Isnin, 19 Julai 2010

Baba masuk hospital lagi

Baba aku masuk hospital..

Sebenarnya baru je Jumaat lepas tu bawa dia pegi Poliklinik Ayer Keroh sbb kaki dia bengkak mcm sembab dgn dia sesak nafas.

Tapi biasanya buat ujian tu ini begitu begini naik tangga turun tangga x-ray pebenda..tapi camtu jelah. Amik ubat terus balik.

Malam tu dia kene lagi sesak nafas so abang aku terus call ambulans. Masuk ler hospital dlm kul 3 pagi gitu.

Aku jaga pagi ler dlm kul 8am aku datang sampai petang..baby tinggal dgn Sita dan yg lain ayah dia jaga kat rumah.

Alhamdulillah nampak ok je..cuma perlu pemantauan dan ujian. Itu yg kejap2 amik darah tu..lebam lagilah tangan baba aku tu asyik kene cucuk jarum je tapi itulah hadiah yg diterima apabila tak nak makan ubat dan jaga pemakanan..terutama minum air sejuk je setiap masa..

Nasib baik ler ada kat situ. Setiap kali doktor dtg ntah mcm2 soklan kene jawab. Baba aku masa duduk pun nak tertido..so nasib baik ler ada aku yg mcm mesin jawab soklan ni..kengkadang bosan jugak soklan sama je nak ulang..dgn satu hal nak terangkan sbb doktor tu tak paham bahasa melayu..dah ler inggeris aku asyik terpelecuk je hehe..

Baba aku masuk CCU tapi kuar ke wad biasa dah semalam sbb tak kritikal tapi masih lagi dlm pemantauan..

Petang g kenduri rumah busu aku..kenduri arwah nenek tu. 2 hari berturut2 ler pegi...tolong makan jelah hehehe..nak tolong masak mmg tak dapat sbb dah sehari suntuk kat hospital sampai anak kecil pun tak minum susu badan..nasib baik tak byk ragam kata Sita so mudahlah kalau nak tinggalkan bila aku ada hal..tapi kesianlah sbb dia demam..

Dah belikan tiket penerbangan balik Sita tu. RM780. Dari KLIA-Mataram. 24hb ni kul 3pm. Harapnya berjalan lancar dan dia balik ler dgn cepat..itupun kalau dia nak balik huhuhu...

1 bunga tulip:

Rashid berkata...

salam

Moga baba semakin baik.. cepat sembuh k.

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster