Isnin, 29 November 2010

Risaulah...

Ntahlah...

Setiap hari yg aku lalui skrg jadi macam tak keruan...risau je sepanjang masa..

Keadaan mak pun makin teruk..dah tak bercakap walaupun takde makna apa yg dia cakap asalkan dia bercakap aku tak ler risau sgt...

Diam je dan hanya mampu geleng dan angguk je..dah makin tak bertenaga nak bercakap agaknya. Mak pun dah tinggal tulang je..

Cabaran pada aku jaga mak ni takde lah sgt cuma yg aku rasa sgt2 mencabar ialah memastikan aku tak diganggu semasa aku tgh mengadap mak tu.

Paling aku risau kalau Zahran merengek dlm buaian atau masa tidur kat tilam..dia akan terus bangun nak aku peluk manjakan dia..bila aku takde dan tgh bersihkan nenek dia fuhh!! faham2 jelah suara dia memekik melalak tu...satu taman boleh dengar..

Harapnya keadaan mak tak teruk sgt...aku pun tak dapat nak bezakan antara lemah dan nazak..kalau org nazak camne ek..takut nanti mak pergi tanpa ada sape2 kat sisi dia...

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster