Aku semakin membiasakan diri. Yang penting perlu fikir positif.
Yelah..dah tak perlu asyik keluar rumah, terkejar sana terkejar sini. Aku dapat tumpukan perhatian hanya kat rumah. Rehat pun banyak hehe..tak ler kesian tengok Zahran yg asyik terlentok dlm kereta.
Mungkin inilah kekuatan yg Allah telah berikan dan mungkin juga setan kene ikat bulan rahmat ni. Maka setan tu tak ler menghasut dan membisikkan sesuatu yg jahat dlm fikiran mak aku dan aku.
Satu perkara yg lebih penting utk mak aku tenang ialah pisahkan dia dgn baba kalau boleh selama-lamanya.
Sejak mak jadi begini...org yg aku paling salahkan adalah baba aku. Dia dah seksa jiwa dan perasaan mak aku sejak sekian lama..sejak mak lahirkan anak pertama. Dah lebih 50tahun..
Sikap ego, pentingkan diri dan prasangka buruk tu dah buat mak aku sakit jiwa. Aku pun hilang hormat dgn baba aku sendiri dan aku mmg tak segan silu mengaku yg aku bencikan baba aku. Tapi camne pun dia tetap baba aku..nak benci pun setakat perbuatan dia jelah..bukan diri dia.
Takdepun contoh yg baik dia tonjolkan...hanya keburukan. Dia mengajar aku menipu, tak salah. Berburuk sangka dgn org, tak salah. Kurang ajar dgn mertua, tak salah. Bergaduh melampaui batas,tak salah.
Ayat yg paling aku ingat dia beritau aku. Kalau seseorg tu buat jahat walau sekali je dgn dia, akan dia ingat sampai mati. Padahal berjuta kali org tu buat baik pun takkan dia ingat. Itu yg aku perlu belajar daripada dia...???
Pendek kata...sifat munafik tu mmg lekat kat dia. Tapi yg sering dia katakan..org lain tu munafik walaupun org tu sering ke masjid sedangkan dia solat wajib pun tak buat.
Sekarang ni dia tinggal sendiri kat rumah. Dia tak nak duduk rumah abg aku sbb tak tahan asyik di suruh solat dan berpuasa. Rumah abg aku tu dekat dgn surau tapi kaki dia tak jejak lagi kat surau tu. Dia sanggup tinggal sendiri asalkan takde sape2 paksa dia buat perkara baik. Dia nak hidup dgn cara dia sendiri.
Aku kesian tgk mak aku tu. Jiwa dia jadi tak tenteram dan akhirnya jadi seperti sekarang walaupun masih muda lagi..baru 66 tahun dah nyanyuk. Tapi aku tak rasa mak aku nyanyuk tapi lebih kepada tekanan perasaan yg menyebabkan dia jadi tak betul.
Bila difikirkan mak dan baba aku ni tak bagus dlm komunikasi. Tau nak marah dan bergado je sejak dulu. Tak hormat pun baba aku sebagai suami. Yelah..tgklah contoh yg berada depan mata diorg. Nenek dan datuk aku pun mmg buat camtu. Datuk aku tu lurus bendol jadi mmg nenek aku jadi queen control ler..itulah agaknya yg mak aku belajar..suami pun panggil nama je.
Pada aku yg ada mata, ada telinga, ada otak utk fikir...tak perlulah ikut perkara yg tak betul tu.
Sedih aku dan terlalu malu berada dlm keluarga yg begini. Pada yg tak tahu apa, mmg tak nampak cacat cela keluarga aku tapi bila dah jadi keluarga aku, baru tau apa sebenarnya yg berlaku. Baba aku ni mmg seorg pelakon yg hebat. Dgn org luar mmg baik tapi dgn anak sendiri boleh dikatakan anak haram sampaikan tak mengaku keturunan zuriat dia bila anak cuba menegur perilaku dia yg tak betul tu. Nauzubillah. Allah je yg tahu betapa sakitnya hati dgn perangai baba aku tu.
Apapun dah berlaku pun apa yg patut berlaku hasil daripada perbuatan dia. Asyik tanya hal mak aku..yelah konon rindu. Tapi apa berlaku kalau dudukkan diorg berdua balik? Mesti bergado bergado dan bergado. Org dlm kubur pun disebut sebut.
Mak aku mmg suka sebut nenek..nenek aku dah meninggal bulan lepas. Tapi baba aku mmg benci dgn nenek jadi dia sebutlah ayat yg sgt menyakitkan hati. Manalah mak aku tak sakit. Kat rumah aku pun mmg dia sebut nenek seolah nenek masih hidup seperti dulu. Biarlah..tak luak apa pun kalau mak nak sebut byk kali pun..
Mak aku tenang kat sini walaupun dia sakit. Takpelah..asalkan kesakitan dia tak bertambah.
Jumaat, 20 Ogos 2010
Positif!!
hasil semaian ♥nrina♥ di 6:42:00 PG
Label: Cerita Aku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 bunga tulip:
Betul tu mama..kita selalu kena positive...agar apa yang kita buat selari dengan akal kita...eheheh.
Semoga mama tabah dan sabar menghadapi dugaan besar ini. Mungkin ini adalah untuk menilai sebesar mana kekuatan IMAN dan kesabaran kita...
Bye n salam
Catat Ulasan