Khamis, 9 September 2010

...

Apa ek nak aku mulakan ayat..hmm..sukar sesukar apa yg aku hadapi sekarang.

Mak aku masuk hospital hari Ahad lepas..sbb dia tak respon apa pun samaada pergerakan atau perkataan.

Rupanya buah pinggang dia habis rosak teruk kedua2nya sekali. Terus tebuk dan buat hemodialisis.

Sekarang makin stabil cuma tak ler sesihat seperti sebelumnya. Sakit tetap sakit..meracau tetap juga. Dah buat CT Scan dan mmg dah rosak teruk dah otak mak tu.

Dah ler payah setiap kali nak jaga mak terpaksa mohon belas ikhsan dari saudara mara utk jaga anak2 aku...sedih dgn baby sbb tak boleh nak bawa langsung ke hospital sbb dlm wad yg mak duduk ni mmg dilarang keras bawa baby.

Mak mmg beraya kat hospital. Aku pun turut juga merasakan betapa tak seronoknya raya kali ni..tapi memang makin hambar je aku rasakan..Org lain sibuk buat persiapan raya aku plak sibuk ulang alik hospital..

Rumah pun aku lum kemas lagi...ntahlah..takde moodnya nak raya tahun ni..pakkallah pk ada anak2 yg nak merasa meriahnya raya...

Kepada semua kengkawan dan pembaca blog yg tak seberapa ni..ampun maaf dipinta sekiranya mmg kata2 dlm blog ni menyakitkan hati dan mengguris perasaan sesetengah pihak yg mmg tak berpuas hati dgn cara aku..

Selamat Hari Raya...

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster