Salam semua..
Berabuk bersawang dah blog aku menyepi. Oklah ada gak ni benda yg aku nak citer hehe..
Aku mempunyai masalah yg nak dikatakan besar jugaklah pada diri aku iaitu nak ajar anak dan bagi dia seronok buat latihan dan kerja sekolah.
Aku biasanye rasa masa sgt2 x cukup bila hari persekolahan. Bukan masa utk aku tapi utk anak2. Dia sekolah sampai petang. Kul 6.30pm baru balik rumah. Pastu nak pergi mengaji balik dlm kul 9pm. Pastu nak makan, nak tgk tv, nak riadah. Bila nak buat keje sekolah? apatah lagi nak ulangkaji atau buat latihan.
Klu sorang mungkin xpelah kot sbb leh tumpukan kat dia sorang je tp ni 2 org pastu si adik tu ada kelembapan yg sgt dasyat sket hehe..ditambah plak dgn adik kecik yg kejenye mengacau je. Abg tgh buat keje sekolah dia g rampas pensil dan baling.. ape je yg ada kat abg dia dia rampas dan baling..buku dia komotkan dan koyak. Pensil box dia bawa lari jauh2 suruh abg dia kejar dia..jadi camne tu..
Cuma ada waktu je bila keadaan jadi tenang masa Zahran tido so aku dapat tumpukan perhatian sepenuhnye kat salah seorg anak2 aku je. Diorg ni jenis klu kita x pandang dia buat keje sekolah maka secara automatik mmg dia pun x nak beri perhatian dekat latihan dia walaupun senang.
Si Zarfan lagi teruk..yg 5 tahun tu. Dia mmg xde keyakinan langsung nak buat keje sekolah dia walaupun setakat membaca. Mmg dia sgt ketinggalan kat sekolah. Dia dpt tempat last sekali dlm kelas dia atau dlm budak yg sama baya dia. Dia takkan membaca dgn sendiri walaupun bacaan tu dah dibaca lebih 100kali depan dia. Dia hanya leh hafal apa yg disebutkan pada dia tp x ingat apa lepas tu. Tak taulah..aku ada kecewa dan rasa putus asa sikit nak ajar dia sbb dia mmg langsung x berikan tumpuan dan masukkan dlm fikiran dia..masih penuh dgn permainan yg nak disusun2 tu agaknye hehe..
Tapi aku sgt suka 'Golden Time' dimana aku sama2 duduk buat keje sekolah dan latihan bersama dia itupun kalau x diganggu dgn si Zahran ler hehe.
Semalam yg aku rasa terharu dan bangga dgn Zikry. Aku x boleh melepasi pagar yg dihalang supaya abg2 dia boleh tumpukan perhatian dgn kerja sekolah diorg. Lepas je, Zahran menangis sbb dia nak ikut sama mengacau abg2 dia. So aku boleh ajar dari luar pagar hehe.. Tapi walaupun abg dia x leh tumpukan perhatian dgn kerja sekolah dia sbb aku xde, aku dengar dia ajar adik dia membaca hehe..buku smart reader. Lawak jugak bila dengar tp oklah sbb dia nak jugak ajar adik dia cuma x ler mcm aku ajar sbb aku cepat marah. Tenang je aku dengar. Dia ada gak bertegas cuma x ler kuatkan suara cam aku hehe..
Lagi satu..hari tu Zikry ada bawa balik buku kawan dia. Cikgu suruh dia tiru buku kawan dia sbb byk buku dia x siap keje. Apa yg disalin kat papan hitam mmg dia x sempat habiskan jadi buku latihan dia terbengkalai camtu je. Aku ingatkan mmg xde apa rupanya dia yg x buat keje. Aku mmg naik hangin betul dpt tau camtu. Dahlah alat tulis asyik hilang. Pemadam sekolah pagi lain sekolah petang lain...giler apa tetiap hari yg bagi baru. Geram sgt dah aku..
Tapi marahlah camne..suruhlah dia janji. Ingatkan dia tapi dia tetap ulang dan ulang. So aku biarkan jelah tapi makin dibiar makin menjadi..penatlah asyik nak marah je.
Aku perlukan sgt org yg sama masalah dengan aku kongsi pengalaman dia. Nampak mmg mudah nak selesaikan tp adakala situasi dan keadaan kat rumah ni dgn ada anak kecik yg x tau pape..tau mengacau je buat aku jadi sgt x sabar..
Ahad, 2 Oktober 2011
Nak ajar anak..
hasil semaian ♥nrina♥ di 7:39:00 PTG 0 bunga tulip
Label: Cerita Aku, Didik Anak, Zikry
Rabu, 14 September 2011
Takde idealah..
Hooooiiiii...lamanye x update..
Malas benau rasanya sejak melekat kat fb je ni...
Nak kata bz sgt tu tak ler jugak..tambah tugas baru sebagai driver anak je. Yg lain macam biasa..
Cuma rasa bebas nak buat apa..pegi mana sbb dah tak terikat dgn masa dan tanggungjawab yg berat. Dulu kene pk byk kali tiap kali nak kuar terutama nak pegi jauh macam bercuti ke, jalan2 ke...
Hari tu baru g zoo...padahal dah lama janji dgn budak2 masa arwah datuk dia masih ada dulu..pasal masa takde so tertangguh sampai ler hari tu dapat gak tunaikan janji..
Ntahlah...x taulah nak cakap apa..idea takde ni sebenarnya..nak upload gambar kat sini punyelah malas..tgk kat fb jelah ye..tu tgh upload tu..nak buat keje 2 kali yg malas tu pasal nak kene pilih klu tak..sendat lagi blog ni dgn gambar aku tu hihi..
Oklah...jumpe lagi..
hasil semaian ♥nrina♥ di 3:09:00 PTG 0 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Khamis, 25 Ogos 2011
Ahad, 31 Julai 2011
Selamat Berpuasa
Selamat Berpuasa kepada semua umat islam...
Kejap je masa ni berlalu..tahun lepas mak dan baba ada lagi...aku jaga mak kat rumah..masa tu mak masih bising..bercakap tanpa henti..masa dia tido je dia diam..
Masa sahur...aku makan dulu pastu suap dia sementara tunggu azan. Kalau berbuka, aku selalu lewat sbb x sempat nak masak cepat, si Zahran x kasi aku renggang dgn dia..terkejar sana sini..tgh azanpun aku masih kat dapur..mak makan lepas aku solat maghrib..
Dugaan utk aku masa tu toksah citerlah...nak bayangkanpun x sanggup..suami dah ler kat Bandung masa tu..
Bersendirian jaga anak terutama yg kecik tu..kekuatan yg aku minta dan mohon pada Allah masa tu alhamdulillah aku dapat...hidup tetap harus diteruskan...nak mengalahpun camne..takkan nak abaikan diorg...anak derhaka nanti...
Semua tu dah jadi kenangan manis...walaupun masa mengalami tu aku rasakan kepahitan yg perit...
Semalam g kubur...terasa sebak sgt..lihat kubur yg berdekatan tu..nenek, mak dan baba..org yg aku dah x boleh nak salam peluk dan cium...org yg aku pernah jaga...yg pernah jadi rutin hidup aku...aku yg rasa hanya aku yg tahu camne rasa perasaan tu...sukar nak bayangkan..nak tulis dlm bentuk perkataan...ada kepiluan yg tajam dlm jiwa..mungkin ada byk dosa aku buat pada mereka semasa menjaga mereka...ntah dia maafkan ke tidak..walaupun aku tahu diorg tu bangga kenalkan aku pada org semua bahawa dia tinggal kat rumah aku dan aku yg jaga dia...
Ntahlah ek...aku masih rasa sedih sehingga kini...rasa masa tu pantas berlalu..tahun ni aku jadi yatim piatu...perkara yg x pernah terlintas dlm fikiran bahawa aku akan jadi anak yatim piatu...
Semoga korang semua yg masih ada ibu dan bapa kandung....gunakan waktu yg ada untuk berbakti pada diorg..Aku yakin walau sesusah manapun korang rasa..Allah sentiasa ada untuk membantu paling tidakpun beri kekuatan jiwa..
Semoga arwah mak dan baba bersemadi dgn tenang..Al-Fatihah..
hasil semaian ♥nrina♥ di 1:30:00 PTG 0 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Khamis, 21 Julai 2011
Baba dah tiada...
Baba dah meninggalkan dunia ni Jam 2.55pm di Wad CCU Hospital Besar Melaka semalam 20hb Julai 2011.
Pada usianya 74tahun dia pergi juga dlm keadaan yg menyedihkan sbb kegagalan jantungnya berfungsi dgn baik. Dlm masa yg sama byk faktor penyebab kematian...byk fungsi dlm badan dah hampir lumpuh..sebab kematian pun sgt panjang nak disebut.
Tapi aku menerima dgn redha..redha pun aku tetap sukar nak terima kenyataan bahawa aku skrg sudah jadi anak yatim piatu...
Mak pergi 1 Muharram hari tu..7 bulan je beza baba pergi juga di bulan Syaaban..
Raya tahun ni ziarah mereka di kubur je..itu yg aku sedih tu...sedih sgt..mcm sekelip mata..tahun lepas dua2 ada..tahun ni dua2 takde..cepatnye keadaan merubah nasib..
Apapun aku harapkan roh kedua ibubapa aku ditempatkan seiring dgn org2 yg soleh yg beriman yg mendapat hidayah dari Allah..
Aku jadi kekok skrg sbb kehilangan rutin harian yg perlu aku fikir dan lakukan setiap hari...
Takdelah lagi nak pk sape nak jaga anak aku..
Takdelah lagi aku asyik merungut susah sgt nak cari parking..kene marah je dgn guard yg jaga parking sbb blok kete org tapi aku letakkan nombor telefon kat tingkap supaya diorg klu nak alihkan kete leh call je aku..
Takdelah lagi aku nak bertekak dgn guard yg jaga wad dan nurse sbb bawa budak kecik kat wad bila xde sape yg leh jaga dia...tp datuk dia suke sgt dapat tgk cucu dia ni...
Datang ke wad..kejut..bagi makan..buatkan air..lapkan badan..urut badan..sapukan losyen..
Baba dah lama x balik rumah...katil dia pun aku lum kemaskan lagi..masih seperti dulu seperti mengharapkan yg dia akan kembali dan aku jaga seperti biasa...
Pagi tadi masa bersiap nak hantar Zarfan ke sekolah...aku terbau wangian yg ada kat jenazah..bukan kapur barus tapi air mawar..kuat betul tadi..mungkin dia datang melihat..ziarah aku juga..
Harapnye semua yg baca ni sedekahkan alfatihah utk baba aku...al fatihah..
hasil semaian ♥nrina♥ di 11:25:00 PG 0 bunga tulip
Label: Baba
Isnin, 27 Jun 2011
Try..pakai opera kat ifon lak..tp masih x leh upload gambar hmm..
hasil semaian ♥nrina♥ di 3:15:00 PTG 1 bunga tulip



