senang sikit nak nyarapkan dia atau lasak2 urut perut dia bagi jgn kembung..

Oklah...takat ni jelah...nnti aku upload gambar dia lagi..setiap hari amik gambar dia nak tgk perkembangan dia hehe...lagipun hari ni je aku dapat ngadap komputer ni sbb sebelum ni ingat nak buat keje dlm bilik tapi wifi x dpt dlm bilik so g kat bilik yg dekat dgn wifi...bawak ler budak kecik ni sekali..tapi dia tgh tido sbb nak keje kul 4 pagi kang sampai 8 pagi hehehe... Aku jugaklah yg jadi mangsanya...xpelah..aku suka hehe..

Aiman Zafry


Seperti yang dijanjikan..kali ni bercerita pasal baby plak hehe...

Alkisahnya aku bersalin juga seperti yg aku ingini iaitu secara semulajadi.

Begini ceritanya..

Aku sebenarnya baru dapat tahu bahawa jika ingin cepat bersalin selalunya bersama dgn suami. Nurse kat klinik pun selalu cakap camtu gak. So aku mmg praktikkan jugaklah walaupun x bape nak larat.. Suami ler yg jadi mangsa hahaha... 

Pada 18hb tu akupun bersamalah macam biasa Cuma aku suka bila lepas bersama aku biarkan lama baru cuci..konon nak serap ler sbb nurse cakap air mani tu akan melembutkan lapisan servic kot..nnti mudahkan bukaan rahim camtu.

Masa tu pun dah nak sahur so suami g masak sementara aku nak mandi dulu. Masa tu dah sakit giler dah tapi aku cuba tahan sbb kalau sakit camtu dah biasa dah aku rasa setiap hari tapi x beranak pun hehe.

Lepas tu sahur macam biasa. Sahur terakhir sbb dah nak raya dah esoknya tu kan. Sempat gak borak nak masak apa hari tu sbb org semua masak lauk raya. Pastu kitorg plan nak makan kat McD je buka puasa nanti sbb aku teringin giler nak GCB tu hehe. Aku masih lagi sakit dan rasa susah nak berjalan sbb sakit kat ari2 tu. Tapi buat dek jugak Cuma aku berehat je. X sempat nak solat Subuh sbb mmg x leh berdiri lama sgt pun..duduk pun x leh.. baring je utk hilangkan sakit tapi x hilang jugak.

Aku bangun ke tandas nak buang air besar sbb mmg dah lama x buang air besar. Ada aku makan ubat utk buang air besar so x hairan sgtlah g tandas kerap tu. Aku g dalam 4 kali camtu..habis semua aku dah buang kot..Tapi dalam masa yg sama sakit masih x hilang. Sampai x leh berdiri betul..berpaut2 nak berdiri tu.

Bila aku rasa lain macam tu, aku bersiaplah apa yg patut macam mandi, ketip kuku, berkemas baju anak2 utk dihantar ke rumah abang.

Dalam kul 9am camtu aku suruh suami g hantar anak2 dulu. Aku xpe..masih boleh bertahan. Nasib suami aku ni x panik..tenang je. So aku releks lagi kat kerusi sambil layan sakit yg datang 15minit sekali tu. Fuhh mmg x tahan sakit tu tp dah itu prosesnya so bertahan jelah.

Dalam kul 11am aku gerak ke hospital bila aku pk aku ni nak bersalin anak ke 4, bukaan jalan dah ada so takut kang terbarai kat rumah plak. Tapi aku suruh suami bawak kete perlahan je, x payah nak laju2..dah sampai hospital pun aku masih lagi nak tunggu dlm kete. Kul 12pm baru gerak ke kamar bersalin. Itupun g kat bahagian kecemasan tu soh diorg hantar aku ke kamar bersalin sementara suami g cari parking.

Pastu dah sampai diorg pun tanyalah ada kuar tanda ke, aku cakap xde sbb diorg nampak aku releks je muka. Pastu diorg suruh g kencing dan tukar baju. Baring kat katil utk diorg cek bukaan. Aku dah debar dah bab seluk menyeluk ni..fobia hehe. Tapi bila doktor cek dia cakap dah 7.. Kat hati aku ni rasa nak meloncat je..suka sgt hahaha...

Diorg terus bergegas bawa aku ke bilik bersalin tu. Apa semua prosedur buat kat dalam bilik tu. Aku sakit kejap2 je agaknya dalam 10 ke 5 minit sekali kot.. Suami masa tu g kaunter bayaran utk kemasukan wad. Aku mmg request wad kelas pertama bilik sorang je.. malas nak berebut tandas hehe dan bole control aircond...

Nasib baik suami aku sempat masuk bilik bersalin tu so aku mmg lega sgt2.. Tapi bukaan aku masih lagi 7 masa tu. So diorg jalankan prosedur macam biasa, pecah ketuban plak. Kali ni aku bersalin diorg xdepun masukkan ubat yg cucuk kat jubur tu utk buat kita berak hehe..

Lepas je diorg pecahkan ketuban tu aku rasa nak mengiring sbb dah lenguh asyik terlentang je. Tapi x lama je lepas aku mengiring tu tetibe aku rasa cam nak meneran sgt plak tp aku cuba tahan tapi x tahan rupanya. Terus aku kata nak meneran dan aku mmg meneran. Terus kepala baby dah nampak so nak tak nak mmg kene teruskan teran utk kuarkan baby..fuh masa tu tuhan je yg tahu perasaan dan rasanya camne...

Nasib baik ada suami yg teman..so aku x rasa keseorangan masa..walaupun dah x nampak dia tapi dapat dengar suara dia pun dah beri kekuatan pada aku. Aku x nampak sbb aku dah pejam mata x leh bukak..sakit punye pasal hehe..

Meneran pun x lama..dalam 3-4 kali je kot terus kuar dah baby sbb mmg gesanya sgt kuat. Lepas diorg potong tali pusat maka meluncurlah baby tu kuar bila diorg tarik..lega sgt aku rasa masa tu..
So macam biasa mmg xde keajaiban pun.. lelaki jugak hehe tapi xpelah sbb mmg dah byk dah baju aku beli mmg semua boy..secara x sengaja ok. Maka bermulalah hari aku bersama baby baru..aku mmg suka baby..bau dia harum sgt..lembut dan hmmm sukarnya nak gambarkan perasaan happy ada baby ni.

Lepas diorg bawa keluar baby, suami pun keluar jugak tunggu kat luar..tinggal nak jahit luka aku je. Luka tetap ada walaupun aku x terasa sgt..yelah yg kuarkan baby 4kg..x byk, sikit mesti koyak jugak. Tapi kali ni mmg sikit je koyak kata nurse hanya kulit sahaja. Isi dalam x koyak.alhamdulillah tapi sakit jugak dia jahit huhuhu...

Lepas jahit diorg bagi aku baby suruh menyusu badan...moment yg aku tunggu sgt..mmg suka susukan baby...indahnya dapat tgk muka dia dekat2. Tapi dalam keadaan jahitan yg masih baru dan keadaan yg x selesa malah masih baru lagi..susu pun xde..saje je bagi ransangan kat baby tu..tp mmg sgt x selesa sbb aku x leh baring, kene bagi duduk, diorg tegakkan kepala katil je huhu..sakit wooo kat jahitan tu..

Lepas lama menunggu nurse kat wad amik aku balik wad dlm kul 4pm camtu. Oh lupa nak bitau, masa bersalin aku ni x sampai 1 jam pun. Masuk dlm kul 12pm pastu bersalin dlm 12.49pm..kejap je rasa malah aku x sempat nak nangis pun hehe..

Aku menangis pun lepas bersalin tu sbb aku x sangka apa yg aku doakan dimakbulkan Allah..kesemuanya..xde satupun yg Dia x tunaikan...aku sgt terharu sbb aku ni bukanlah hambanya yg baik tapi Dia sgt2 Maha Penyayang dan Maha Mendengar.. aku rasa malu sgt..

Apa yg aku minta masa tu utk lahirkan anak ni secara semulajadi. Aku nak dalam keadaan tenang. Kurangkan kesakitan dan mudahkan bersalin. Alhamdulillah semuanya aku dapat.. lagipun suami ada g umrah sebelum ni mmg minta dia doakan supaya mudahkn bersalin dan dapat baby girl tp mg x mengharap sgtpun..asalkn baby sihat dan sempurna pun alhamdulillah.

Lepas masuk wad maka x sudah2lah aku menyusukan Zafry ni tapi susu tetap xde sbb masih lum kuar lagi. Aku dah mampu ke tandas lepas tu dan bole berjalan...x letih sgt sbb kejap je kesakitan tu.

Tapi waktu malam aku mmg x selesa dgn ada jarum kat tangan dan ada air yg dia masukkan utk kecutkan rahim..aduh dah ler sakit benda tu kalau aku gerakkan tangan. Pastu baby nangis je plak. Rupanya dia berak. Tapi dlm masa aku nak salinkan berak dia tu, dia muntah warna cam coklat gelap pastu aku tgk tali pusat dia cam berdarah..so aku mmg panik giler ler..

Call nurse suruh datang pastu diorg amik baby bawak ke depan. Panggil doktor paedatrik tgkkan baby tapi baby ok. Doktor cakap kalau muntah hijau tu bahaya...muntah dia cam warna coklat darah ni mungkin terminum masa nak lahirkan dia..darah kat tali pusat tu bukan kat pusat dia tapi darah dari pusat yg dikepit..maknanya darah aku jugak.

So selesaikan masalah tu. Tido semalam kat hospital. Dengar takbir raya dr Masjid yg berdekatan..sayu sgt. Tapi mesti arwah mak dan baba puas hati sbb dapat tgk aku dan baby dan aku yakin dia ada doakan dan membantu aku sedikit sebanyak...

Tapi mmg x leh tido pun sbb baby asyik nangis je..rupanya kali ni sbb dia lapar so nurse bagi susu kat dia dan dia tido je lepas tu. Esoknya aku bole balik maknanya hari raya yg xde rasapun rayanya pada aku dan keluarga. Tapi happy sbb dapat baby hehe..

Apapun pengalaman bersalin kali ni sgt2 mudah dan kalaulah aku nak beranak lagi mesti rasa x serik bila kenangkan semula apa yg aku alami ni. Tapi sayangnya ini adalah yg terakhir aku nak mengandung lagi. Cukuplah lelaki 4 orang dah. Aku pun nak tumpukan perhatian skrg kat anak2 yg sedia ada dan diri sendiri. Ini pun dah rasa x cukup kaki dan tangan nak buat keje.

Aku berharap anak2 aku ni nanti akan menjadi anak yg soleh dan menyayangi keluarganya terutamanya aku. Aku Cuma risau jika aku sakit nanti ntah ada ke tidak anak2 yg sudi jaga aku macam aku jaga mak dan baba aku dulu...harapnya ada salah seorg daripada mereka yg sayang aku lebih dr diri sendiri yg sanggup berkorban apa sahaja demi aku dan juga ayahnya..berbakti bukan utk harta tapi pahala..

Nota jari : Aku hanya ganti puasa hanya 1 hari je. Aku juga xde minum air selusuh cuma aku minum air zam zam yg suami bawa balik masa mengerjakan umrah dulu. Sebelum minum tu ada doakan agar mudah bersalin je..



Ahad, 26 Ogos 2012

Dah bersalin dah..

Hi..saya dah bersalin hehe..

Alhamdulillah berkat doa dari suami, keluarga, org2 terdekat dan sesiapa yg mengenali saya, saya telah selamat melahirkan anak ke 4 saya dengan jayanya.

Nama : Aiman Zafry Bin Zolpaka
Tarikh : 18 Ogos 2012
Waktu : 12.49 tengahari
Cara : Normal
Berat : 4kg

Semuanya sgt berjalan lancar dan mmg seperti yg diharapkan. Kelahiran kali ni sgt mudah dan sy x mengalami sebarang masalah pun. Penat pun x sgt hehe..nnti saya ceritakan pengalaman bersalinkan Aiman Zafry ni ye..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster