Rabu, 5 Januari 2011

Kejar masa : Masa lari

Aku rasa mcm biskut lak...jap ada jap takde..

Tapi sejak baba aku masuk hospital Sabtu hari tu..aku mmg dah tak cukup masa ditambah lak dgn budak dah sekolah ni..

Satu kejutan dlm diri aku jugak bila aku terpaksa bangun sebelum subuh utk sediakan apa yg perlu disediakan. Dah ler malam tido tak cukup...dgn nak balut buku ler..nak pk kene bawak buku yg mana ler...eh seksanya rasa..tapi aku rasa dlm minggu pertama ni jelah kot.

Hari pertama nak biasakan Zikry supaya waktu siang hanyalah utk pergi sekolah..belajar fuhh mencabar. Asyik nangis je sbb letih. Tapi masuk hari kedua sehingga sekarang, dia makin ok sbb dah ada kawan.

Masalah pada aku plak..walaupun dia ke sekolah...aku terikat dgn waktu kalau nak keluar. Nak g hospital ler...nak sediakan makanan. Aku terpaksa basuh baju waktu malam supaya waktu pagi tu aku leh ler lipat baju ke, kemas rumah ke, tido ke hehehe...

Apapun aku tetap rasakan tugas aku makin mencabar..tapi kalau baba tinggal kat rumah aku ni..rasanya tidaklah mencabar sgt sbb aku tak perlu habiskan waktu utk keluar. Ni nak g hospital tu yg buat aku takde masa nak rehat langsung...

Baba plak degil sgt...langsung tak nak makan makanan kat hospital. Sanggup berlapar sampai pengsan..nak jugak aku bawakan makanan padahal sama je..aku masak bihun atau bubur kosong je..Air plak ikut tekak je..dah tau tak leh minum byk tapi dia buat dek je..dia mmg tak kesian pada diri dia apatah lagi pada org lain terutama aku ni...

Ntahlah...aku lebih suka jaga kat rumah aku sendiri berbanding kat hospital. Kelengkapan nak bersihkan baba tak mencukupi...dah ler takde sabun nak basuh tangan apatah lagi nak basuh kain atau pinggan...daiflah. Takat sabun foam tu..apekejadahnya...

Mencabarnya jadi wanita ni...pada yg belum kahwin tu..nikmatilah kehidupan sebaik mungkin. Perlu diingat...menjadi wanita, anak, isteri dan ibu juga hamba Allah adalah mulia...hanya tugas2 camtulah kita dapat pahala...

Aku nak rehat....

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster