Rabu, 18 Ogos 2010

Sabarlah...

Setiap hari kat tempat aku ni hujan..dah 3 hari berturut2 dah.
Sekarang pun dah mendung sgt.

Yg buat aku tergelak disebabkan cuaca yg sentiasa mendung ni masa ayah aku kata dah solat asar sedangkan waktu tu zohor pun belum masuk lagi hehe..kes nak cepat berbuka ler tu agaknya..

Seperti yg kita semua tahu, hujan tu rahmat Allah yg paling banyak. Alhamdulillah.

Tapi adakalanya bila kenangkan kakak aku, mertua aku yg g menoreh getah tu hmm..kesian plak. Dah tu org yg berniaga kat pasar ramadhan tu...susah payah nak selamatkan juadah daripada kene hujan tapi rezeki tetap rezeki...insyaallah Allah gantikan dgn perkara lain.

Bagi aku kat sini...rahmat yg aku rasakan ialah semua kata aku kurus hehe..walaupun mmg itu yg aku harapkan tapi kurus yg diorg maksudkan bercampur dgn penderitaan yg aku tanggung sekali. Apa boleh buat..dah itu yg tersurat..Allah dah aturkan begitu maka aku terima jelah.

Harap boleh lebih kuruslah lepas ni tapi jgnlah sampai aku sakit plak sbb kalau aku sakit camnelah dgn mak aku tu...

Tapi sakit pinggang tu amatlah terasa sekarang ni sbb terpaksa angkat mak yg boleh tahan jugak beratnya. Kaki dia terlalu lemah nak bergerak. Semalam dia dah terberak kat lantai maka dgn tetibe aku kuatkan juga daya yg ada utk seret dia ke tandas huhuhu..sgt seksa tapi alhamdulillah aku dapat lakukan seorg diri. Nak minta pertolongan org pun tak sempat..takut lagi susah nak bersihkan najis dah terkena kat lantai.

Biasa yg buat aku bengang dimana waktu sahur dan berbuka..semua perlukan aku walaupun sebelum tu aku dah layan dah diorg ni semua. Zahran yg asyik nak berdakap, mak aku pula asyik nak dilayan permintaan yg bukan2 tak logik pun ada..itu yg buat aku penat sikitlah. Tu lum tambah lagi yg zikry dan zarfan tu bergaduh...

Apapun yg berlaku..sabarlah...

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster