Jumaat, 12 November 2010

Tugas makin bertambah

Bukan senang dan sgtlah payah bila berhadapan dgn situasi aku ni..

Dahlah sibuk dgn tugas seharian malah makin ditambah2 plak lagi dgn beban yg sedia ada..

Mak seperti biasa kesihatannya..nampak semakin ok tapi rupanya ada yg lebih teruk daripada apa yg nampak diluaran.

Mak ada backsore plak..dah lama dah cuma aku tak tau itu backsore dan bukan mudah nak handle backsore tu rupanya sampaikan ia dah sampai ke peringkat yg ehemmm...bernanah dan boleh buat aku meremang satu badan bila nak sentuh bahagian tu.

Nak tak nak aku perlu cuci luka tu setiap 2 kali sehari. Errhhhhh...

Ni aku dapat tips dari internet.

Untuk penjagaan pesakit kes2 spinal adalah lebih teliti dari segi pergerakkan dan posisi. proses baikpulih tulang dari segi teori semulajadi memakan masa sehingga 6 minggu atau lebih terutama warga emas, jadi dalam tempoh lama ini sebaiknya:

1) Penggunaan tilam yg sesuai dr segi kebersihan cadar, ketebalan tilam (lagi tebal lagi bagus) tapi mesti yg keras sedikit utk mendapatkan posisi baring yg sama rata, kalau ada rezeki gunakanlah tilam air untuk suhu dan tekanan yg baik pada kulit belakang badan.

2) Bagi kes2 yg melibatkan tulang pinggul dan tulang belakang (spinal) terutamanya setiap pergerakkan adalah paling minimal, walaupun begitu pertukaran posisi itu adalah perlu untuk mencegah 'backsore' atau kudis tekanan biasanya bahagian siku, pinggul tumit dan belakang (risiko jangkitan sgt tinggi). punca backsore ini berpunca drpd tekanan kulit/posisi kekal yg terlalu lama. Jadi tukarlah posisi ayah kekanan atau kekiri setiap empat jam drpd berbaring berterusan.

3) semasa memusing,menukar posisi, memandikan atau menukar cadar gunakan teknik 'log-roll' dgn bantuan 2 atau tiga org pusingkan ayah secara SELARI samaada ke kanan atau ke kiri dgn posisi badan masih seperti berbaring rata, ia mencegah pergerakkan tulang belakang yg paling berkesan.

4) untuk keselesaan support bantal kecik atau blanket kecil dan lembut bawah spinal yg cedera ketika berbaring pastikan tidak terlalu tinggi. Cuba survey kat farmasi bengkung utk tulang belakang bagus utk ayah pakai.

Sekadar berkongsi ilmu sikit2, Insyaallah mungkin boleh membantu meringankan beban
 

Kesian aku sbb ini adalah pengalaman pertama yg tak pernah aku dengar ada org yg kene. Masalahnya ada org yg tahu tapi tak beritahu aku sehinggalah bila dah tahap kritikal camni barulah tau penyakit tu..

Bersyukurlah aku sbb ada Kak Ju yg sanggup bantu ajar aku dan beri semangat utk aku lakukan sendiri...aku ni susah kalau nak ajar dari segi teori je..kene ada praktikal gak supaya aku dapat bayangkan camnelah nak buat tu nanti.

Apa pun tips..perlu ada 2-3org yg bantu sedangkan aku kat rumah ni jgnkan kata ada org nak bantu..ada baby lak nak halang supaya tak ganggu aku buat keje..sgtlah mencabar hidup aku ni..harapnya aku sentiasa dapat bantuan dari org yg berhati mulia..

Adakala semangat aku jatuh dan aku perlukan org sekeliling beri sokongan pada aku..terutama org yg pernah hadapi supaya dapat beritahu apa yg harus aku buat sbb aku mmg tak tau apa2 pun nak jaga org yg dalam keadaan camni..

Kalau baby tu semua org kene belajar camne nak jaga tapi bila dah dapat org dewasa yg mcm baby ni..tak semua org dapat rasa pengalaman tu..

Ya Allah...kuatkanlah semangat aku untuk meneruskan hidup menghadapi dugaanMu ini...

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster