Rabu, 25 Ogos 2010

Ceria ke?

Hari ini dan semalam.

Semalam, pagi aku keluar bawa mak ada temujanji klinik psikiatri tu. Nasib baik kakak ipar datang membantu dan anak2 aku hantar kat rumah along. Alhamdulillah si Zarfan tak buat hal nak ikut dan baby tido je.

Melihat keadaan mak aku kat wad masa masuk hospital tu, doktor tu bertanya sape yg jaga sekarang. Aku bitaulah aku. Tapi doktor tu kata..awak ceria je selalunya org yg jaga mesti sedih dan tak mampu nak senyum apa lagi nak ketawa.

Yelah..aku jawab balik. Kalau saya pun murung..dah tentu sayapun tergolong dlm pesakit psikiatri jugak hehe. Saya perlu positif supaya saya boleh kawal perasaan.

Apapun doktor pun cam kagum dgn aku tapi aku cakap balik..itu semua dgn bantuan ubat yg doktor berikan. Kalau tak dgn ubat tu rasanya saya hantar balik kat hospital ni je hehe..

So lepas ni ubat tu perlu diteruskan utk tidak dia bertindak agresif. Kalau tak, aku jugak yg susah.

Tapi walau camne aku positif pun..aku tetap manusia yg lemah. Air mata sering gugur diwaktu aku tak mampu nak tanggung berat penderitaan tu. Dah itu je yg mampu aku buat utk beri ketenangan. Aku bukan boleh nak marah atau tengking balik mak aku sbb aku tak nak dia lagi teruk sbb cukuplah baba sorang yg dah buat dia camtu. Tapi yg paling buat aku sedih bila mana aku tak dapat kawal perasaan marah dgn anak2...menyesal yg sgt2 bila aku dah hilang pertimbangan tu. Adakala aku sanggup cederakan diri sendiri utk mengawal kemarahan tu.

Hari ni pula.

Zahran ada temujanji kat klinik desa sini. Berat dia dah 8.1kg. Aku keluar dari pagi lepas hantar Zikry ke sekolah terus ke klinik. Kul 10am balik rumah. Mak aku tinggalkan sendirian kat rumah sbb dia tgh tido. Itupun aku tawakkal je. Harap takde ler apa yg jadi. Minta tolong kat jiran kalau mak aku tu nak minum ke apa ke.

Apapun yg berlaku...hidup perlu diteruskan walau sesukar manapun jalannya..

1 bunga tulip:

AhboNd 2020 berkata...

Salam Mama..Semoga mama tabah menghadapi semua dugaan ini. Insyallah pasti ada hikmah disebalik semua ini. Cuma satu sahaja minta...Ayah...janganlah emosional dengan perangai anak-anak...mereka masih budak-budak lagi...Insyallah kalau tiada aral melintang..Ayah akan balik minggu depan..Mungkin Selasa atau Rabu. Ayah doakan mama dengan anak serta keluarga semua sihat...Bye n salam

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster