Jumaat, 14 Januari 2011

Jelmaan ke?

Aku diserang perasaan sedih tanpa henti tadi.

Hari ni aku pegi hospital besar. Bawa baba sbb jahitan kat leher utk dialisis tu dah terkoyak so diorg kene jahit semulalah.

Tgh menunggu giliran tetibe ade ler sorang makcik tu...dia duduk sebelah aku dan pegang tangan aku. Mulanya aku ingatkan dia terpegang tapi mmg dia pegang tangan aku. Terkejut gak aku. Keadaan dia pun bukanlah sihat sgt. Dia kene gout pastu bila sakit dia menyerang..tangan aku jugak dia pegang kuat.

Borak pun macam biasalah...macam kita layan org yg ada kat sebelah..tanya apa yg patut ditanya...

Bila dia nak balik lepas jumpe doktor...aku kebetulan ada juga kat luar tunggu doktor jahit luka baba aku tu.

Dia nampak je aku terus dia datang dan salam dan peluk aku sambil menangis tersedu2...eh sgt pelik ni...tapi tetibe je ada satu perasaan menyinggah dlm jiwa aku...terus terpacul mulut aku keluar perkataan 'MAK'...makcik ni mcm mak saya tapi mak saya baru je meninggal dunia...

Bila aku cakap camtu dia makin sedih dan dia bersungguh2 cakap..ni mak ler ni..mak ni...

Aduh..aku apa lagi..deras je jugak air mata aku mengalir sbb aku dah lama tak dapat pelukan mak sejak mak sakit...terjadilah episod drama yg pelik ditengah org ramai tu...

Lepas tu aku tak nak toleh makcik tu lagi sbb hati aku dah terlalu sebak..tetibe je aku terfikir adakah makcik tu jelmaan mak aku...Ya Allah...jika benarlah..aku bersyukur sgt..dia tak hadir dlm mimpi aku tapi hadir dlm diri org lain...agar aku dapat merasa pelukan seorg mak yg aku dah takde lagi...

Macam mimpi atau cerita kat tv je kan...tapi itulah realiti...logik tak kalau org yg takde kene mengena dgn kita tetibe je berperasaan seperti begitu pada kita...bersungguh2 ni kata dia mak...

Aku cuma pesan kat anak pompuan dia...jaga mak..sbb mak ni satu je..kalau ada ganti pun takkan sama mak yg penah lahirkan kita...

Tapi muka anak dia mcm takde perasaan je...bukanlah marah tapi agaknya dah mmg mak dia camtu kot..mudah beri kasih sayang kat org..mak aku pun camtu jugak..adakala aku rasa terpinggir plak bila dia asyik puji org yg penah bantu dia..aku ni yg selalu bantupun tak disebut2 gitu..

Sedihlah bila pegi hospital...terlalu byk kenangan dgn mak kat sana. Tgk org sakit teringat kat mak...

Sape2 yg baca entry aku ni..tolonglah sedekah Al-Fatihah utk mak aku...semoga rohnya tenang dan lebih baik skrg...

1 bunga tulip:

Tie berkata...

Nrina,
Sebak rasanya bila baca entry ni. Memang , bila kita selalu teringatkan seseorang, biasanya tuhan kabulkan apa yang kita impikan.
Mungkin Tuhan nak beri Nrina rasa lepaskan rindu je... janganlah fikirkan sangat.

Yang dah pergi tu kita hanya mampu berdoa. Tumpukan pada yang lebih memerlukan Nrina sekarang. Baba, anak-anak dan suami. Dan sesekali pergilah berehat... untuk kebaikan diri Nrina dan keluarga juga.

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster