Selasa, 27 Julai 2010

Sensitif ke aku?

Hmm..mcm tulah kot aku rasa..

Yelah...adakala aku bosan jugak asyik kene pk masalah org lain..masalah aku takde sape pun nak faham.

Camne susahnya aku nak kene uruskan anak2 kalau aku keluar rumah. Bukan senang ok..

Mana nak angkat kain baju sebelum keluar..nak pastikan semua ok sebelum keluar..nak sumbat anak2 dlm kereta..nak tenteramkan diorg yg tgh terjerit2 buat hal itu ini..menangislah..gadolah..tak puas hatilah..

Dlm kete pun satu hal lagi..nak pastikan diorg kene dengar cakap..kalau tak mmg riuh dlm kereta dgn suara jeritan aku sekali suruh diorg diam..

Dah sampai ke destinasi kene buat itu buat ini..nak kawal ahhhh!!!!...mmg susahkan nak bawa semua anak2 keluar dlm masa yg sama nak kene beli barang..kene cari brg..kene buat keje lain..

Yg aku sedih...org yg menunggu hanya tau marah mengatakan aku lembab!!!

Sampai ada yg kata..ape le yg aku buat kat rumah sampai lama sgt nak amik masa utk sampai. Ada yg siap merajuk plak sbb aku lewat..

Yelah...apa sgtlah keje kat rumah nikan...tak susah mana setakat perlu basuh baju, lipat baju, gosok baju, cuci lantai, mengemop, bagi anak makan, mengemas, memasak, tenangkan anak2 yg asyik menangis, buat keje sekolah bersama anak, layan anak kecil yg asyik melalak minta perhatian, itu belum lagi kene kemaskan muntah dan air kencing anak yg bersepah, makanan yg bertabur atas lantai masa dia tgh makan,bunuh semut, pinggan mangkuk cawan yg perlu bercuci setiap masa, botol susu dan susu yg perlu ada setiap masa...nak kene keluar pegi tgk mak dan baba kat rumah, berikan lauk utk diaorg, suapkan makanan kat mak, kemaskan rumah diorg jugak sbb diorg pun kencing dan berak bersepah2 jugak..itu belum lagi nak kene layan suami dan segala keperluanya hmm...ada lagi tapi takkan nak sebut semua kan...

Mudah je keje tu semua tapi itu semua punca aku buat keje lembab..yelah aku mmg lembab..itulah pandangan semua org pada aku..lembab!!

Aku tak maksudkan pada sesiapa yg menggelar aku sebegitu tapi aku hanya mohon faham tugas aku sebagai sorg wanita...yg perlu faham semua hati disekelilingnya..mmg adamasanya aku tak mampu nak buat semua perkara tu dlm sehari sbb aku rasakan mmg tak cukup sehari tu utk aku buat semua benda tu...

Adakala aku perlu rehat, riadah, tenangkan fikiran...sbb aku ada masanya bosan dgn semua tugas yg aku buat dan aku perlu muhasabah diri semula utk aku mulakan tugas seperti sedia kala semula.

Kalau boleh aku tak suka simpan byk sgt benda yg aku benci dlm hati..takut2 nanti meletup..

Aku bukan manusia sempurna...

1 bunga tulip:

Tanpa Nama berkata...

Nrina, sometimes kak tie terfikir.. Nrina ni wonderwoman ke apa ? Tengok anak-anak nrina yang masih kecil tu... boleh gak drive sana sini, urus itu ini... Ish.. kak tie tak larat kalau gitu. Mesti pitam tengah jalan.

Luahkan aje, Nrina.. ia boleh membantu. Kak tie sendiri rasa sedikit lega lepas luahkan dalam blog. Cuma blog kak tie tu ada gak pengunjung yang hidupnya senang, jadi dia tak faham situasi kita.

Nrina beruntung, tak ada siapa nak kutuk di blog sendiri... kak tie sentiasa sokong Nrina.. satu hari nanti, Nrina akan bersandar dan rasa lega...

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster