Zikry ni ada peperiksaan masa aku tengah berulang alik ke hospital. Tak sempat pun nak ulangkaji ke ape ke dgn dia so pepandai dia jelah jawab soklan peksa tu.
Aku sebagai ibu ni mmg risau sgtlah seperti mana aku sendiri yg nak amik periksa tu hihi..
Bila amik dia dari sekolah..cikgu bitau..Zikrylah pelajar yg paling lambat hantar kertas soklan peksa tu..
Dalam kepala hotak aku ni..aku tak letak harapan yg tinggi utk dia dapat jawab semua soklan..tak kisahlah pasal ini baru pertama kali dia periksa..
Tapi perkara yg amat memeranjatkan bila cikgu bitau keputusan periksa tu..dan keterperanjatan aku tu bukan je pd aku tapi pd cikgu jugak pasal mmg tak disangka pencapaian Zikry tu..yg ditarget dapat nombor 1 rupanya tak dapat..
Jadi ini seolah pengubat luka dan kepenatan aku selama berkorban jaga mak. Ada gak perkara yg buat aku gembira hihi..
Geram aku bila BM dia dapat C..mmg hancus jawapan dia utk kertas BM tu..
Nombor 2 pun jadilah..tp yg dapat nombor 1 tu makwe Zikry yg nama Intan tu hihi..
Sabtu, 30 Mei 2009
Alhamdulillah
hasil semaian ♥nrina♥ di 10:44:00 PTG 6 bunga tulip
Label: Cerita Aku, Zikry
Khamis, 28 Mei 2009
Merepek plak
Keadaan mak skrg makin teruk..
Nak kata nazak tu lum lagilah pasal adakala dia ok..cuma kadang2 dia bukan dia..
Tadi aku g tengok dia..bawa baba sekali pasal baba asyik risau je pasal mak. Biar baba tengok sendiri keadaan mak camne..
Masa datang nurse nak tukarkan tempat duduk mak. Mak jatuh sbb nak bangun sendiri. Selalunye masa takde sape yg jaga dia. Pasal tu kene sentiasa jaga dia supaya dia tak jatuh katil.
So nurse tukarkan katil berpagar dan letak mak dekat dgn kaunter supaya nurse boleh perhatikan.
Mak tak nak makan..kalau makan pun dia akan kunyah dan buang..dia tak telan. Takde selesa dan tak leh nak telan katanya.
Percakapan dia makin sukar nak difahami dan bila kita tanya dan tanya buat dia marah. Asyik menangis dan minta keluar dari hospital. Pastu dia salahkan abang aku yg masukkan dia kat hospital. Dah terlambat pun pasal bila dah masuk..nak keluar susah apatah lagi bila kesihatan makin teruk. Aku mmg ralat sgt mak dimasukkan ke hospital...mmg rasa marah sampai skrg tapi aku dah tak mampu nak kata apa2 dah skrg pasal dah terjadi pun..
Tadi mak ada cakap dgn aku..dia nampak pompuan cina selalu tengok dia malam2..tengok je tak bercakap. Aku tanya mak..sape plak cina tu? Mak aku kata hantu ler..
Aku tanya balik, mana mak tau dia hantu..eh aku tau ler..
Dia pakai baju ape? Mak aku jawab warna putih..
Aku jawablah laaa...itu nurse..tak pun doktor..
Takkkk..aku kata hantu tu hantulah..
Huhuhu...dah sampai tahap tu dah dia merepek. Tapi pada kita yg sihat ni mmg kata dia merepek tp hanya dia je yg tahu apa sebenarnya yg berlaku pada diri dia..
Tadi aku beli kerusi roda..abang aku yg suruh. Mudah kalau mak dah kuar wad nanti leh dia guna utk bergerak. Nak bawa baba aku ke hospital pun senang..tak payah nak g kaunter pinjam kosi roda..dan kene berpusing2 nak hantar baba dan cari parking..
Kerusi roda tu harga RM400. Yang ringan dan mudah dibawa. Kalau yg standard tu RM320 tp berat dan mmg tak muat kete aku yg cenonet tu..yg aku beli tadi pun berposak suruh diorg sumbat dlm kete..bonet mmg tak muat tp leh letak kat tempat duduk belakang je.
Oklah..aku kene bersiap nak jaga mak malam ni. Harap dia tak meragam nak buang air ke hape ke..pasal dia mmg tak leh bangun dah..angkat tangan pun susah dah sekarang ni.
Doakan aku dan kandungan selamat dan mak aku pulih seperti biasa ye. Jumpe lagi.
hasil semaian ♥nrina♥ di 9:36:00 PTG 7 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Isnin, 25 Mei 2009
Makin teruk..
Semalam(Ahad) aku jaga petang..dtg lewat pasal byk urusan nak kene buat..cari klinik utk cuci kaki baba pun dah makan 1 jam pasal byk klinik tutup hari Ahad. Nasib baik jumpe. Kene bayar RM20.
Masa tu aku dah siap masak dah. Pasal kakak balik jaga mak malam tadi dan singgah rumah aku berehat sebelum balik ke Seremban semula. Makan sarapan mmg dgn nasi je pasal malas nak masak byk kali..itu pun 1 jam aku habis masak.
Balik dari klinik mmg penat sgtlah..rehat jap tp 15minit je pastu g spital. Itupun dah sampai lewat dlm kul 4pm.
