Khamis, 29 Julai 2010

Hilang sabar

Aku tak boleh ler dengar ayat..'org tua..camtu ler..'

Betul sungguh mmg aku tak boleh terima ayat tu diluahkan oleh seseorg yg tak merasa berada dlm keluarga aku ni.

Hari ni aku hilang sabar sungguh....sabar aku musnah dipijak2 oleh mak aku sendiri.

Seperti biasa ini adalah edisi keluhan..sape2 yg tak nak baca, tak sanggup nak baca, benci nak baca...JANGAN BACA!!!!

Hari ni mak aku ada amik darah kat hospital besar..utk persediaan jumpe doktor minggu depan.

Aku hantar anak aku kat kakak ipar aku, so aku pegi rumah mak. Dia tak nak siap sbb tak nak mandi. Tak nak pegi katanya. So lepas aku pujuk dan mandi alhamdulillah dia nak pegi.

Lepas pegi kat hospital, aku nak baca dia makan sbb sebelum amik darah dia mmg kene puasa. Walaupun dah terlalu lewat tapi apa nak buat dah dia buat perangai terpaksalah kene tanggung sendiri.

Tapi puas aku pujuk dia kata tak nak pegi makan kat tempat biasa tu. Ok aku tanya nak makan apa kalau tak nak makan kat situ. Tak nak makan!! katanya. Walaupun aku cadangkan tempat lain dia mmg tak nak. Aku berhenti kereta dia marah katanya dia mmg tak nak makan. Ok lagi takpe...aku teruskan jelah perjalanan.

Sampai kat rumah..nak keluar kereta. Dia boleh plak kata...apsal ko balik rumah?!! tadi kata nak g makan???!!! Puuhhh!!! meletup jantung aku dengar..

Pastu aku masak..dia tak nak makan. Mak nak apa sebenarnya? dia jawab aku nak g makan dgn dak abang(Zikry)..anak aku kan g sekolah. At last aku dah bengang...pegi lantaklah..nak makan ke tak nak makan ke nak mati ke suka hatilah...aku dah malas nak layan.

Dia mintak semua duit dia...aku tak fahamlah apa kene mengena. Kalau ikutkan hati aku mmg nak keluarkan duit dia yg seciput tu pegi baling kat muka dia. Baru dia puas hati agaknya. Aku simpankan tak nak... aku tak hinginlah nak gunakan kalau bukan utk keperluan dia je.

Susahlah..sakit tu sakitlah. Mulut jahat nak mampus. Putar belit mcm ke**ng. Makin byk tolong makin teruk kene maki hamun. Otak dah mmg tak betul. Salah org je yg dia nampak. Meludah ikut suka hati kat rumah. Kang bila cakap kat org lain dia tuduh anak dera dialah..curi duit dialah..tak pedulikan dia. Mmg org gile ler...

Aku mmg bukan penyabar orgnya...atas dasar dia tu mak aku ler aku tak naik tangan. Kalau tak dah lama aku tempeleng bagi dia sedar mcm mana dia buat aku kecik2 dulu..

Dah ler aku nak kene jaga rumah dia jugak. Kemas, masak segala hal. Kencing, taik bersepah..kat rumah aku pun camtu sbb ada budak tak dengar kata..itu dah mmg patutlah sbb dia budak..tapi mak aku ni lebih teruk dari budak. Kata dia je kita nak kene dengar. Marah dia je yg kita kene telan..Kemas rumah tu pun macam tak kemas. Habis semua dilambakkan. Air semua dicurahkan. Apa guna nak kemas camtu. Nak mop berapa puluh kali sehari? semua makanan diludahkan ke lantai..

Ya Allah...kenapalah nasib aku camni. Tak pegi salah...pegi pun dapat dosa..camne caralah aku pun dah buntulah nak berdepan dgn org gile ni...

Buat masa ni otak aku tgh blur sgt. Hati pun mmg panas je. Susah nak berfikir waras skrg..aku mmg kene luahkan.

Bila lihat org dlm masalah...kita boleh berfikir ish tak patut camtu..tapi cuba jadi kat diri sendiri. Masalah aku ni permainan psikologi...aku mmg tak mahirlah dlm bab camgitu tapi kalau ada yg nak beri pendapat biarlah org tu DAH RASA camne jaga org tua yg camni tebiatnye..tapi aku rasa mmg korang tak pernah jumpe atau dengar masalah teruk camni melainkan kat rumah org gile atau rumah org2 tua...

Huh!!! sabar...sabar..marah kat sini je. Esok seperti biasa...sapelah lagi yg nak diharapkan melainkan aku je...kang berulat plak rumah tu lama terbiar..

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster