Isnin, 2 Ogos 2010

Psikologi & Psikiatri

Ambil dari blog Doktor Salmi

Kenapa saya perlu makan ubat?

Tiada pakar atau doctor yang mahu pesakitnya menderita. Semua doctor mahu pesakitnya sihat dan sembuh daripada penyakit.

Sebelum di beri ubat doctor mesti membuat pertimbangan buruk dan baik memberi ubat.

Cuba fikirkan masalah ini:

A mengalami kemurungan teruk sehingga mendengar halusinasi ; mendengar suara” matilah kau!, matilah kau!”.

Jika tidak diberi ubat, beliau boleh membunuh diri sendiri. Doktor akan memberi ubat untuk hilangkan kemurungan ( anti depressant) dan hilangkan halusinasi ( antipsikotik) . Ubat yang sedia ada telah terbukti boleh mengubati kedua-dua masalah tersebut


Apakah pandangan pesakit dan keluarga?

Kebanyakan orang ramai tidak terdedah dengan penyakit psikiatri. Fenomena mendengar suar-suara ghaib di anggap sebagai rasukan hantu dan sebagainya. Masalah utama yang dihadapi oleh doctor adalah membetulkan fahaman pesakit dan keluarga tentang masalah psikiatri ini. Masih ramai di kalangan pesakit dan keluarga yang terlalu takut apabila dikatakan mengidap penyakit mental. Stigma terhadap penyakit ini terlalu tinggi sehingga ramai yang tidak menerima ubat dan rawatan!


Bagaimana ubat bertindak?

Penyakit mental adalah disebabkan pelbagai sebab yang berhubungkait antara satu sama lain. Antaranya sebab keturunan, tekanan dan ketidakseimbangan fungsi otak

Sesiapa yang ada saudara mara yang mengalami penyakit mental (saka, hysteria, perangai pelik atau apa jua tafsiran kepada penyakit mental) adalah berisiko untuk mendapat penyakit mental. Anda tidak 100% akan dapat penyakit tersebut, tetapi jika anda tidak pandai menangani masalah dan anda berhadapan dengan masalah, penyakit ini akan menyerang

Tekanan yang anda hadapi akan menyebabkan otak berfungsi lebih dari biasa kerana anda memikirkan masalah tersebut dan cuba mnyelesaikannya. Kalau jantung berfungsi dengan otot jantung yang mengepam darah, otak berfungsi dengan bantuan neurotransmitter yang menhantar signal untuk berfikir. Antara contoh penting neurotransmitter ini adalah serotonin, dopamine dan adrenalin. Penyakit mental berlaku apabila tekanan berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan neurotransmitter ini. Maka ubat diberi menyeimbangkan semula neurotransmitter ini.


Bahagian mana otak yang tidak dalam keseimbangan?

2 bahagian otak yang penting adalah:
Sistem limbic untuk mengawal emosi, tingkah laku, perbuatan, perasaan seperti marah, benci, cinta, geram dan lain-lain
Prefrontal Cortex untuk mengawal fungsi kognitif kita seperti membuat perancangan, mengatur kehidupan, kawalan buruk baik perbuatan, mengawal proses perbuatan dan lain-lain

Pada keadaan biasa, bahagian otak ini berfungsi secara baik. Contohnya, anda rasa sayang pada anak anda, sistem limbic akan berfungsi. Jika anda ingin memasak , prefrontal cortex akan mengawasi susun atur cara masak yang betul.

Bila anda mempunyai tekanan bahagian otak ini terlalu aktif sehingga neurotransmitter serotonin, dopamine dan adrenalin tadi tidak berfungsi dengan baik. Tanda-tanda penyakit akan muncul kerana otak tidak berfungsi dengan baik.

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster