Rabu, 24 November 2010

Cuba dululah...

Cuti sekolah...

Ye..patutnya dah mcm2 plan terbayang kat otak ni nak g sana nak g sini...tapi aku tak mampu pun nak membayangkan dlm kepala hotak aku ni skrg...utk anak2 tu terpulanglah pada ayah utk bawa diorg pegi bercuti..cuma tak perlu bawa mama dan baby je...

Kalau ada pun..beban yg nak aku pikul tu buat aku tak mampu nak bergerak kemana2 pun..

Oleh itu aku lebih suka tak memikirkan utk bercuti atau sebagainya..melainkan setakat keluar pegi shooping/window shooping sekitar 2 jam sahaja...itu je yg boleh buat aku tenangkan fikiran..lari dari masalah aku kejap..

Tapi suami aku ni seboleh2 nak disumbatnya aku ikut sekali dlm aktiviti bercuti ni yelah..dia kesian tgk aku takde masa utk diri sendiri so inilah masanya..

So nak tak nak aku kene jugak pkkan camne cara nak suruh org jaga mak sedangkan aku rasa takde sorang pun yg mampu nak ambil alih tugas aku 100%.

Bukan senang ok..aku bukan nak mendabik dada mengatakan aku ni bagus sgt jaga mak..takkk...

Tapi bayangkanlah bukan je kene bagi susu melalui tiub feeding setiap 4 jam sekali, tapi kene salin pempes 8 jam sekali, cuci backsore, tukar cadar setiap hari...pada aku yg dah biasa ni mudahlah walaupun aku rasa tercabar sbb dgn adanya baby yg aku perlu kawal supaya tak ganggu aku buat semua tu...

Kalau sape lihat aku...dah tentu takde sape nak duduk kat tempat aku termasuklah aku sendiri hehe...

Cuma bila berada di tempat aku..aku tak boleh kata 'tidak' dlm apa jua dugaan yg datang..kene paksa jugak diri utk buat sbb kita tak boleh nak harapkan org lain apatah lagi bukan dari ahli keluarga sendiri...

Tapi terus-teranglah aku bitau..keberanian dan ketabahan yg ada pada aku skrg ni bukan dari diri aku..tapi ini anugerah daripada Allah yg dah beri kekuatan tu semua pada aku...

Sebenarnya semua org boleh buat apa yg aku buat cuma perlu mohon pada Allah diberi kekuatan tu..

Kita takkan tahu kebolehan kita jika kita tak hadapi masalah tu sendiri..jgn kata tak jika kita tak pernah mencuba...

Semoga Allah terus beri kekuatan ini pada aku dan memberkati apa yg aku buat sbb apa yg aku buat skrg ni hanya kerana Allah...

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster