Jumaat, 2 Julai 2010

Zarfan..zarfan..

Aku berurut hari ni..punyelah sakit satu badan..

Zahran dah mandi dan tgh main2..Zarfan pula baru bangun tido..

Sara anak jiran sebelah rumah pun tgh ada kat tepi pagar..tunggu zarfan utk bermain..dah ler tak mandi lagi. Zarfan ape lagi kalau dah nampak Sara tu hmmm...jgn harap dah nak dengar kata.

So tgh aku berurut tu..suami telefon. Aku ingatkan dia telefon nak beritau dia nak balik sini tapi rupanya beritau berita yg amat mengejutkan.

Dia kata Zarfan dah bawa basikal sampai ke jalan besar kat kedai luar tu..aduhhh!!!..tapi yg lebih pelik ayah dia kat Indon hehe..aku yg kat rumah ni tak tau pape..ape cer..

Rupanya jiran aku yg telefon dia..

Aduhh!!!...tak sangka jadi je keje dia bila bersama tu..jauh lak tu..nasib baik tak terjadi ape2..mesti org bertanya..anak sapelah ni..mak bapak dia tak tau ke anak dia main kat jalan ni..

Jiran aku dan aku ape lagi..dok sibuklah mencari anak masing2..so jiran aku yg p turut bebudak tu balik..aku lengah nak kuarkan basikal yg tersekat dek kereta yg dok bertimbun kat rumah tu huhuhu...punyelah mati akal dibuatnye..

Dia kalau sorang tak berani nak g jauh..tak sangka pulak aku yg dia akan bermain sejauh itu..hishhh...camne tu..tak dibenarkan kata aku kurung anak..pasal tulah aku kunci pintu pagar supaya dia tak keluar. Tapi si Sara tu lagi dasyat..mak ayah dia kunci pintu pagar pun dia panjat dan main kat luar. Pada aku biarlah dia menangis bila aku tak kasi keluar tu daripada aku menangis kalau terjadi sesuatu hal..

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster