Aiman Zahran dari seminggu ke seminggu perkembangan dia tanpa henti aku rasa..
Mulanya aku baru tau dia mula nak berdiri..lepas tu dah merangkak.
Paling terbaru aku baru perasan dia dah tumbuh gigi bawah. 2 batang.
Org kata tumbuh gigi bawah ni baik sbb bila dah besar cakapnya ke bawah je tak ke atas.
Berbanding abang2 dia mmg tumbuh gigi atas dulu.
Aku sebenarnya kesian dgn dia. Yelah dari mula dlm perut sampai dah keluar..dia yg paling byk menerima dugaan.
Skrg ni dia asyik ikut aku ke hospital..perjalanan nak pergi dan balik dia mesti tido kat walker dia. Terlentok2 letih..bila letak kat belakang suruh tido..dia terjaga pula.
Letih lagi dia nak dibandingkan dgn aku ni. Dia tak bebas..terkurung kat stroller je.
Tapi ape ler yg dia boleh beritau..budak macam dia bukan faham erti mengeluh..apa semua dia redah tanpa perasaan..perit pun dia masih boleh ketawa..
Hari ni hari pertama puasa..seperti biasa hari pertama mesti Allah beri mendung dan sejuk je kan..tengoklah nanti seterusnya fuhh!! dugaan..dugaan..
Rabu, 11 Ogos 2010
Zahran dan dugaan
hasil semaian ♥nrina♥ di 5:23:00 PTG
Label: Zahran
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 bunga tulip:
Catat Ulasan