Isnin, 16 Ogos 2010

Jalan Berliku


Andai kamu tidak diberi pilihan memilih jalan yg berliku apakah yg anda akan buat? Berdiam diri..itu bermakna mati.

Hidup perlu diteruskan walau apa jua yg terjadi meskipun jalan yg berliku itu adakala mencacatkan jiwa, hati dan perasaan.

Adakala liku itu sgtlah tajam dan perit untuk diredah begitu sahaja tapi yg hanya mampu dilakukan..teruskan jua perjalanan itu.

Adakala juga liku itu jenisnya gunung yg amat tinggi..terus juga mendaki.

Tujuannya...untuk mendapat keredhaan Allah dan menerima segala dugaan yg diberikan.

Ganjaran...tidak jua didunia ini..dan bukanlah sekarang..seperti simpanan wang dibank. Sedikit demi sedikit dikumpul akan banyak dan bila sampai waktu akan menerima bonus tapi jika kita keruk je simpanan tu...habis pula. Oleh itu jgn mengeluh..

Adakala aku akan dapat bantuan berupa tali..meskipun hanya seutas benang..itupun aku harus bersyukur meskipun sakit jari aku untuk memegang..

Namun seperti biasa aku kene redah segala onak ranjau berduri dengan usaha sendiri kerana bantuan tidak selalu ada.

Semoga kesabaran sentiasa berada dlm jiwa aku...Ya Allah ampunkan aku jika ini cara utk aku menebus segala dosa aku padaMu Ya Allah...

Aku berharap akan ada cahaya yg menjadi penamatnya di hujung sana...


*******

Untuk pengetahuan korang..aku ni tgh jaga mak aku kat rumah aku sendiri macam dulu.

Bezanya dia dalam keadaan yg amatlah sukar utk aku terangkan.

Yang pasti jika dia marah dia akan meludah dan memaki hamun tak kira masa.

Terima kasih tu takkan terucapkan melainkan dituduh anak derhaka dan haramkan susu badan dan byk lagi...

Adakala penat jaga tu tak terasa sgt cuma hati terasa perit nak telan segala kata2nya itu...

Yg pelik doktor psikiatri pun tak nak terima dia kerana faktor usia..tapi aku rasa diorg tak sanggup sbb keadaan mak aku kat wad pun byk menyusahkan doktor dan nurse..

dan sekarang aku rasa lebih perit sbb suami aku bertugas seperti biasa jauh dari sini..maka tinggal aku keseorangan menguruskan segala hal dlm bulan puasa yg amat berkat ni...

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster