Selasa, 28 Disember 2010

Balasan...

Aku rasalahkan...

Apa yg mak doakan dulu skrg ni baru termakbul...untuk babalah..

Arwah mak aku ni kira org yg teramat teraniaya tapi dia tak mampu nak buat apa2 sbb sikap baba tu mmg tak leh berubah walaupun berpuluh ratus ribu juta kali nasihatkan dia.

Tapi baba aku ni bukanlah org yg pemabuk, berjudi, pukul org...tapi mulut dan fikiran dia sgtlah jahat sejak azali...org buat baik pun dia tetap fikir ada niat jahat disebaliknya..suka berprasangka...apatah lagi org tu penah buat tak elok pada dia..sampai org tu mati pun masih disebut2..takkan ada sifat pemaaf pada dia..senang cerita dia memiliki sifat munafik 100%...

Puas dah nasihat tapi sebagai anak dianggap kurang hajar utk menasihatkan dia...so biarkan jelah perbuatan dia sehingga mak menderita dan akhirnya pergi dahulu dari dia.

So skrg...aku lihat segala apa yg dia perkatakan dan buat kat mak...dia mengalami lebih teruk daripada itu ditambah plak dgn sikap manjakan diri dia...

Aku tak kisah kalau dia malas...aku boleh buat semua tu utk dia apa yg dia malas nak buat mcm pegi tandas ke ape ke aku tak kisahlah..tapi kalau senaman tangan utk besarkan urat kat tapak nak buat dialisis tu pun susah nak buat...camne lagi nak aku bantu tu...kalau aku boleh buatkan agaknya dah lama dia suruh heh...

Macam urut kaki dia tu mmg dia suruh je org picitkan sedangkan hal camtu dia boleh atasi dgn bantuan dari diri dia sendiri..boleh gerakan dan buat senaman kaki tanpa perlu bantuan org...byk sgt alasan...

Apa yg jelas skrg...arwah mak boleh gembira dan berpuas hati dgn apa yg menimpa hidup baba skrg...

Aku akan bantu baba selagi yg termampu tapi kebykkan penyakit degil tu sering memakan diri dia sendiri...

Dah ler aku tgh buntu skrg ni nak masak apa utk dia...kesian punye pasal..aku bagi jugak dia makan benda yg tak boleh makan..haa...tak boleh tido malam dia mengerang kesakitan..ape aku leh buat..dah nak makan sedap..mengidap ler lepas tu...

Tolonglah bagi aku menu nak masak utk pesakit buah pinggang ni...dah ler ada kencing manis, darah tinggi dan jantung...ape ler yg dia leh makan ni...

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster