Ni aku baru lepas tgh rancangan oprah kat Hallmark tu. Mmg rancangan kegemaran aku sbb kat situ aku boleh bina semangat dan keyakinan diri bila lihat ada org yg lebih teruk daripada aku.
Kali ni ceritanya ada tugas seorg ibu yg org tak tahu disebaliknya. Lebih senang cerita..isu dalaman dlm diri seorg wanita setelah bergelar ibu. Ada yg tak mandi, ada yg serik nak ada anak lagi dan mcm2 lagi.
Mmg kelakar..yelah..sebenarnya menjadi ibu ni byk persaingan. Persaingan dari segi mental, fizikal..bukan je dari org lain tapi dlm diri kita sendiri.
Org luar hanya nampak luaran je tugas sebagai ibu. Yelah..happy, senyum, seronok tapi hakikatnya...Allah jelah yg tahu apa sebenarnya yg tersirat dlm perasaan seorg ibu yg perlu membesarkan anak2.
Macam aku ni..mmg aku rasa aku ni ibu yg paling teruk dibandingkan dgn org lain yg berada disekeliling aku tapi benarkan begitu..?? rupanya semua ibu merasakan begitu melainkan anak2 dia dah berjaya barulah datang rasa bangga diri tu. Maknanya bila dah tualah hehe..itupun kalau anak tu boleh memberi kebahagiaan pada kita..buatnya lain yg jadi hmm...nauzubillah.
Tapi yg kat Oprah tu aku tgk..dia hanya membicarakan ttg menjadi ibu je..lum campur lagi jadi isteri, anak dan org sekeliling malah keje rumah...byk hati yg perlu dijaga dan mmg bukan senang ye menjadi seorg wanita ni. Sedangkan ada nanny pun masih rasakan tugas sebagai ibu tu sukar apatah lagi buat seorg diri.
Ehem...itu yg buat keje pagi aku selalu tergendala tu pasal tgk tv dan update blog ni hehehe...
Rabu, 7 Julai 2010
Cabaran wanita
hasil semaian ♥nrina♥ di 9:57:00 PG
Label: Cerita Aku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 bunga tulip:
Catat Ulasan