Selasa, 19 Oktober 2010

Kalau aku xciden?!

Bila aku memandu..

Fikiran aku sering je terbayangkan kalaulah xciden camne ek???

Dgn keadaan anak2 bergolek berguling bergaduh dlm kereta dgn tak pakai tali pinggang keledar, baby yg duduk dlm walker je..aku yg jap2 toleh belakang sbb anak2 asyik menangis terjerit tak henti2..

Itu belum lagi baby yg cuba keluar dari walker..capai apa yg boleh dia dapat berdekatan dengan aku yg sedang memandu.

Bukan takde car seat tapi dia tak nak duduk kat situ..daripada biar dia terjerit2 meronta minta dilepaskan ..lebih baik aku dudukkan dia dlm walker je sbb dia rasa bebas dapat lihat sekeliling berbanding car seat.

Biasa jugak aku biarkan dia kat belakang dgn abang2 dia tapi biasa jugaklah dia tertonggeng2 jatuh bila aku membelok..

Hanya satu je jalan penyelesaian yg aku lihat tak membahayakan aku dan juga anak2 ni iaitu...tidak keluar ke mana2...senangkan?!!!

Pada akulah....kalau ditakdirkan aku mati dlm keadaan kemalangan jalan raya..tak menjadi satu perkara pelik pun sbb mmg patutlah pun. Tapi biarlah aku yg mati bukan anak2 yg jadi mangsa...tapi boleh ke terjadi camtu sedangkan hanya aku je yg fikirkan tentang keselamatan sedangkan anak2 aku mana boleh berfikir lagi..

Melihat daripada caranya aku memandu. Aku hanya jamin aku akan selamat tapi kalau sesuatu perkara lain yg berlaku contohnya kereta lain yg hentam kereta aku..aku tak jamin anak2 aku akan selamat tapi hanya aku je sbb hanya aku je yg pakai tali pinggang keledar tu..itupun kalau impak tu tak kene kat aku ler..kalau kene biarlah aku mati sorang..

Bukan tak ajar anak2 pakai tali pinggang keledar tapi hanya abang je yg nak tapi abang ngah ni degil yg amat..termasuklah baby ni..

Aku pandu pun dlm sekitar 60-80km/j tapi 40km/j pun ada jugak cuma buat kenderaan lain meluatlah tengok kete aku ni hehe..

Harapnya tidaklah berlaku apa-apa bila aku memandu kenderaan dgn anak2 ni..

dan harapnya cepatlah mak aku keluar dari hospital dan aku tak yah nak kuar lagi setiap hari...

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster