Isnin, 27 Ogos 2012

Kerenahnya..


Mudahnya jaga budak kecik sorang ni. X byk sgt ragamnya cuma dia akan berjaga dari jam 4 pagi sehingga 8 pagi..non stop menyusu..pastu muntah hehe..

Tapi kalau waktu siang dan sebelumnya tu..tido je sampaikan aku kene kejutkan dia untuk menyusu sbb dah bengkak dada. Tapi biasanya dia nangis hanya sbb nak susu jelah.

Risau gak aku kalau dia sakit perut sbb aku ni belasah je makan kuih raya, kuih tat pun aku belasah hehe...x tahan beb tgk kuih tu menari2 depan mata...suh aku makan dia huhu..

Masa mandi pula mmg xkan dengar suara dia...ciri2 suka main air ni huhu...Masa pakai baju pun sama..kalau menangis pun sbb lapar sgt dah kot.. aku plak byk benda nak dibelek kat badan dia tu hehe..

Berpantang kali ni macam biasa...sendiri bela diri sendiri je. Suami buat semua kerja rumah dan uruskan anak2... Kesian kat dia tapi aku mmg tabik kat dia sbb dia terima tugas tu dgn rela hati dan bersungguh2 buat kerja tu semua walaupun nampak mmg sukar dan dia letih tapi itulah pengorbanannya.

Lagipun dia buat aku tidak rasa kehilangan seorg mak yg dulunya pernah jaga aku masa dalam pantang. Dia boleh masak masakan kegemaran aku yang kene selera aku. Tak hairan sgtlah pasal makan ni, mana yg ada jelah aku makan sbb mmg nak diet pun cuma aku mmg minum air dan oat utk tambahkan susu badan. Nasi pun mmg klu boleh seminggu sekali pun xpe. Kalau dah lapar sgt tu, roti kan ada..

Tali pusat dia buat masa ni lum tanggal lagi..aku harap cepatlah tanggal. Tadipun tgk dah genting giler..harap tercabutlah esok hehe..senang sikit nak nyarapkan dia atau lasak2 urut perut dia bagi jgn kembung..

Oklah...takat ni jelah...nnti aku upload gambar dia lagi..setiap hari amik gambar dia nak tgk perkembangan dia hehe...lagipun hari ni je aku dapat ngadap komputer ni sbb sebelum ni ingat nak buat keje dlm bilik tapi wifi x dpt dlm bilik so g kat bilik yg dekat dgn wifi...bawak ler budak kecik ni sekali..tapi dia tgh tido sbb nak keje kul 4 pagi kang sampai 8 pagi hehehe... Aku jugaklah yg jadi mangsanya...xpelah..aku suka hehe..

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster