Jumaat, 7 Mei 2010

Seram

Penunggu Gunung Raya

Biasa je kan tajuk citer tu..tapi cerita tu mmg aku akui sgtlah bestnye..

Memula tu aku ingatkan hantu tu nak beraya kat gunung hahahahaha...tetibe je lawak..

Jalan cerita dia macam baca novel Ramli Awang Murshid...kalau ada sape penah bacalah. Novel berbentuk thriller tu..

Lagi kita tgk, lagi byk persoalan yg terungkai..lagi tension dibuatnye sbb kene tunggu tiap minggu utk tgk dan tahu apa sebenarnya yg berlaku..

Macam malam tadi tu fuhh...sgtlah seram..boleh terangkat2lah badan aku bila terkejut tu.

Citer hantu ni tak macam citer hantu yg tunjuk hantu bangang tu..dia penuh misteri dan cerita disebaliknye..

Kalau nak diceritakan pun susah sbb bila suami tanya kenapa camni kenapa camtu..susahnye nak jawab sbb aku pun tak tau selagi citer tu tak habis lagi...bila nak suruh dia tengok sendiri..takut plak..

Yg aku tau..motif cerita ni memberitahu bahawa jgn percaya dan berjanji dgn syaitan sbb syaitan mmg jahat..camne manisnya janji dia pada kita tapi dia tetap syaitan yg telah berjanji dgn Allah akan menyesatkan manusia...bape byk perkataan janji daa...

Aku ni nak kata hantu tv tu tidaklah sgt..tapi kalau ada satu2 citer yg aku suke tu...tak naklah ketinggalan kalau boleh hehe..

Sinopsis Cerita Penunggu Gunung Raya

Mengisahkan sebuah mimpi misteri yang sering menghantui empat individu, Azam, Intan, Mas dan Omar yang sebenarnya terikat dengan kisah silam masing-masing.

Kisah bermula dengan Azam (Zizan Nin) seorang penulis novel seram yang terkenal tetapi kehidupannya kusut akibat sering diganggu oleh jelmaan bekas teman wanita yang telah membunuh diri kerana terlalu kecewa selepas putus cinta dengannya.

Intan (Emelda Rosmila) pula seorang janda muda yang baru kematian suami dalam sebuah kemalangan jalanraya dan dirundung resah gelisah kerana merasakan kandungannya bukan anak manusia.

Manakala Mas (Fouziah Gous) pula diburu rasa ketakutan dan bersalah setelah membunuh kekasihnya, Datuk Kadir.
Hidup Mas pada dasarnya nampak bahagia kerana dilimpahi kemewahan selepas menjadi perempuan simpanan ahli perniagaan berjaya.
Namun, hatinya sentiasa tertekan lantas mengambil tindakan drastik dengan membunuh kekasihnya sendiri.

Berbeza pula dengan Omar (Sahee. D), seorang pemaju hartanah yang hanya mementingkan keuntungan dan sanggup membuat apa sahaja untuk mencari kekayaan.
Malangnya, Omar terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah sejak cuba menerokai kawasan di Kampung Gunung Raya.

Mimpi-mimpi aneh inilah yang akan menyatukan kembali empat sahabat yang sudah lama terpisah hingga pulang ke Kampung Gunung Raya.

Ketika masih kanak-kanak, mereka berempat selalu dibuli oleh anak ketua kampung, Dayak (Atta Imran).

Suatu hari, mereka memperdayakan Dayak ke perigi berhantu yang terletak di tengah hutan. Dayak terjatuh dan mati.

Tanpa diketahui, darah Dayak telah membebaskan iblis iaitu Penunggu Gunung Raya yang dikurung dalam peti kuno di bawah perigi. Atas tunjuk ajar Lebai Awang (Rahhim Omar), mereka berjaya menumpaskan iblis tersebut.

Namun, hasil daripada kejadian tersebut telah menyebabkan mereka hilang ingatan dan dihantar ke bandar bagi memulakan kehidupan baru.

Namun, Tok Sumun (Rosli Sako) berasa sangsi akan kematian anaknya dan mahu menuntut bela. Maka, Tok Sumun telah menyeru kepada Penunggu Gunung Raya untuk terus mengganggu pembunuh anaknya.

Setelah sekian lama, Azam, Intan, Mas dan Omar kini merasakan nyawa mereka terancam selain diburu rasa ketakutan atas dosa yang dilakukan.

Segala misteri dan rahsia asal usul mereka bakal terungkai. Siapakah Lebai Awang sebenarnya dan apakah dendamnya dengan Mak Leha (Ibu Aida) yang telah mengasaskan Kampung Gunung Raya?

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster