Selasa, 28 September 2010

bznye aku ni

Salam semua...

Keadaan aku skrg ni fuhh!! bz berdengung berdengang namanya..

Mak aku masuk kali ni dah 3 kali masuk hospital...maka walaupun aku org yg menjaga dia lepas keluar hospital maka aku jugalah org yg perlu hadir setiap hari menjenguk dia kat hospital..bawa baba utk jaga mak kat hospital juga sbb adakala aku mmg tak dapat nak jaga sbb ada anak yg berderet2 tgh nakal ni..segan nak suruh org asyik jaga je setiap kali nak g hospital..

Pertanyaan sensitif pada aku buat masa ni... "sape jaga mak awak malam ni..? Takkan sorangpun takde masa...kata cucu ada berpuluh" yg bertanya tu org yg bukan dari keluarga aku..jiran sebelah katil mak aku tu ler..

Berdengung ler lagi telinga aku dengar soalan tu...nak dijawab perlu tujuh hari tujuh malam nak menerangkan segala hal..adalah lebih baik aku diam dan senyum jelah..eh lantaklah org nak jaga ke tak nak jaga ke..ko kisah pesal apa..mak kau ke..

Masalahnya apa yg perlu dijaga mak aku tu...terlentang camtu je..setakat nak tengok je muka dia sepanjang masa..bukan boleh suap makan ke bagi ubat ke..lainlah dia ada kat rumah aku ni..mmg semua benda tu aku yg buat..tapi dah namapun kat hospital..tanggungjawab hospitallah..

Sensitiflah aku skrg ni..sgtlah sensitif..dgn perangai baba aku lagi..tension yg amat..

Ada org amat mudah mengeluarkan kata2 tapi kalau perkara tu terjadi kat dia..pandai ke dia nak berkata2 lagi..mungkin ia tapi hanya seribu alasan...

Nak kata aku terasa..mmg ia..aku tau..bila terjadi hal camni sesetengah org rasa terbeban..takpe aku boleh tanggung beban tu tapi aku pelik walaupun dia tak jaga tapi dia rasa terbeban juga..pehal plak...hmmm...

Dahlah aku jaga mak aku sendiri...nak harapkan pertolongan pun bukan selalu..setiap hari bape kali nak kene tukar pempes..yg susah aku sorang nak kene buat semua..kepayahan tu aku tak payahlah nak terangkan tapi rasalah sendiri camne buat sorang diri tu..jgn pandai nak beri arahan dan pandai bercakap je..

Kat hospital pun perlu 3 ke 4 org bantu salin baju dan tukar pempes...tapi kat rumah aku sorang..mana nak tolak, nak angkat, nak cuci, nak tarik ahhh!!! cakappun bukan org boleh paham..

Aku jadi makin bengis plak bila berdepan masalah camtu dan ditambah dgn perangai anak2 lagi..dgn baby yg makin lasak tak reti duduk diam asyik melalak tgk aku bz...

Ya Allah...diminta ditambahkanlah lagi dos kesabaran aku ni..

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster