Aku dah lama sgt nak tulis pasal perkara ni.
Korang biasa tak kalau tgk org sakit ke, kematian ke...korang akan beri sedekah duit?
Pada aku sebenarnya sangatlah terpuji perbuatan tu dan sgtlah dialu-alukan terutama pada keluarga yg sederhana apatah lagi yg tidak berkemampuan.
Sebagai aku lah contohnya..
Jaga org tua yg sakit ni memerlukan pengorbanan yg byk bukan sahaja dari segi tenaga dan masa tapi kewangan juga.
-Mana nak beli susu utk tiup feeding yg berharga RM70 yg bertahan hanya 2 minggu,
-pempes dia yg 10 keping utk 4 hari je,
-peralatan yg bersesuai utk kegunaan diri org yg sakit contoh mcm ripple matress, kerusi roda, perkhidmatan ambulan, tongkat dsb..
-duit minyak kete aku pegi dan balik ke hospital kalau dia masuk hospital.
Mmg mak ada wang simpanan..tapi bila dikeruk2 lama akan habis juga. Itu utk mak..lum lagi utk baba aku kalau dia juga akan sakit macam mak.
Jadi walaupun anda yg baca ni bukan melawat aku tapi jika ada disekitar tempat anda ada org yg sakit apatah lagi saudara mara..tolonglah hulurkan sumbangan kewangan. Sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban kewangan yg ditanggung oleh keluarga yg menjaganya. Hanya Allah jelah yg dapat membalas segala niat dan perbuatan baik anda semua pada yg amat memerlukan.
Lagi satu..jika nak melawat org sakit kat rumah org yg jaga dia. Tolonglah jgn duduk lama2 sebab anda akan mengganggu segala urusan harian mereka. Contoh aku ni jugak ler.
Aku bukan je nak kene jaga mak yg sakit. Kene jaga anak, suami..keperluan diorg. Nak kemas rumah, basuh baju dan lipat baju. Nak kene memasak dan melayan kerenah baby. blog hehe..
Jika ada tetamu yg datang lama2 dan borak lama2..aku susah nak buat keje yg byk dlm masa yg tinggal sedikit je sbb dah byk digunakan utk layan tetamu.
Mana anak2 nak makan, nak mandi, nak cebukkan berak, nak bagi mak minum susu dan salin pempes, nak menyusukan anak..fuhh!! Allah jelah yg tahu kalau aku perlu lalui semua tu setiap hari. Sekurang2nya kalau tetamu datang tak lama, aku dapat uruskan hal aku dgn cepat dan mudah. Tak ler terkejar2 nak cepat sbb kat rumah ni hanya aku sorang nak uruskan semua. Takdepun pembantu melainkan hal yg kecil2 tu dapatlah anak aku tolong..
Kalau berlaku kematian pun sama jugak. Keluarga yg jaga tu perlu buat kenduri tahlil yg byk kali jugaklah..7 harilah, 40 harilah, naik nesanlah dan byk lagi. Semua tu perlu duit. Jadi kalau dah org jemput datang makan tu jgn lupe hulur duit seikhlas hati utk keluarga tu ye.
Yg paling penting...jgn lupa sedekah Al-Fatihah utk si mati..
Itu jelah yg nak aku beritau..ingatlah pesan aku ni ye. Terima kasih kerana membaca hehe..
Ahad, 17 Oktober 2010
Perkara penting yg perlu anda baca
hasil semaian ♥nrina♥ di 8:18:00 PTG
Label: Cerita Aku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 bunga tulip:
Catat Ulasan