Selasa, 19 Mei 2009

Penat di Hospital Melaka

Aduh...penat sungguh hari ni..

Untuk hilangkan penat lepas makan ni..ngadap komputer ler dulu..takkan nak terus tido plak..kannn..

Aku saja je nak bitau aktiviti aku seharian ni..

Bermula awal pagi..Zikry g sekolah..siapkan dia dan hantar jalan kaki je..

Lepas tu aku sambung baring balik pasal pening kepala..tp sebelum tu masa balik hantar Zikry, aku ada borak dengan mak salah sorang kawan Zikry..lama plak tu..

Aku ni bukan jenis suke sgt nak berborak lama ni..betul..itu mmg sifat aku..tak suke borak lelama..pasal aku rasa letih dan lebih baik aku tido hihi..pasal aku ni mmg byk keje dan letih..sejak jadi surirumahtangga ni..lebih suke hidup sendirian dan jaga diri sendiri..tak suke jaga hal org lain hihi..

Tapi aku dgn mak budak tu bukan mengumpat..takat citer biasa je..pasal anak2..pasal kampung dia yg kat Indonesia tu..

Lepas tu dah balik, tengah baring..sambil basuh baju..jiran belakang rumah plak call..nak bagi kuih..rezeki aku tu hihi..pasal dia nak balas yg aku penah bagi kuih kat dia aritu..

Borak lagi kat belakang rumah plak..aduh..bila aku nak baring tanpa gangguan ni..kengkadang penat gak mulut nak bercerita bila jumpe org yg berlainan sbb pertanyaan yg sama dan aku jawab sama jugak..pasal mak dan baba aku yg sakit masuk wad hmm...letih plak nak borak lelama hihi..

Lepas tu..sambung basuh baju..tak masak pasal aku dah mamai dah..badan dah melayang..baring balik..tengah nak keringkan baju..jiran sebelah plak borak huhuhu..citer yg sama gak dia citer..dah byk kali ulang..tp dengar jelah..

Dah dekat kul 11 pagi..aku bersiap mandi dan ready nak amik zikry dari sekolah. Aku datang awal pasal nak pegi hospital cepat..nak uruskan baba yg kuar wad hari ni.

Lepas amik Zikry dan siap sidai baju. Terus gerak ke hospital. Tapi sebelum tu kuar duit kat Pejabat Pos Cheng dulu dan terus ke hospital.

Sampai sana ingatkan nak g kat wad mak dulu tp disebabkan aku tak dapat cari parking yg berdekatan dgn wad mak so aku terus g kat wad baba plak...pusing punya pusing punya pusing..akhirnya aku mengalah dan minta tolong kat kakak guard tu supaya bukak palang kat wad yg berdekatan dgn wad baba..nasib baik dia terima alasan aku untuk uruskan baba kuar wad.

Naik turun tangga sebanyak 6 kali untuk amik dan hantar brg kat dlm kete..walaupun tingkat 1 je tp kaki aku dah mula kejang..aku tahan jelah. Aku malas betul nak naik lift pasal kene tunggu lama..aku ni tengah kejar masa sbb mak dan nangis2 kat wad pasal takde sape jaga dia.

Aku hantar baba kat pintu masuk wad baru. Dia kene tunggu kat situ sementara aku cari parking lagi. Mmg nak menangis cari parking kat Hospital Melaka ni. Lepas dah berpusing berbelas kali dan sempat gak beli nenas dan air hihi..so dapat jugaklah parking walaupun dah kene sound tak leh parking kat situ tp aku buat dek je..kalau berani meh datang kat aku kata tak leh parking..tak pasal2 kene terajang je guard tu nanti..dia tak tau aku dah letih ni..hati pun panas je..

Lepas tu g kat wad mak tu..tingkat 4..disebabkan lift tu sesak sgt so nak kene tunggu 2 3 minit baru dapat naik..maaflah sbb aku bukan jenis nak tunggu lama. Aku naik tangga sampai tingkat 4 dgn anak2..mengeluh2 budak2 tu tp ape leh buat..mama dia malas nak tunggu lift hihi..

Sampai kat sana..aku rasa tak cukup oksigen dah. Tak leh bercakap bila guard kat sana tanya memacam..dia terus kasi masuk je hihi..

Aku naik untuk amik kertas ubat mak dan kosi roda untuk amik baba kat bawah. So turun balik tp terpaksalah tunggu lift..takkan aku nak angkut kosi roda tu plak turun tangga..

Lepas amik baba naik atas..dialah yg jaga mak plak. Sementara aku uruskan hal bil dan ubat. So mak ade teman..tak ler dia asyik nangis je..

Aku dgn anak2 pegilah bayar bil amik ubat dan pegi wad baba untuk hantar resit..jauh giler perjalanan tu..aku sampai lemah dan jalan pun tak leh dah rasanye..so lepak kat kantin hospital jap cas tenaga balik tp kalau dapat tido 5 minit pun jadilah huhu..punyelah letih dgn cuaca yg amat panas skrg ni.

Tengah lepak tu..terjumpe lak kawan keje lama..borak ler dlm sejam..untuk hilangkan tension hihi..borak camtu takpe pasal aku mmg tengah takde keje dan rileks..

Lepas tu sambung lagi perjalanan balik ke wad mak plak. Aku terus duduk kosi malas tu terus pejam mata..punyelah tak tahan badan ni..rasa nak pitam tp segan hihi..boleh ke segan nak pitam huahuahua...

Tapi tak lama pun aku dapat pejam mata tu..mak kejap nak air..kejap nak biskut..kejap nak kencing huhuhu...dgn anak2 buat hal plak..rasa nak meraung je masa tu..

Lepas tu dia nak pakai pampes je pasal malas nak g tandas..tp bila aku pegang je beg pempes tu..kosong..takde sape pun bitau yg pempes dah habis..

Terpaksalah aku turun bawah balik beli kat kedai dan terus alihkan kete dekat sikit dgn wad mak. Fuh..alhamdulillah Allah beri aku kekuatan jugak walaupun aku terpaksa naik turun tangga pasal malas nak tunggu lift..tingkat 4..huhu..

Anak2 aku dah pengsan dlm kete masa aku alihkan kete..langsung tak nak bangun bila kejut so tinggal jap diorg dlm kete sementara aku g atas amik baba letak dlm kete. Aku naik balik untuk hantar kerusi roda dan tengok mak.

Aku nak balik ni dia menangis lagi..asyik nangis je..risau takde sape jaga dia..aku kalau takde keluarga aku leh jaga dia sepanjang hari..masalahnye aku nak jaga hati byk pihak. Lagipun aku kene jaga baba kat rumah..makan minum..suami dan anak2 lagi...mana nak layan dia sorang je..nurse kan ramai..doktor pun ade..hmm...

Lepas balik rumah..puaslah aku pk nak beli ke nak masak..sampai ke pintu rumah masih pk..tp akhirnya dah sampai rumah tu maknanye masak ler pasal aku takde selera tengok kedai makan.

Masak simple je..asam rebus ikan tenggiri dan kangkung sambal tiram dan goreng ikan tenggiri...ikan tu kawan hubby yg bagi lepas dia memancing..hubby tu kalau nak tunggu memancing hmm..berjanggut ikan tunggu..ikan kat pasar pun tak laku kalau tunggu dia hihi..nasib baik rezeki kawan dia memancing tu..ade gak dapat habuan. Tp dah janji nak masakkan sambal ikan parang untuk dia..hmm..tunggu masa yg tak sibuk untuk masak sbb nak masak kene waktu yg tenang..baru sedap hihihi...

So skrg..tengah menulis blog..lepas ni aku akan terus tido..pasal baba tak panggil aku tengah malam..dia senang je nak jaga hihi..

Buat masa ni blog aku mmg takde gambar pasal tangan aku tak larat nak angkat kamera dah..kamera aku bercuti2 malaysia honeymoon jap hihi..

4 bunga tulip:

Tanpa Nama berkata...

Adoi........kak tie dapat rasakan keletihan Nrina. Baca entry ni pun dah buat kak tie semput!!

Hati2lah....jangan lupa jaga kesihatan tu. Tu beli nenas buat apa ? Nrina jangan makan nenas masa pregnant. Jaga2lah. Nenas tu tajam.

Suzi berkata...

woooo letih tu...kira nrina kuat jugalah. akak kalau awal2 pregnen takut nak buat kerja kuat...sbb rahim tak kuat....
betul ckp kak tie...kena jaga kesihatan juga lagi2 awal2 ni...
take care!

Lynda berkata...

semoga parent cepat sembuh.nrina take care juga tau..

~Cinta Cukulet~ berkata...

adoii kak nrina..saya yg baca nih pun rasa letih..akak lagi-lagilah kan..nasib baik akak kuat dan tabah..huhu

memang penat jg org sakit nih..masa arwah atok saya sakit, mak saya yang jaga, gilir2 dgn akak, mak sedara..dgn saya sekali..tu pun saya tngok mak letih sangat..tengok mata pun dah tahu..mana nak berperang dgn emosi lagi huhu..tapi takpe..besar pahala anak jg ibu bapa kan

semoga Tuhan permudahkan urusan kak nrina dn keluarga :)

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster