Ahad, 4 Julai 2010

Takde makna

Macam takde makna je blog aku skrg ni kan..

Sejak perkara yg tak diingini berlaku dlm keluarga aku..aku makin teruk. Dah setahun lebih berlalu tapi masih perkara yg sama aku ulang dan ulang dan ulang...camne korang bosan nak baca camtulah aku bosan nak alami...walaupun sebenarnya perkara ni berlaku saban hari dlm hidup aku dari aku sekolah menengah..

Kawan pun makin kurang ehemm..mmg takde dah..yelah kawan masa kita susah..mmg susah nak dapat. Itulah hakikat yg berlaku..yg mengutuk tu plak yg makin ramai hmmm...

Tapi mmg aku akui..aku ni kurang motivasi..semangat makin pudar dan aku memadamkan ingatan pada masalah aku dgn cara yg lain..yg tak sepatutnya..

Mmg apa yg aku buat skrg makin tak kene..rasa mcm ada kecacatan..mcm takde keseronokan lagi utk berblog..tak teruja mcm dulu..malah aku makin malas nak jengah kengkawan lain apatah lagi nak tinggalkan mesej...mcm malas nak ada komitmen utk berkawan..pasal tu ler aku takde fb..malaslah nak berchating..kang cakap lebih kang ade plak org dengki tak tentu pasal..

Takpelah..aku tetap akan menulis blog ni selagi aku ada masa. Kalau hati dah sakit sgt aku terpaksa luahkan pada seseorg atau sesuatu..jadi yg lebih mudah pada aku hanya pada blog supaya aku tak perlu melangok kat rumah org lain...lagipun aku menaip lebih laju daripada aku bercakap..dan tak disampuk2 oleh org lain yg buat cerita 1 jadi 10...hehe..

Pada yg anggap negatif...teruskanlah...aku dah malas nak pk perasaan org lain terutama yg tak faham langsung apa sebenarnya yg berlaku dlm hidup aku ni..

Pada kengkawan blog...aku minta maaf sbb aku adakala tak pernah nak tinggalkan komen..jengah tu mmg ada tapi bila nak tinggalkan mesej aku rasa kelu plak nak keluarkan kata2...sbb aku rasa malu ler hehe..hidup aku sendiri pun kucar kacir..

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster