Isnin, 5 Julai 2010

KLIA-Mataram

Sita tu dah nak balik sgt...yg masalahnya kitorg ni yg kene uruskan tiket penerbangan. Keje baru 3 bulan...patutnya tak boleh balik tapi ape nak buat dia dah nak sgt. Pastu patutnya tak dapat gaji pun 3 bulan tu utk cover balik perbelanjaan yg kitorg dah kuarkan utk dia...

Disebabkan nak sgt dia keje dgn kitorg ni makanya terpaksalah abang aku berkata gaji terus akan diberikan. Terus terang aku katakan aku mmg suke cara dia bekerja sbb dia teliti dan cerewet bab mengemas ni menjadikan rumah mak aku tu sgtlah sejuk mata memandang.

Yelah pasal duit tu tak kisahlah. Kitorg mmg boleh bagi kat dia..pedehal kan. Tapi dia nak balik ni yg jadi hal. Kitorg terpaksalah cakap tambang kapal terbang nak balik kene pakai duit sendiri. Masa nak pulang semula ke sini nanti kitorang akan bayarkan. Itu belakang ceritalah janji dia sampai sini dulu nanti.

Diikutkan naluri hati ni...mmg Sita takkan kembali semula pada keluarga kitorg ni. Alasan dia je utk balik ke kampung sbb mmg dah tak tahan sgt dgn kerenah mak bapak aku tu.

Skrg ni masalah aku...nak survey tiket penerbangan dia balik ke Mataram. Katanya pakai Merpati lebih murah. Tapi dlm RM766++ gak. Fuhh!!..kalau pakai airasia..ke jakarta pastu dia amik penerbangan sendiri ke mataram mungkin lebih murah tapi tak jugak aku pasti. Buatnye dia terkandas kesian pulak. Kalau boleh nak dia terus dari sini ke Mataram..dah ler jauh perjalanan tu dlm 8 jam jugak katanya. Pening pulak kepala nak pk camne. Mana yg lebih murah yg ok janji sampai dgn selamat. Ada sesiapa yg boleh bagi cadangan ke..

Aku ni dah ler takde pengalaman. Tak habis2 kene tipu dgn hal pembantu rumah ni. Belajar semua dari pengalaman. Pengalaman semua yg pahit lak tu.

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster