Malam ni adalah malam terakhir kat Bandung.
Nak g makan malam kat tempat istimewa hihi..konon cam romantiklah.
Tempat makan tu kat atas bukit. Memang cantik permandangan dari atas bukit tu..terasa sejuk dan nyaman. Kalau bercinta tu mmg best arr tapi disebabkan aku bawak anak2 hmm..pempaham jelah hihi..hilang rasa romantik.
masa ni tunggu Nelson..kat bahagian parking kete.
ni dah sampai ler ni..tu nama zuba-zuba..mashroom sup tp kat atas tu ada roti..nak amik sup kene pecahkan roti kat atas dulu..
ni aku punye tomyam..hmm..ada ke patut dia g letak santan..sib baik ada lemon kat tepi tu..leh aku hisap2 hehe..sampai pecah bibir hisap lemon tu...masam giler..
melepas rindu naik basikat kat rumah..bolehlah asalkan ada bentuk basikal hihi..
tengok tu..dia kawan dgn minah indon tu..mesra plak tu..siap ngaku dia suke budak tu hihi..
Balik sudah...
Makan kat situ punyelah jelak..kenyang giler..padahal tak makan ape sgt pun..makanan kat situ jenis makanan barat tp ada gak makanan jepun, thai..malaysia je takde..
Aku makan udang goreng..2 ekor je tp ntah kenyang plak sbb ada nasi sejemput dan ayam mcm chiken chop tu..tak habis..muak sgt..
Malam lepas balik tu..terus berkemas barang segala yg patut disumbat dlm beg.
Berpeluh2 berkemas..akhirnya bolehlah bawak balik seperti yg dirancang. Tak lebih tak kurang hihi..
Aku tak leh tido malam tu..puaslah golek2 badan..sakit perut pun iye jugak. Pasal lemon tu kot. Lemon dlm air pun aku belasah jugak..hubby siap sedekah lemon dlm air dia..fuh..kalau sebiji tu dah tercabut telinga ni aku rasalah hihi..
Aku akan rindu bunyi kapal terbang, keretapi dan wisel yg membising selalu..rindu pemandangan bukit bukau yg berkabus..dan suasana sejuk..
Harapnya aku nak berkunjung lagi jika fulus hubby ada lebih hihi...
Jumaat, 1 Mei 2009
Dinner
hasil semaian ♥nrina♥ di 9:44:00 PTG
Label: Bandung, Cerita Aku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 bunga tulip:
Catat Ulasan