Isnin, 3 Mei 2010

Degil Ya rabbi

Rasanya hari ni adalah hari yg memenatkan walaupun tak ler penat fizikal sgt cuma penat mental je.

Setelah 3 hari aku tak online pasal ntah pebenda masalah internet ntah..dengarnya ada kerosakan talian yg menghubungkan internet yg berhubung dgn amerika pebenda tu..camtulah..

Pastu kerosakan tu 2hb baru diorg nak selesaikan so aku dapatlah online hari ni sbb malas nak bukak 2hb tu.

Macam biasa mmg byk sikit masa terbuang bila dah mengadap komputer ni...sambil basuh baju..dan kemas rumah dan susukan baby..dan masak..

Bila semua benda tu nak kene buat serentak...so faham2lah.

Lepas Zikry balik sekolah..dah tutup komputer..bersiap utk ke rumah baba plak nak amik

Tapi aku lupe nak call awal sbb dah bitau pagi aku akan datang petang. Bila dah kunci pintu semua dah separuh perjalanan baru aku call suruh baba cepat siap utk pergi cuci kaki dia.

Aku kecewa jawapan dia...tak payahlah pegi...dah ptg sgt..org kat sana benci tgk..

Ni aku dah dlm perjalanan dlm kete. Kalau tau dari tadi tak nak pegi..cakaplah awal2..tak ler aku susah payah mengunci semua pintu, angkut anak aku..yg baby tgh nyenyak tido dlm buai..angkat kain baju takut kene hujan bila petang...dah ler tak kering lagi..kene sidai dlm rumah.

Ntahlah...susahlah nak cakap betapa degilnya bapak aku ni. Mcm2 alasan dia bagi utk tak nak pegi. Tapi bila aku tak datang bawa dia pegi cuci kaki..dia tanya plak bila nak datang...ni dah datang tak nak pulak..aduhai ape le malang nasib aku ni...

Dahlah hari ni Zahran buat hal. Tido dlm buai tak nak..baring tak nak..nak aku pegang je. Zikry dan Zarfan tu jgn cakaplah..dgn mainan bersepah..berlari sana sini..terjerit menangis bergado..aduhh!!!

Kalau dia letak diri dia kat tempat aku..'mungkin' dia boleh faham ape yg aku rasa tapi masalahnye dia hanya pk diri dia je.

Datang pagi dia bagi alasan kat klinik ramai org...datang petang dia kata klinik tu dah nak tutup..lum kul 4pm pun lagi..kalau masa aku datang amik dia..tak terhegeh2 baru nak mandi nak cari baju dan kenekan butang..tak ler lambat..tapi bila aku datang masih dgn kain pelikat tak mandi lagi walaupun aku dah call sebelum aku nak datang..mmglah tak sempat..

Aku dah malas dah nak layan. Lantaklah nak jadi ape pun jadilah. Pembantu rumah aku tu pun mati akal dgn baba aku ni. Tak pernah jumpe org sedegil ni katanya. Suruh makan ubat tak nak..suruh mandi pagi tak nak..yg dia nak..kutip sampah yg org dah buang..ntah ape nak jadi pun tak taulah..nak menyemakkan rumah yg dah bersih tu.

Masalahnya kalau dah kene potong jari kaki tu lagi. Sape nak kene bawa cuci setiap hari..kalau bukan aku yg kononnye byk masa ni. Nak harap org lain semua keje..takde masalahpun kalau yg bekerja tu nak tolong tapi kalau senang dgr cakap takpelah jugak. Ni tak...kalau budak dah lama aku tempeleng ni..masa aku kecik2 dulu pun dah puas kene tempeleng dgn dia..

Penatlah...aku bosan nak layan hari2 benda sama camni. Sebelum ni mcm2 alasan jugak dia bagi tapi cuma hari ni aku dah tak tahan...aku penat..kalau dia tak nak..aku lagi sejuta kali tak nak bawa dia cuci kaki tu. Buang masa aku tunggu. Lebih baik aku tido je kat rumah..

Apasal ler bapak aku camni..org lain punyelah bangga dgn bapak masing2..jadi idola..tapi bapak aku ni perasan bagus je. Padahal sifat munafik lengkap dlm diri dia. Ape yg dia ajar..kuang hajar dgn mak mertua..maki hamun bini..tuduh bini berzina..gado dgn org dan sebut pasal keburukan org walaupun org tu dah mati..teramat suke berprasangka buruk..buat baik pun tak gune sbb dia akan tafsirkan ade niat tak baik disebalik tu..suke bohong..mmg dia ajar aku dari kecik utk bohong..pada dia bohong tu tak berdosa..kenape ye..KENAPA bapak aku camni...bosannye..

Bukanlah takde yg baik sifat dia. Ade..tapi sifat jahat lebih terserlah..dia pandai berlakon plak tu. Yg paling teruk baba aku penah buat kat mak...dia sanggup pentingkan org cina sakit kat hospital tu daripada mak aku yg tak leh diri lama utk dia bagi kat cina tu kerusi roda yg tgh mak aku duduk. Dia suruh mak aku berdiri...buat baik kat org lain tapi bukan dgn bini sendiri.

Aku malu..sgt malu. Aku ni dari benih dia..pasal tu sikap tu ade kala mengalir dlm diri aku. Sama jugak dgn adik beradik aku yg lain..kalau dia suke berdendam dan membenci org sampai ke mati...tak hairan anak2 dia akan buat camtu jugak.

Teringat aku cerita hari tu Dosa Serupa...terkene dgn keluarga aku. Tapi drama tu lagi dasyat..keluarga aku tak ler sampai tahap gitu..anak2 masih amik berat walaupun dlm hati ni mmg sakit je..

Penatlah..aku ni demam. Suara pun hilang..batuk, selsama..aduh!! sgt terseksa...

1 bunga tulip:

aisyahumaira berkata...

assalammualaikummm kak rina

semoga kak rina sentiasa cergas dalam masa yang begitu bizi....saya ni slient reader akak..bile saya baca blog akak,saya rasa simpati juga dek akak banyak terkejar2 masa & tekanan pelbagai sudut...kak rina pernah tengok Nanny Rescure 911 kat ntv7? akak boleh juga amik panduannya untuk tangani anak2 yang betul2 degil...kemudian akak cuba baca "ya hadi" sebanyak yang boleh sambil niatkan untuk lembutkan hati anak & hembus pelan2 pada ubun2nya semasa dia tidur..insya allah,mudahan dgn izin allah anak2 akak cube fahami arahan dr kak rina...insya allah..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster