Ubat itu sgtlah penting untuk mak tidak bertindak agresif.
Tapi disebabkan ubat tu telah menjadikan mak aku sgtlah lemah walaupun sekadar utk duduk dgn sendiri..dia hanya nak baring dan tido je. Berbanding dulu..jgn kata baring..tidopun tak pernah..
Aku pernah tak beri dia ubat tapi lain pulak jadinya. Lemah tetap lemah tapi dia mula meludah dan memaki hamun tak tentu pasal. Sape2 yg dekat kene tendang sedangkan aku sekadar nak betulkan kain dan baju dia je. Masa tu adik beradik aku tau plak marah kat aku sbb aku tak beri mak ubat tu. Sedangkan niat aku hanya nak mak kuat utk berjalan..
Sekarang ni pula..keadaan mak aku tu merisaukan adik beradik aku yg lain. Kemerosotan otak dia makin teruk sbb terlalu lemah dan merepek bukan2 terutama memori lama yg sering disebut2.
Diorg cadangkan kurangkan pemberian ubat tersebut...pada aku ubat tu dah kuranglah tu sbb setengah waktu siang dan sebiji waktu malam. Aku yg jumpe doktor dan bincang mengenai ubat tu dan mmg tak boleh dihentikan makan seumur hidup dia.
Tapi kalau itu yg diorg cadangkan..diorg kene jaga sendirilah. Nak tau camne keadaan mak kalau tak makan ubat tu..jagalah sendiri. Masa tu nanti aku dah tak boleh nak bertolak ansur..lantaklah..
Kengkadang aku ni jadi marah dgn pemikiran lelaki yg nampak semuanya mudah. Rata2 semua lelaki kat dunia ni camtulah...jaga mak tapi yg jaga bini diorg. Apa perasaan bini tu ade ke diorg nak fahami.
Yg aku ni..dahlah aku kene jaga A-Z..jaga anak, suami, rumahtangga. Nampak mudah pada pandangan lelaki...tapi lelaki tu sendiri tak mampu lak nak buat tugas sorg isteri. Dah tau tak mampu...tolong faham cukuplah. Lebih2 lagi kesiankan aku ni..
Pada aku..aku lebih rela tengok mak aku telentang camtu berbanding dia sihat dan buat hal mcm dulu..cukuplah aku dah serik..keselamatan aku dan anak2 berada dlm bahaya kalau ubat tu dihentikan atau dikurangkan..diorg ade ke pk?
Ini jelah pilihan yg aku ada selain daripada hantar kat hospital sakit jiwa atau rumah org tua.
Dah cukuplah tu..aku tak nak diorg perbesarkan hal ni lagi...jgn jadikan aku biadap plak. Aku ada hak sbb aku yg jaga mak aku sekarang ni...
Isnin, 30 Ogos 2010
Mak dan Ubat
hasil semaian ♥nrina♥ di 1:37:00 PTG
Label: Cerita Aku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 bunga tulip:
salam ramdhan akak nrina teww..
Catat Ulasan