Isnin, 6 Disember 2010

Berselerak



Beginilah terjadi setiap kali si botak tu g dapur masa aku tgh sibuk memasak.

Nak kemas dapur tu bukan kejap..nak susun satu persatu pinggan mangkuk yg ntah mana pergi tutupnya.

Tapi budak botak ni terus je menerjah ke dapur dan 'mengemaskan' pulak dapur aku..

Oleh itu kalau aku bitau aku dah kemas dapur pun suami aku mati2 tak percaya sbb aku kemas dlm setengah jam..budak tu datang terus kemburkan hanya dlm 30saat je..

Bayangkanlah dgn keadaan dapur yg sempit..tambah lagi si botak yg duduk situ kononnya 'mengemas' pastu dah berterabur pinggan mangkuk tu sampai nak lalu dah tak boleh apatah lagi dah tentu dia buat hal masa aku tgh bz memasak..mana ada org masak pandang bawah..tentulah pandang dapur je..

Maka terjadilah adegan kangkang mengangkang disitu...tak sesuai memasak pakai kain sbb terlalu ganas aktivitinya hahaha...

Itupun adakala terhangus jugak sbb dah leka menyusun balik sbb aku nak lalu pun susah..sakit kaki asyik terpijak..

Mungkin ada yg terfikir..letak je palang jgn kasi dia masuk dapur...haaa...kalau nak dengar pekikan suara yg memecah suasana tu..buatlah camtu..aku dah buat dah tapi mmg tak menunjukkan sebarang kejayaan pun melainkan dia tidur..tapi nak tunggu dia tidur dlm keadaan aku nak buat semua keje amatlah tak terkejar aku..sbb bila dia tido adakala aku perlukan rehat juga...

Oleh itu...pasrahlah keadaan rumah aku yg sentiasa berselerak ni sbb aku ni bukanlah rajin berkemas sbb ada sentiasa makhluk yg sering merosakkannya...

Inilah makhluk si botak yg aku maksudkan tu...

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster