Jam 3.07pm
Dapat panggilan dari kak ita. Kawan tempat keje lama aku.
Dia call utk menyatakan hasrat bos mengambil aku bekerja semula. Masa tu bos ada masa dia call.
Aku kata nanti aku pk dulu.
Sejurus lepas tu kak ita tu call aku lagi utk beritahu bos nak keputusan aku cepat sbb dia dah call HR Manager kat KL supaya tunggu keputusan aku dulu sebelum siarkan jawatan kosong kat jobstret tu.
Agaknya sebab inilah mata aku asyik berkedip..bukan nak jumpa org jauh tapi nak dapat tawaran keje. Berita baik ler tu kan..
Aku sekarang masih lagi berfikir...nak terima atau tak. Tapi makin difikir..rasa macam kenangan lama menerjah kembali membuatkan hati aku kelat nak terima pelawaan tu.
Tapi tak aku nafikan..sejak dua menjak ni aku macam nak punye kerjaya lain selain daripada surirumah tangga ni. Yelah.bekerja sambil duduk rumah pun ok jugakkan asalkan aku ada income sendiri..tgk kengkawan lain dgn bisnes baik punye..janji masyukk..
Paling ketara aku boleh tanya lak kat suami malam tadi. Mama nak ada keje ler..ape ek yg mama nak buat selain daripada duduk rumah je. Asalkan ada pendapatan sendiri. Suami aku cakap..tu bisnes jual telekung tu. Hmm...selalunya bukan aku yg jual pun...org lain yg jualkan.
Pastu Sita seboleh2 nak jaga anak aku yg kecil ni. Aku cakaplah dgn dia..nanti bila dia dah saya ajar minum susu botol..bleh sita jaga. Saya boleh keje hehe...
Semua tu atas naluri yg aku sebenarnya tak pernah pun nak jangkakan sebelum ni.
Kalau aku nak minta pendapat semua kengkawan..dah tentulah diorg setuju aku terima tapi camnelah dgn anak2 aku ni...hmmm...
Sekarang ni fikiran aku kosonglah...nak terima pun tidak..tak nak terima pun ye..
Tolong beri pendapat korang supaya aku boleh buat keputusan yg tepat..selain nak buat solat istikharah malam ni.
Isnin, 24 Mei 2010
Terima @ tak..
hasil semaian ♥nrina♥ di 4:12:00 PTG
Label: Cerita Aku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 bunga tulip:
Salam Nrina,
Kalau kak tie laa... memandangkan ada yang nak jaga anak tu.. lebih baik ambil je peluang ini. Jangan jadi macam Kak tie ni yang dah bosan duduk rumah. Rasa kerja di rumah ni tak abis-abis.
Lagipun bila bekerja, pemandangan dan pengetahuan pun luas. Bisness tu boleh berkembang lagi..sebab kawan pun bertambah.
Bila bekerja, anak-anak lebih matang, dan mahir urus diri sendiri. Taklah asyik harap kat kita je.. tapi, dapatkan kebenaran dari suami dulu, ya...
Salam Mama;
Ini pandangan Ayah...ayah tak setuju mama berkerja ditempat yang sama...dan ayah juga tak bersetuju Mama berkerja dimana2 syarikat kecuali syarikat itu adalah syarikat sendiri...hahaha...berangan2 pulak...
Mama dapat kebebasan sepenuhnya sekarang cuma mama "kurang duit jer"..car key ada...gie shopping lagi...ada kad kredit lagi...tapi belanja kena talion ayah...eheheh...
Duduk rumah jer...insyallah suatu hari nanti juga ayah nak berhenti kerja dan lepak2 dekat rumah...
bye n salam.
Walaupun ianya susah diterima tetapi inilah keputusan...bye
kak tie:
tq beri pandangan...mmg betul pun bila kita yg dah duduk rumah terlalu lama terasa seperti katak bawah tempurung hehe..tapi bila pk secara positif..syok sgt sebenarnya jadi surirumah ni hehe..yg penting dapat tido sesuke ati ngeh ngeh ngeh...
ayah:
tq ayah..mama terima keputusan ayah..hanya ayah je yg tahu tahap mana kemampuan mama hehe..so lebih baiklah duduk rumah je..keje kat rumah ni pun mmg tak habis2..
dah tua pun mama masih bole bekerja asalkan syarikat tu sendiri yg punye hehehe...
Catat Ulasan