Aku sampai je mak aku cakap..baru dia boleh tido nyenyak lepas pindah ke sekolah. Hospital yg dia duduk sebelum ni nak roboh so yg skrg ni sementara dia kene duduk sekolah.
Aku tercengang ler dia bercerita. Mana dia dapat citer merepek ni. Puaslah aku cakap..ni bukan sekolah..ini hospital jugak..mak tak gerak mana pun..katil dan tempat ni ler jugak.
Dia marah aku, dia leh kata..tu ko tak nampak cikgu tengah mesyuarat tu..tp yg dia tunjuk nurse..dan pelawat yg datang jenguk pesakit..
Mulanya aku cam bengang ler jugak dia pertahankan jugak apa yg dia nak kata tu. Pastuh dia nak minta cuti sehari nak urut tangan dia..dia kata doktor kasi..tp mana nak kasi..lagipun mana dia jumpe doktor..hari Ahad..
Ntahlah...so malam pun aku jaga jugak..dlm waktu aku takde ada abang aku yg jaga..
So malam tadi aku pun sampai dan duduk sebelah dia..borak cam biasa..tetibe dia cakap..mak awak ade kencing manis ke? awak ni anak sape?
Tergamam aku masa tu..rasa nak berjurai dah air mata bila mak aku dah tak kenal kat aku..
Puaslah aku kenalkan diri aku..dia boleh kata..dia tengah tunggu anak dia yg nama Nor tu tp tak sampai2 pun lagi..
Ya Allah..aku jadi sayu sgt malam tu..bila tengok keadaan dia tak tentu arah..dia boleh kata lak ko jaga diri dan anak2 ko baik2 tau..aku terus minta maaf kat dia dan dia kata dia ampunkan..
Kesihatan mak makin merosot..dari hari ke hari..tangan tak leh angkat..kaki tak leh berdiri..nafas asyik tak cukup..terseksa dia nak tido..
Bukan aku je rasa waktu malam adalah waktu yg paling panjang..tp dia sendiri pun ngaku sama..kenapa malam je lambat sgt nak siang pasal dia tak leh tido dan sape yg jaga sudah tentulah mmg tak leh tido sama..
Sekarang ni aku rasa mmg badan tak tentu arah..letih sgt tp nak tido tak selesa pasal panas..kain baju berlambak tak basuh..pinggan mangkuk kat singki pun dah bertimbun..sampah pun tak berbuang..semua aku jugak..
Aku baru bangun tido ni dari kul 12pm lepas amik Zikry sekolah tadi..aku nak waktu siang ni panjang tak leh pulak..bila malam setiap minit terasa cam satu jam lambatnye jam tu bergerak..
hasil semaian ♥nrina♥ di 2:14:00 PTG 5 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Ahad, 24 Mei 2009
Penat sgt dah..
Dah seminggu dah mak masuk hospital tapi kesihatan dia makin merosot dan nampak lagi teruk(tp rasa cam dah berbulan2 plak)..mcm2 penyakit lain plak yg dikesan macam jangkitan kuman kat peparu..
Tak leh bangun sendiri..nak angkat sehelai tuala pun tak leh dah. Asyik mengeluh dan cakap nak mati je..puaslah kita suruh dia berzikir ke ape ke..tp dia hanya mengatakan yg dia sakit dan seolah2 dialah yg paling teruk sakitnya kat hospital tu..
Sikap mak yang adakala menyusahkan nurse dan doktor menyebabkan diorg meluat dgn mak dan kitorg hmm...kalau tak suke tu..kuarkan jelah mak dari hospital..bakpe nak tunggu lelama..biar jelah aku jaga..tak payah aku susah payah nak g balik hospital dgn masalah parking dan perbelanjaan yg semakin meningkat ni..
Baba plak yg aku jaga kat rumah ni takdelah susah sgt..ape aku masak dia makan..kene cuci kaki setiap hari..tak kisahlah sgt tp satu hal yg paling aku kisah yg rasa sakit hati ialah sikap pengotor dia tu..
Kat rumah setiap kali g tandas..air kencing dah tentulah menjejes kat lantai..adakala bertakung so kene mop cepat kalau tak merata satu rumah nanti..jadi aku kene pastikan setiap kali dia pegi tandas aku kene mop lantai laluan yg dia pijak..
Lagi satu..kat dlm tandas plak..air kencing ke najis ke..dia biar gitu tak berjirus dan pam..mmg bau dan kotor sgtlah..dia bukan kurang upaya tangan ok..dia cuma kene potong ibu jari kaki kanan je..
Bila aku tanya apsal tak jirus dan pam najis..jawapannye..nanti byk pakai air..membazir..hmm..tak logik sungguh alasan tu pasal aku lagi kene pakai air, sabun dan tenaga yg byk untuk sentiasa cuci tandas..niat dia baik tp mmg amatlah menyusahkan aku..
Dah ler kene ulangalik ke hospital 2 kali dlm masa satu hari..tengahari, malam..penatlah. Adakala rasa mmg tak tahan badan ni tp aku sendiri kene tenangkan diri..
Kalau jaga mak waktu siang..aku kene bawak anak2 pegi hospital..mana kerenah anak..kerenah mak..mana lagi hal kat rumah yg sentiasa kene bersihkan tu..terkejar sana terkejar sini..lama2 aku yg mati kat tengah jalan..diorg tu masih ler hidup lagi..
Tapi aku bernasib baik kerana punya adik beradik dan ipar duai yg prihatin dgn kesusahan aku..semua kesiankan aku..dan nak bantu aku seboleh mungkin..tapi diorg keje..aku lagilah tak nak susahkan diorg..byk lagi tanggungjawab nak kene pikul berbanding aku yg tak bekerja ni..so bolehlah tumpukan perhatian pd mak dan baba dan anak2..
Bilalah akan berakhir masalah ni..dah penat sgt dah rasanya..
hasil semaian ♥nrina♥ di 1:44:00 PG 5 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Selasa, 19 Mei 2009
Penat di Hospital Melaka
Aduh...penat sungguh hari ni..
Untuk hilangkan penat lepas makan ni..ngadap komputer ler dulu..takkan nak terus tido plak..kannn..
Aku saja je nak bitau aktiviti aku seharian ni..
Bermula awal pagi..Zikry g sekolah..siapkan dia dan hantar jalan kaki je..
Lepas tu aku sambung baring balik pasal pening kepala..tp sebelum tu masa balik hantar Zikry, aku ada borak dengan mak salah sorang kawan Zikry..lama plak tu..
Aku ni bukan jenis suke sgt nak berborak lama ni..betul..itu mmg sifat aku..tak suke borak lelama..pasal aku rasa letih dan lebih baik aku tido hihi..pasal aku ni mmg byk keje dan letih..sejak jadi surirumahtangga ni..lebih suke hidup sendirian dan jaga diri sendiri..tak suke jaga hal org lain hihi..
Tapi aku dgn mak budak tu bukan mengumpat..takat citer biasa je..pasal anak2..pasal kampung dia yg kat Indonesia tu..
Lepas tu dah balik, tengah baring..sambil basuh baju..jiran belakang rumah plak call..nak bagi kuih..rezeki aku tu hihi..pasal dia nak balas yg aku penah bagi kuih kat dia aritu..
Borak lagi kat belakang rumah plak..aduh..bila aku nak baring tanpa gangguan ni..kengkadang penat gak mulut nak bercerita bila jumpe org yg berlainan sbb pertanyaan yg sama dan aku jawab sama jugak..pasal mak dan baba aku yg sakit masuk wad hmm...letih plak nak borak lelama hihi..
Lepas tu..sambung basuh baju..tak masak pasal aku dah mamai dah..badan dah melayang..baring balik..tengah nak keringkan baju..jiran sebelah plak borak huhuhu..citer yg sama gak dia citer..dah byk kali ulang..tp dengar jelah..
Dah dekat kul 11 pagi..aku bersiap mandi dan ready nak amik zikry dari sekolah. Aku datang awal pasal nak pegi hospital cepat..nak uruskan baba yg kuar wad hari ni.
Lepas amik Zikry dan siap sidai baju. Terus gerak ke hospital. Tapi sebelum tu kuar duit kat Pejabat Pos Cheng dulu dan terus ke hospital.
Sampai sana ingatkan nak g kat wad mak dulu tp disebabkan aku tak dapat cari parking yg berdekatan dgn wad mak so aku terus g kat wad baba plak...pusing punya pusing punya pusing..akhirnya aku mengalah dan minta tolong kat kakak guard tu supaya bukak palang kat wad yg berdekatan dgn wad baba..nasib baik dia terima alasan aku untuk uruskan baba kuar wad.
Naik turun tangga sebanyak 6 kali untuk amik dan hantar brg kat dlm kete..walaupun tingkat 1 je tp kaki aku dah mula kejang..aku tahan jelah. Aku malas betul nak naik lift pasal kene tunggu lama..aku ni tengah kejar masa sbb mak dan nangis2 kat wad pasal takde sape jaga dia.
Aku hantar baba kat pintu masuk wad baru. Dia kene tunggu kat situ sementara aku cari parking lagi. Mmg nak menangis cari parking kat Hospital Melaka ni. Lepas dah berpusing berbelas kali dan sempat gak beli nenas dan air hihi..so dapat jugaklah parking walaupun dah kene sound tak leh parking kat situ tp aku buat dek je..kalau berani meh datang kat aku kata tak leh parking..tak pasal2 kene terajang je guard tu nanti..dia tak tau aku dah letih ni..hati pun panas je..
Lepas tu g kat wad mak tu..tingkat 4..disebabkan lift tu sesak sgt so nak kene tunggu 2 3 minit baru dapat naik..maaflah sbb aku bukan jenis nak tunggu lama. Aku naik tangga sampai tingkat 4 dgn anak2..mengeluh2 budak2 tu tp ape leh buat..mama dia malas nak tunggu lift hihi..
Sampai kat sana..aku rasa tak cukup oksigen dah. Tak leh bercakap bila guard kat sana tanya memacam..dia terus kasi masuk je hihi..
Aku naik untuk amik kertas ubat mak dan kosi roda untuk amik baba kat bawah. So turun balik tp terpaksalah tunggu lift..takkan aku nak angkut kosi roda tu plak turun tangga..
Lepas amik baba naik atas..dialah yg jaga mak plak. Sementara aku uruskan hal bil dan ubat. So mak ade teman..tak ler dia asyik nangis je..
Aku dgn anak2 pegilah bayar bil amik ubat dan pegi wad baba untuk hantar resit..jauh giler perjalanan tu..aku sampai lemah dan jalan pun tak leh dah rasanye..so lepak kat kantin hospital jap cas tenaga balik tp kalau dapat tido 5 minit pun jadilah huhu..punyelah letih dgn cuaca yg amat panas skrg ni.
Tengah lepak tu..terjumpe lak kawan keje lama..borak ler dlm sejam..untuk hilangkan tension hihi..borak camtu takpe pasal aku mmg tengah takde keje dan rileks..
Lepas tu sambung lagi perjalanan balik ke wad mak plak. Aku terus duduk kosi malas tu terus pejam mata..punyelah tak tahan badan ni..rasa nak pitam tp segan hihi..boleh ke segan nak pitam huahuahua...
Tapi tak lama pun aku dapat pejam mata tu..mak kejap nak air..kejap nak biskut..kejap nak kencing huhuhu...dgn anak2 buat hal plak..rasa nak meraung je masa tu..
Lepas tu dia nak pakai pampes je pasal malas nak g tandas..tp bila aku pegang je beg pempes tu..kosong..takde sape pun bitau yg pempes dah habis..
Terpaksalah aku turun bawah balik beli kat kedai dan terus alihkan kete dekat sikit dgn wad mak. Fuh..alhamdulillah Allah beri aku kekuatan jugak walaupun aku terpaksa naik turun tangga pasal malas nak tunggu lift..tingkat 4..huhu..
Anak2 aku dah pengsan dlm kete masa aku alihkan kete..langsung tak nak bangun bila kejut so tinggal jap diorg dlm kete sementara aku g atas amik baba letak dlm kete. Aku naik balik untuk hantar kerusi roda dan tengok mak.
Aku nak balik ni dia menangis lagi..asyik nangis je..risau takde sape jaga dia..aku kalau takde keluarga aku leh jaga dia sepanjang hari..masalahnye aku nak jaga hati byk pihak. Lagipun aku kene jaga baba kat rumah..makan minum..suami dan anak2 lagi...mana nak layan dia sorang je..nurse kan ramai..doktor pun ade..hmm...
Lepas balik rumah..puaslah aku pk nak beli ke nak masak..sampai ke pintu rumah masih pk..tp akhirnya dah sampai rumah tu maknanye masak ler pasal aku takde selera tengok kedai makan.
Masak simple je..asam rebus ikan tenggiri dan kangkung sambal tiram dan goreng ikan tenggiri...ikan tu kawan hubby yg bagi lepas dia memancing..hubby tu kalau nak tunggu memancing hmm..berjanggut ikan tunggu..ikan kat pasar pun tak laku kalau tunggu dia hihi..nasib baik rezeki kawan dia memancing tu..ade gak dapat habuan. Tp dah janji nak masakkan sambal ikan parang untuk dia..hmm..tunggu masa yg tak sibuk untuk masak sbb nak masak kene waktu yg tenang..baru sedap hihihi...
So skrg..tengah menulis blog..lepas ni aku akan terus tido..pasal baba tak panggil aku tengah malam..dia senang je nak jaga hihi..
Buat masa ni blog aku mmg takde gambar pasal tangan aku tak larat nak angkat kamera dah..kamera aku bercuti2 malaysia honeymoon jap hihi..
hasil semaian ♥nrina♥ di 9:30:00 PTG 4 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Isnin, 18 Mei 2009
Tak tau lagi..
Sebelum aku lupe aku nak tulis kat sini supaya aku tak lupelah hihi..
Semalam..hari Ahad..mmg bz giler ler..dgn baju yg dah 4 hari tak basuh pasal aku tak larat nak bangun..2 3 hari yg lepas..
Mak masuk wad hari Sabtu dan hari tu kebetulan aku balik kampung sbb ada kenduri. Yg bawa ke hospital abang aku pasal dia tengok keadaan mak teruk. Tertangguh lagi nak basuh baju dan kemas kat rumah dgn kain jualan yg berlambak stoknye kat rumah aku skrg ni..bersepah semak..tu yg buat aku lagi pening kepala.
Malam tu lepas balik kg aku tido lewat..kul 4 pagi baru tido. Bangun pagi terus masak nasi dgn lauk sambil basuh baju.
Tengah aku sibuk kat dapur..aku nampak kelibat seorg budak sebaya anak aku..melintas keluar laju dari dalam terus ke pintu dapur dan keluar..laju..
Aku puaslah panggil disebabkan tak pasti siapa aku panggil Zikry dan Zarfan suruh masuk balik dlm rumah sbb diorg tak pakai kasut.
Puaslah aku panggil tapi takde pun diorg nak pusing balik masuk rumah..terjerit2 ler panggil diorg tp hubby aku tegurlah..panggil sape..budak2 ada kat dlm rumah ler..
Aku tercengang...sape yg baru keluar dr rumah tadi???
Huhu..amat menyeramkan..mungkin aku terlalu letih agaknye sbb aku masih lagi keadaan mabuk, pening dan muntah2..
Persoalan tu masih lagi bermain kat fikiran aku skrg..masalahnye aku nampak jelas kelibat budak berjalan laju sampai keluar..
Lepas tu..aku g tengok mak dan baba kat hospital. Disebabkan mak tak leh ditinggalkan so aku amik keputusan jaga mak malam tu sbb org lain semua bekerja dan nak uruskan ape yg patut..
Letih yg teramat sgt membuatkan aku tak boleh tido lepas balik rumah dari jaga mak dan tengahari tadi aku tumbang tanpa terdaya nak angkat tangan pun..rahang aku pun kejang dan bercakap mcm tak betul..
Tak dapat ler jaga mak malam ni..so digantikan dgn anak buah aku..
Aku bukan tak nak mak elok tp aku tak suke dia dimasukkan kat hospital pasal susahlah kitorg takde masa nak jaga gilir2..takkan nak harapkan sorang je..masing2 ada masalah masing2..aku bukan takleh jaga setiap hari tp si Zarfan ni nak campak mana..tak larat aku nak ulang alik dari hospital ke rumah..Zikry sekolah..
Biarlah sorang yg jaga..mcm duduk kat rumah aku ni hah..senang..aku je jaga dan tak ler leceh nak ulang alik dah ler jauh kat spital dalam keadaan yg tak selesa plak tu...mana aku nak jaga anak..jaga mak..naik turun lift..malas nak tunggu kene turun tangga..penat lagi bertambah..rehat tak cukup..bukan jadi elok pun mak kat spital..lagi teruk ade ler..malah lagi mengada2..
Kalau kat rumah ni..boleh ler dia bangun berjalan sendiri pegi tandas.. bersantai.. nak lepak mana sesuke ati tp kat spital..mana boleh..nak pegi tandas pun kene bawakkan..asyik baring buat dia lagi bosan dan lemah..
Mungkin ada berpendapat lagi senang dok spital..doktor ade nurse ade..mudah nak pantau..tp masalahnye mak aku camtu jugak..tak kan baik pun melainkan tukar badan dan fikiran dia je..diorg kat spital takkan dapat ubah ape pun penyakit mak..same je cam aku jaga kat rumah malah dia lebih sihat dan leh berjalan. Sampai kat spital ni hah..satu hape tak leh buat dan nak harapkan ade org yg jaga 24jam walaupun nurse ade..
Ape ler yg leh dibuat untuk ubatkan penyakit kencing manis, darah tinggi dia tu..makan setiap masa nak kene makan. Camne kencing manis nak kurang. Ditambah plak dgn gaot..dan sejuk2 badan tu..doktor pun tak leh nak buat ape so bakpe ler lagi perlu duduk hospital..dia lagi lemah sbb tak dapat nak berjalan hanya baring je. Kan elok aku jaga kat rumah ni..tak ler susah nak angkut segala barang kat sana..berat2 plak dgn kerenah anak2 lagi..
Ntahlah...kengkadang aku jadi sedih bila pk dugaan yg Allah beri ni berat sgt untuk aku dlm keadaan aku camni..tolonglah beri aku kekuatan...aku jadi marah plak dgn diri sendiri bila mengandung dlm keadaan yg begini...waktu ni aku perlukan kudrat yg melebihi dari biasa tapi...
Semoga kandungan aku kuat jugak menahan dugaan hebat ni...dan aku berharap segalanya cepat berakhir dan kembali seperti biasa..
hasil semaian ♥nrina♥ di 10:11:00 PTG 2 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Tak tau..
Salam semua..
Maaf dah lama tak update pasal keadaan mmg amat tidak mengizinkan..
Sekarang ni mak dan baba masuk wad kat Hospital Melaka..sorang kat wad lama sorang lagi kat wad baru..
Aku pun akan tempah jugak wad tu nanti hihi..
Masalahnya hari ni lepas jaga mak malam tadi..aku jadi pitam..letih bertimpa2..pegi balik tengok mak dan baba..dan berjaga malam pasal mak banyak sgt kerenah..
Sekarang aku tengah berehat dan kebetulan Zarfan bukak komputer..sejak dah pandai ni sesuke ati dia je tekan suis tu..
So aku yg kebetulan lepas borak dgn kakak ipar dan bincang sape yg perlu jaga mak malam ni..terus g kat komputer dan tengok ape yg patut aku tengok sambil melayan badan aku yg menggigil kelemahan ni.
Aku tak demam tapi lemah..mungkin pasal mengandung ataupun rehat yg tak cukup. Tapi nak rehat pun susah pasal risau mak takde sape nak jaga malam ni dan hari2 yg seterusnya..semua org sibuk..serba salah dibuatnya.
Ntahlah..buat masa ni mmg takde ape yg menarik pun nak aku ceritakan..cerita sedih dan membosankan ade ler..
Oklah..aku perlu sambung rehat hari ni..besok kalau dah baik tapi tak baik pun aku perlu gagahkan diri untuk jaga mak kat hospital tu pasal dia tak nak ditinggalkan keseorgan..
Jumpe lagi ye..
hasil semaian ♥nrina♥ di 6:04:00 PTG 2 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Sabtu, 9 Mei 2009
Mak..
Selamat Hari Ibu
Untuk mak yg dah jaga aku selama ini..
Hari tu ada berlaku kejadian yg amatlah syahdu..
Dalam keadaan aku yg tengah tak menentu ni..dgn mabuk, pening, loya dan sebagainya..amatlah terseksa untuk aku lalui kehidupan yg amat sibuk dgn menguruskan rumah dan menjaga anak serta mak dan baba..
Segalanya jadi lambat..ntahlah..dalam keadaan camtu, emosi aku mudah terganggu..
Aku buat kerja sambil menangis dan terasa amat perit sekali rasanya dgn badan yg tak larat ni..
Tak sangka pulak mak aku perasan keadaan aku camtu..so dia bitau kat baba dan dia dapatkan aku kat dapur sambil menangis..
Korang tau tak dia cakap ape..
Dia sedih tengok aku...susah payah jaga dia sedangkan aku mengandung..kalau tak mengandung tu tak kisahlah.
Mak aku rasa bersalah sangat dan dia nak pulang kat rumah dia hidup sendiri dgn baba..bukan merajuk tp rasa tak sampai hati menyusahkan aku..
Lagi ler berjurai air mata aku gugur...
Aku terus tatap dia..cium dia..peluk dia..aku cakap..mak, org sayangkan mak..org buat semua ni bukan kerana terdesak atau terpaksa tp dah mmg tanggungjawab anak pada mak dan baba.
Bila lagi nak balas jaga mak dan baba..inilah masa yg amat sesuai..mak jgn rasa bersalah sbb org dah lama menyusahkan mak dulu dan ini ler masa org balas balik jasa mak dan baba...
Tapi mak aku tetap berdegil untuk minta bantuan dari adik beradik aku yg lain untuk bantu aku...
Cukuplah tu mak...ada ke mak minta bantuan anak yg lain masa mak jaga org dulu? Bersusah payah mak penuhkan permintaan org yg ntah ape2 ler dulu semata2 nak tengok org bahagia..sanggup habiskan duit beli ape je brg yg org nak..manjakan sangat sampai tak tahu memasak walaupun dah berkahwin..
Bukan tamak nak kaup pahala tp aku rasa hanya aku je mampu tumpukan perhatian pada mak dan baba skrg ni..baba tu nak kene cuci kaki setiap hari..mak dgn kerenah yg sakit tak henti2..nak beli ubat itu ini..
Aku tak sampai hati nak tengok adik beradik aku yg lain yg sibuk bekerja dlm masa yg sama nak jugak uruskan rumahtangga dan di tambah plak tugas nak menjaga mak dan baba..cukuplah aku ni je yg jaga sbb aku tak bekerja so beban tu tak ler teruk sgt..cuma halangan buat masa skrg aku mengandung 2 bulan dgn keadaan kesihatan yg tak menentu..
Aku mampu..aku masih kuat nak hadapi semua ni.
Untuk kakak aku kalau baca blog aku ni..maaf sbb org tak benarkan kakak utk jaga mak dan baba..jgn rasa bersalah walau sikit pun..jgn peduli kalau org kata ada kakak tp biarkan adik yg mengandung jaga mak dan baba..
Org faham keadaan kakak..cukuplah kakak dah byk berkorban untuk keluarga kakak..membanting tulang berniaga kuih..tak hiraukan letih dan sakit..semata2 nak dapatkan pendapatan untuk keluarga
Tak naklah tambah beban akak lagi..kalau lepas kaki baba dah baik nanti..kalau nak jaga bolehlah sbb tak perlu g ke klinik hari2 untuk cuci..
Orang sayang kakak jugak..orang ada sorang je kakak..kalau boleh org tak nak kehilangan kakak jadi jagalah kesihatan sebaik mungkin..jgn kerja teruk sgt..
Alamak..terlebih sudah hihi..sebenarnya air mata aku tak henti mengalir masa menaip ni..sedih sgt..aku tak sampai hati menyusahkan org lain di waktu aku mampu lakukan segalanya dgn sendiri..abang aku yg Azmi tu plak masuk hospital sbb sakit jantung..tu lagi buat aku risau sbb dia jugak abang yg aku sayang sbb selalu amik berat masa aku belajar dulu..malah dialah yg paksa aku amik SPM kali kedua waktu aku tengah form 6 sbb nak aku ada aliran sastera jugak sbb sebelum tu aku amik aliran sains.
Aku sayang semua adik beradik aku..semua sekali..jadi kalau boleh aku tak nak menyusahkan diorg jaga mak dan baba..diorg semua keje..biarlah aku yg jaga..aku tak kisah dan janganlah rasa bersalah..
dari aku untuk semua ibu kat dunia ni..Selamat Hari Ibu..
hasil semaian ♥nrina♥ di 9:52:00 PTG 5 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Jumaat, 8 Mei 2009
Lawak AZZ
Perbualan Ayah dan Zikry..
Ayah : Sape nama awak?
Zikry : Aiman Zikry
Ayah : Bin?
Zikry : Ben 10...hihihi..
*********************************************************************
Perbualan ayah dan penjual makanan
Penjual : Sayur takde lagi nak letak dlm mee kari ni ye?!
Ayah : Engak apa...ops..takpe takpe hehe..
Tulah akibat terlalu lama duduk Indon..hihihi..
hasil semaian ♥nrina♥ di 1:01:00 PG 4 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Rabu, 6 Mei 2009
Xtvt tanpa henti
Masa ni g kenduri kawin kat Masjid Tanah...kawan opis hubby. Nazira namanya..
Tingginyer pengantin hihi..
aku tak makan pun kat sana..takde selera..selalu aku suke nasi minyak ni huhu..
masa nak balik..terserempak dgn kawan opis hubby jugak tu..baru lepas habis pantang..
ole2 yg diberi..kuih bahulu perasa pandan..
Lepas je g kenduri kahwin tu..terus balik kampung kat Felda Bukit Senggeh..
Ahad baru balik..
Dah ler hari Jumaat hari tu g amik baba kuar wad pastu lepak rumah Abang kat Taman Tasek Utama sampai petang..malam dah letih..pastuh Sabtu balik kg..baju tak sempat basuh beb..bertambah dan terus bertambah..
Pastuh hari ni..Isnin..g amik plak mak dan baba duduk dgn aku pasal aku rasa bersalah plak tinggalkan diorg kat rumah adik beradik aku yg sibuk bekerja. Tp bila pk..walaupun diorg keje..diorg ada anak2 yg membantu uruskan hal remeh-temeh kat rumah mcm mengemas..cuci pinggan, basuh baju, mop dan sebagainye..
Tapi aku kat rumah ni..sape lah yg harap nak bantu..ni tulang 4 kerat ni ler yg kene buat semua..harap tolong sepahkan barang tu bolehlah utk anak2 aku tu..menambahkan keje aku je..hmm..
Tapi itulah nasib seorang suri rumah...ayah..kasi up sikit elaun hihi..
hasil semaian ♥nrina♥ di 11:22:00 PTG 4 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Sekali Borong..
Jangan terkejut..
Aku hanya jual kain je tp tak jual susu dan huggies hihi..
Yang tu stok utk setengah tahun..harap2lah..
Kebetulan hari Jumaat tu masa baca sokabar..adalah tawaran istimewa kat Giant. Beli pakai kotak je..punyelah dasyat harga dia..
Sebenarnya aku dah lama cari tp baru ni jumpe so daripada aku tetiap bulan survey mana pasaraya yg murah harga susu ni..lebih baik aku beli sekotak dan mmg sah2 harga murah..
Huggies Dry Comfort L60X3 : RM89.49
Huggies Dry Comfort XL54X3 : RM89.49
Dutch Lady Coklat 123X12 : RM208.99
Dutch Lady Coklat 456X12 : RM208.99
So lepas ni aku dapatlah habiskan duit utk benda lain hihihi..opss..jgn potong elaun ye ayah..
hasil semaian ♥nrina♥ di 12:07:00 PG 5 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Selasa, 5 Mei 2009
Dah terlepas plak hehe
Alamak..aku pun tak dapat nak print screen nombor 4575 hihi..
Ade ke pemenangnye tu? Ada sape yg lebih telus mata dari aku?
hasil semaian ♥nrina♥ di 5:01:00 PTG 3 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Kain Sulam dari Bandung
Entry ni khas utk Azue pasal dia yg tempah dulu hihi..
Kepada sesiapa yg berminat aku akan jual jugak kain sulam dari Bandung ni nanti dan stok akan tibe dgn baliknye hubby dari sana..
Harga yang ditawarkan RM80 sepasang. Tidak termasuk kos penghantaran. Sape yg tinggal dekat Melaka ni..datang je kat rumah aku sendiri tengok kain ni..tp buat masa ni takdelah..sbb beli sikit je.
Nanti hubby akan amik lagi kat Bandung..kalau ade sape2 yg nak order..bitaulah nak warna ape..nanti akan cuba dicari kalau jumpe..
Ape2 hal pertanyaan leh email kat znrinacollection@yahoo.com
Oren sulam putih
Hitam bunga hijau
Ungu bunga ungu..ni labuci
entry yg berkaitan klik sini
hasil semaian ♥nrina♥ di 3:50:00 PTG 2 bunga tulip
Label: Perniagaan
Kek je
Kek black forest..aku nak cari aiskrim kek tp takde plak..hubby je selalu dapat beli kek aiskrim tu..bila tanya dia lupe kat mana dia beli huhuhu... ni rm30 ni..setengah kilo je..
tengah nyalakan lilin
bebudak ni je yg sibuk nak tiup..
besday boy hihi..
Sambutan yang amat sederhana...
Mama tak dapat nak masakkan yg best2 utk ayah..maaf ye ayah..
Hari yang sama aku sibuk pergi balik dari rumah abang untuk angkut barang mak dan baba untuk pindah ke rumah aku plak. Disebabkan kete ni kecik je so terpaksa angkat 2 kali..pasal kene bawak tilam sendiri hehe..rumah aku tilam nipis sangat..sakit badan diorg nanti.
Plak tu hari yg sama aku serba salah nak keluar rumah pasal kete aku tu road tax dah mati awal bulan 4 hari tu..punyelah hubby lupe nak hidupkan.
So sebelum keluar tu segala doa ler aku baca..jgnlah ada polis tetibe buat sekatan jalan...puaslah kepala hotak aku pk cari alasan nanti..
So masa keluar kali pertama amik dan hantar barang alhamdulillah takde ape..line clear nampaknye hihi..sempat lagi beli kek untuk besday hubby dan tuang minyak..nampak ler jugak polis trafik kat tepi jalan tgh saman lori..tapi kat seberang hihi..jauh tu dan dia tak nampak kete aku hihi..
Tapi bila kali ke 2 aku g amik mak dan baba balik kampung jap nak amik brg...masa tu ler plak jammed..haduhh..ni mesti ada polis ni..sekali betullah pasal ada kete bagi lampu tinggi..
Cuak beb cuak..puaslah aku nak buat muke baik tp susah pasal dahi berkerut..doa puh kanan puh kiri supaya butalah mata polis tu tak nampak road tax kete aku ni..
Memula cuak jugak dia lambai2 tangan sambil tiup wisel..rupenya dia suruh jalan huahuahua..punyelah lega..pecut habis tak toleh belakang lagi masa tu hihihi..
So masa balik..aku sanggup ikut jalan jauh sikit supaya tak tembung lagi polis tu..kang ada yg tak lepas plak hihi..
Tapi sebenarnya perjalanan aku tu nak amik road tax yg dah diperbaharuilah..so dah settlelah semuanye alhamdulillah.
So skrg aku mcm biasa jaga mak dan baba yg sakit..
hasil semaian ♥nrina♥ di 3:08:00 PTG 3 bunga tulip
Label: Cerita Aku, Zoff
Isnin, 4 Mei 2009
Tambah lagi setahun..
Selamat Ulangtahun Kelahiran untuk Suami Yang Tersayang..
Hari ni genap umurnya hmm...boleh bitau ke? hehe..
Biarlah rahsia pasal yg pasti angkanya makin meningkat dan memberi maksud semakin tua hehe..
Maaf ayah pasal mama kebuntuan idea nak bagi apa..segalanya dah beli kat Bandung hihi..
Cuma satu hadiah ni saje yg mampu mama beri tp leh bukak pd hujung tahun ni hihihi..
Semoga ayah sentiasa bahagia dgn apa yg ayah lakukan sama ada untuk diri sendiri dan keluarga..mama sentiasa beri sokongan dan akan percayakan ayah sepenuh hati mama..
Mama sayang ayah mmuah..mmuah..
hasil semaian ♥nrina♥ di 3:00:00 PTG 5 bunga tulip
Label: Zoff
Jumaat, 1 Mei 2009
Jejak Kaki ke Malaysia Semula
Nak balik dah...
Aku kene sakit perut plak lagi..haduh..ntah hape nasiblah..tp tahan jelah..
Lepas susun beg dlm kete..g beli brownies..utk ole2..itu je..sbb duit kene simpan takut tak cukup jika ada penambahan masa timbangan..
Tak dapatlah nak beli keychin ke hape ke..huhu..
lepas beli brownies kat Kartika Sari..yg aku suke tu..
masa ni singgah kat opis hubby yg kat Bandung. Hantar barang dia..simpan sementara. itu ada termasuk brg dia lagi tu..kitorg bawak balik 3 beg je..itu baru duduk 25 hari..kalau duduk berbulan2 rasanya kene sewa lori hihi..
kat dlm opis..mcm kat spa plak rasanya hehe..
kat luar ada kolam mcm landskap..ada ikan leh gigit2 hihi..aku rasa nak letak kaki je..tapi rasanya ikan ni makan terus kaki aku tu nanti hihi..
pokok bunga yg ada kat situ..
ni keta ke 3 selama aku ada kat Bandung. Kete kedua xciden dan kemek belakang, kete langgar pasal brek mengejut tp bukan salah Nelson tapi salah bas yg tetibe ubah haluan jalan..nasib baik hubby ok..supir dia mmg superb hihi..pasal dapat mengelak langgar kete depan.
dah jumpe kastam..tata Bandung..
kapal terbang yg bukan aku naik hihi..lepas kapal terbang ni berlepas baru kapal terbang aku sampai..
itu kapal terbang tentera..
kat ruang menunggu..
ni kapal terbang yg aku naik...tak dapat amik gambar bebanyak pasal si Zarfan lari ke terminal..puas ler hubby kejar sambil kamera kat tangan dia..
tempat duduk ni namanye tempat duduk panas hihi..hotseat, kene tambah duit plak.. hish..sbbnye kat kosi tu lebih selesa yg luas sikit..baris kedua dari depan.. aku tengok cam biasa je..saje je nak caj lebih..
malu nak tunjuk muka konon...tp senyum hihi..
pemandangan kota Bandung dr atas. Padatkan..
Yg berpetak2 tu sawah..cantik plak tengok dr atas ..
ntah hape negara ler tu agaknye..cam pulau je..Indonesia jugak kot hihi..
ni dah sampai Malaysia..tengah berpusing nak turun mendarat..
Wah dah nak sampai..
suke..terus hilang sakit perut hihi..
sampai dah..yaahuuu...masa sampai pegawai kastam sibuk mengenakan penutup mulut..takut selsama babi tu hihi..harap2 kitorg takde ler yg terjangkit..
Balik dari LCCT..terus balik tp singgah Alor Gajah cari kedai makan pasal aku malas nak masak hihi..
Makanlah apa yg aku nak..terutama tom yam..tapi tak kene selera jugak..ntahlah.. tekak ni melampau tau..
Sampai je rumah fuh..lega dan rindu giler rumah aku ni..terasalah luasnye duduk kat rumah..kalau boleh peluk ler rumah ni..dah peluk lunyai dah..
Tapi kat rumah aku ada bau yg amatlah kurang menyenangkan..seperti yg aku mmg dah jangka..kucing2 kat taman yg benci aku telah membuat pesta kat rumah aku...mcm2 pesta diorg buat hish..bau hancing busuk masam jangan cakaplah..dgn muntah tahi segala..buat aku lagi dendam kat kucing ni semua tau..siap beranak pinak kat belakang rumah..
Bau dia semerbak dlm rumah...terpaksalah mencuci waktu tu jugak..hish..amatlah busuk..
Pertama kali aku bukak blog baru aku kat komputer rumah ni fuhh..cantiknye hihi..masuk bakul angkat sendiri..pasal monitor komputer ni lebih besar so leh tengok dgn luas berbanding lappy kat sana..
Punyelah rindu nak taip kat keyboard ni dan mouse yg amat memahami hihi..
Oklah..sekian sahaja citer aku kat Bandung selama 25 hari.
Terima kasih kerana sudi mengikuti...nanti aku merepek lagi hihi..
hasil semaian ♥nrina♥ di 10:19:00 PTG 2 bunga tulip
Label: Bandung, Cerita Aku