Sabtu, 2 Oktober 2010

Potong rambut

Ahhh...betapa leganya lepas potong rambut ni. Berangin je rasa...ringan sikit..

Keadaan aku dah macam org gile tak makan seminggu dah dgn rambut terbarai bersepah sana sini..mencucuk-cucuk mata aku ni..

Mulanya ingat nak potong rambut tempat biasa kat kampung aku tapi bila pk jauh dan mmg takde masa so lupakan jelah RM5 tu jadi kat sini ada kedai yg dekat dgn rumah aku so melayang RM8..murahlah jugak. Setakat tarah camtu je rambut ni..janji pendek..tak ler aku sakit hati dah..

Keadaan mak camtulah jugak. Tapi dia dah tak kenal aku..sedih aku. Nak guraupun aku dah tak mampu nak gelak tgk keadaan dia camtu..kalau tak dia masih boleh buat lawak dgn aku..

Zahran pula demam..tak taulah nape sejak semalam panas gile badan dia. Diapun rasa tak selesa dan asyik nak berpeluk je. Kesian dia sbb aku biasanya biarkan je dia menangis sbb aku takde masa nak pegang dia setiap masa..

Hari ni aku nak cuti g jenguk mak kat hospital..nak tumpukan perhatian kat Zahran..jadi giliran abang2 aku yg bawa baba g hospital tgk mak. Diorg hanya ada masa waktu malam dan hari minggu je..yelah masing2 bekerja..nak salahkan diorgpun tak patut..semua org ada masalah 'masa' tapi ada jugak yg sengaja cuma malaslah aku nak ingatkan..kalau dia pk diorg ada mak dan ayah yg masih hidup..pandai2lah nak kejar pahala kannn???

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster