Sabtu, 11 Disember 2010

Kehilangan

Seakan mimpi pada aku perkara ni berlaku.

Baru sekarang aku rasakan ada kekuatan utk aku nyatakan hal sebenar...tapi pada aku perkara tu hanya sekadar mimpi...

Mak yang aku sayang...yang aku jaga sepanjang dia sakit..telah pergi meninggalkan aku depan mata aku sendiri...

Aku masih belum terima kenyataan tu sehingga sekarang...

Pada aku mak aku masih ada...sentiasa ada tapi skrg dia hilang..

1 Muharam adalah tarikh perginya mak aku...tarikh yg akan aku ingat sampai bila2 setiap tahun baru islam tu...

Tak sangka waktu mak pergi begitu cepat...seakan aku masih belum puas untuk menjaga dia.

Peralatan dan barang keperluan dia pun masih baru dibeli sehari sebelum dia meninggal...beli seolah2 dia hidup lebih lama...tapi segalanya dah Allah tentukan...

Yang aku pasti..wajah mak sangat bersih dan berseri..masa mandi seolah bercahaya..

Aku pula waktu tu lemah sgt..terlalu lemah...rasa nak pitam tapi aku tahan diri ni supaya kuat sbb aku sgt diperlukan waktu tu...

Ya Allah aku terlalu sedih bila setiap kali terpaksa memikirkan hal ni...pasal tu kalau boleh aku tak nak luahkan dlm apa cara sekalipun...

Semoga roh mak ditempatkan bersama org2 yg beriman...cukuplah mak menderita didunia..tiba masa dia hidup tenang di alam yg lain...

Kepada yg hadir di rumah aku..ada yg pertama kali..aku ucapkan berbyk terima kasih. Aku sgt terharu sbb mmg ramai datang rumah aku untuk lihat jenazah...

Ramai yg anggap aku byk dapat pahala jaga mak tapi pada aku pahala ke dosa ke itu semua Allah yg tentukan..aku ni byk dosa mungkin itu je cara nak hapuskan dosa..

Aku tetap rindukan mak aku...walaupun aku dah kehilangan kasih sayang mak selama 2 tahun sebelum ni tapi sepanjang aku bergelar anak dia..byk terlalu byk kasih sayang yg dah dicurahkan pada aku..ditambah lagi aku ni anak bongsu dan perempuan yg terakhir pula tu...

Skrg pula..baba aku yg sakit. Dah pakai pempes dan baru buat tapak utk dialisis..buah pingang dah rosak..ditambah dgn kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung..ada kat hospital untuk stabilkan benda tu.

Tanda yg aku nampak sebelum mak meninggal dunia.

1. Mak makin lemah. Tangan yg biasa bergerak, tidak lagi bergerak.
2. Badan makin kejang..tiada langsung pergerakan yg biasa.
3. Gerakan nadi nampak lebih ketara dan jelas kat perut, kepala, leher..kat uratlah..
4. Mata mak asyik membulat pandangan yg rambang dan kebykkan ke atas..aku rasa masa tu roh dia dah berjalan ke alam lain dan sedang berperang dgn syaitan yg cuba menghasut.
5. Pandangan makin kuyu...lemah dan asyik tidur sahaja.
6. Ada cecair putih keluar dari mulut..meleleh ke tepi seakan hingus yg pekat tapi warna putih seperti nanah. Nafas pun berbau sikit.
7. Nafas seperti ikan kelemasan dan diwaktu itulah tarikan nafas yg sgt lemah dan lambat dan akhirnya terhenti di situ. Pandangan jadi kosong dan....aku sudah kehilangannya.

Yg menjadi pelik..bedsores yg aku selalu cuci tu tetibe seakan ada cecair seperti tanah bertakung sentiasa..dah lap pun masih lagi ada air seakan perigi..warnanya mmg mcm lumpur..

Aku dressing setiap hari tapi isi dah elok dah..kurang nanah..isi luar pun cantik je tak membesar tapi kat dlm tu nampak makin membesar dan teruk...yg aku sedih diorg yg biasa tgk bedsores pun tak pernah nampak benda camni...rupanya itu adalah tanda mak akan pergi selama2nya..

Itulah sedikit sebanyak yg aku ingat..

3 bunga tulip:

~mrs azmi~ berkata...

takziah buat rina dan keluarga.. moga allahyarham ditempatkan bersama orang yang dikasihiNya.. alfatihah

ina's berkata...

takziah..dan byk2 bersabar yer...

Tie berkata...

Takziah dari kak tie. Tabahlah Nrina, arwah mak Nrina tu dah aman di sana. Sedekahlah yasin buatnya, insyallah, akan sampai juga.

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster