Khamis, 6 Mei 2010

Aktiviti semalam

Semalam..byk jugak aktiviti aku..

Lepas hantar anak sekolah..aku pegi MBMB Ayer Keroh bayar saman parking bangang tu. Tak puas hati tu...tapi bayar jugak sbb takut naik mahkamah plak nanti.

Nasib baik dia bagi lagi diskaun 50% so bayar RM50 je.

Lepas tu lepaklah kejap kat taman depan tu. Tapi tak lamalah pasal dah nak panas..sempat jugak zahran menyarap kat kerusi taman tu beralaskan tilam..

Lepas tu aku rasa masa byk lagi ni..nak balik rumah malas jadi aku pk terus g MP ler plak nak tanya kamera aku tu boleh dibaiki ke tak.

Setibanya aku kat MP tu wahhh!!! byk dah berubah..parking dah cantik. Ceria je tgk warna terutama parking kat bawah..lantai pun cat tu..

Aku pegilah kedai kamera tu..tanya dia apa masalah kamera aku ni..dia kata masalah sensor..nak tukar tu RM 200++ lum masuk servis lagi..beli baru jelah katanya..

So itu jelah...memang dah nasib. Guna pun rosak tak guna pun rosak..itulah risiko barang elektronik ni..

Lepas tu lepak jap bagi Zahran susu tapi dia tak nak pasal suasana kat sana lebih menarik perhatian dia daripada menyusu..

Makan kat McD yg baru bukak...tak penah aku makan sarapan kat McD..inilah pertama kali. Melayang jugaklah RM16++. Happy Meal 2 je. Itupun tak habis..

Masa nak bayar parking..huhu amatlah bangang jugak aku rasa..mesin yg pertama aku guna tak nak duit aku..puas dah aku jolok..dia tak nak amik..kung ajar betullah..

Terpaksalah aku pegi mesin lain..itupun memula tak nak jugak tu..aku nak tempeleng je tapi bila dia sedut duit aku tu haaa...selamatlah kau daripada pelempang aku..

Sebenarnya aku ingatkan dia dah print dan kononnye free masa aku gune mesin yg pertama tu. Bila keluar mesin tu kata aku lum bayar...itu yg aku kene pusing balik tu. Tak ke bangang.. mesin tu bangang atau akukah???!!! hahahaha...

Lepas tu..beli topup...kat kedai rumah mak aku tu..dia kan ada cop kad kalau beli topup dan leh tukar hadiah bila dah penuh hehehe...topupkan hp baba aktifkan 365 hotlink tu dan terus balik rumah basuh baju.

Pegi pasar malam..makan dulu kat rumah pastu hantar zikry mengaji dlm kul 8malam.

Malam tak leh tido..batuk je sampai ke pagi..bila nak bangun tak larat dah sbb tak cukup tido dan badan terlalu sakit. Rasa nak suruh Zikry ponteng je sbb aku mmg tak larat nak berdiri sbb kaki menggigil. Tapi pegi jugak dia sekolah..

Lepas balik hantar dia sekolah aku terus tido sampai dia balik..dia bagi salam pun aku ingat mimpi je hahahaha....

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster