Khamis, 30 September 2010

Inilah diri aku..nasib aku..

Keadaan mak aku makin teruk tapi buat masa ni stabil.

Mak dan tak boleh nak bergerak walaupun mengiringkan badan sendiri..hanya terlentang. Yg boleh bergerak hanya tangan tapi tak kuatlah..kaki pun sikit je. Mulut je yg byk bergerak..bercakap tak henti2..

Masuk hospital 5hb september dan keluar 23hb september tapi masuk balik 27hb sebb mak alami jangkitan kuman kat punci kencing..menyebabkan dia langsung takde respon.

Dah ler aku jaga sorang je kat rumah..takde sape nak bantu salinkan baju, pempes..azab nak buat keje tu sorang2 hanya Allah yg tahu. Kene kuatkan semangat dan cekalkan hati je..kalau ikutkan tak sampai hati aku ni..tak bersalin bajulah mak aku tu..

Aku jugak org yg jaga dia kat rumah dan akulah jugak yg datang setiap hari kat hospital. Yelah yg lain sibuk..

Kakak aku yg kat Seremban tu rasa bersalah tak datang tengok mak aku tapi aku tak salahkan dia..dia tu anak perempuan lagipun jauh..padahal yg kat sini ada anak lelaki yg dekat pun susah nak luangkan masa jenguk mak.

Ada org gaji pun tak reti2 plak nak balik sini..dah sms byk kali, alasan pun byk kali diberi..lum pasti, nanti dulu...hmm..

Duduk kat hospital ni byk sgt pendapat, pandangan org yg kita dengar..adakala mmg menyakitkan telinga sbb diorg bukan faham masalah kita.

Ada yg marah amik org gaji utk jaga mak sendiri..aku boleh jaga tapi aku jelah..yg lain camne? adil ke? dahlah lepas tangan..pastu ada org gaji pun duit kongsi bayar gaji pun liat nak bagi..ada yg tak bagi terus pun..dah ler tak jaga..apa punya jenis anak ler kan..ada bini plak buat musuh, cari alasan tak nak jaga mak mertua yg sakit tu..

Ntahlah..aku ni makan hati je dgn sikap abang2 yg hanya pandai bercakap tapi tak nak bertanggungjawab. Sorang dua je yg amik berat.

Aku ni alhamdulillah punye suami yg berhati mulia. Takde dia nak bantah ke halang ke aku asyik keluar setiap hari..jaga mak sampai diri dia terabai.

Yelah aku ni kata je surirumah tapi keje aku melangkaui batasan sebagai surirumah..beruntung org yg mmg hanya jadi surirumah utk keluarganya sahaja. Aku ni termasuk mak bapak sekali..sibuk tu mengalahkan org yg bekerja siang malam tanpa henti..perbelanjaan pun mengalahkan org yg bergaji beribu tapi aku? bergaji ke?

Tulah aku cakap..aku beruntung dapat suami yg faham keadaan aku..walaupun dia tak membantu dari segi fizikal tapi dia membantu dari segi emosi..

Aku tau banyak benda yg dia bersabar dgn sikap aku yg adakala terlebih2 melebihkan keluarga aku yg mmg memerlukan 'lebih' tu...

Aku pun rasa penat terkejar sana terkejar sini..dgn anak sekolah, nak pegi mengaji, nak buat keje sekolah..lum masuk lagi keje kat rumah ni lagi..memasak lagi..

Kalau diberi pilihan sama ada aku nak jadi diri aku atau org lain..dah tentu aku tak nak jadi diri aku ni tapi inilah diri aku hehe..nak tak nak kene jugaklah jadi diri aku seadanya..

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster