Jumaat, 8 April 2016

Pemakanan sihat

Ayuh ! Amalkan Pemakanan Yang Sihat Besama Kami :)

Setiap makanan ini hanya mengandungi 50 kalori bagi setiap 100 grams hidangan. Sangat rendah kan?

1- DAUN SADERI
Makanan ini agak sinonim dengan anda yang mahu kuruskan badan. Makan saderi ianya seolah-olah anda tidak makan apa-apa. Ianya kaya dengan fiber dan air. Elakkan dari menambah bahan-bahan yang boleh 'double up' kalori daun saderi. Lagi baik jika dimakan begitu sahaja. Oh, sup juga akan menjadi lebih sedap jika masukkan saderi bersama.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram saderi: 16 kcl

2- BUAH OREN
Selain dari terkenal sebagai sumber utama vitamin C. Ia juga antara buah-buahan yang paling sedikit kalori.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram buah oren: 47kcl

3- KOBIS
Ia adalah sumber makanan yang termurah, tetapi sangat baik buat mereka yang mahu kurus. Banyak kebaikan kobis ini, menjadi perisai kepada kanser dan penyakit jantung.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram kobis: 25kcl

4- TOMATO
Kalorinya yang rendah menjadikan ia sering digunakan di dalam salad. Tomato juga akan menjadikan sup yang dimasak menjadi lebih sedap. Mengandungi lycopene yang mampu menghalang penyakit kanser. Ia juga sangat baik untuk kesihatan jantung.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram tomato: 17kcl

5- TIMUN
Mengandungi banyak air di dalamnya. Ia juga sangat terkenal sebagai sayuran yang rendah kalori.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram timun:16kcl

6- LEMON
Agak mustahil kalau anda boleh makan lemon bukan? Tapi lemon digunakan untuk memastikan pengambilan kalori yang rendah setiap hari. Lemon mempunyai tahap alkali dan antioksidan tinggi. Sangat baik untuk kesihatan.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram lemon: 29kcl

7- KOBIS BUNGA
Bagi anda yang sedang turunkan berat badan. Pasti biasa melihat bunga kobis digunakan untuk mengantikan sumber karbohitrat seperti nasi dan kentang.
Dari anda makan 'mash potatoes' gantikan dengan 'mash cauliflower'. Rasanya masih sedap. Bebas makan tanpa rasa takut. Sumber makanan zero kalori yang baik. Selain itu ia juga ada agen 'anti-inflammatory'.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram bunga kobis: 25kcl

8- CENDAWAN
Ia juga dikenali sebagai 'superfood', kaya dengan zat dan nutrisi penting. Anda bebas untuk masukkan cendawan ke dalam sup. Atau jadikannya sebagai 'side dishes'.
'Saute' dengan minyak zaiton dan perasakan dengan sedikit lada hitam dan garam pun dah cukup.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram cendawan: 38kcl

9-BUAH TEMBIKAI
Dan ianya sangat membantu untuk 'boost' metabolisma.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram tembikai: 30kcl
Allah SWT Maha Kaya, samalah juga dengan ciptaan-Nya. Terlalu banyak makanan-makanan yang ada untuk dipilih. Kenali dan ketahui kalori makanan sebelum masuk ke dalam perut.
Pilihlah jalan yang bijak untuk kurus. Usah semberono mengambil ubat kurus atau laburkan beribu duit di pusat pelangsingan, sebaliknya makanlah makanan yang sihat. Amalkan makanan zero kalori.
Biar lambat, asal selamat ye kawan-kawan.

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster