Ini adalah sambungan daripada hal majlis perkahwinan anak buah aku tu.
Kitorg sekeluarga iaitu keluarga belah suami aku plan nak piknik ler sbb dah alang2 pegi seremban tu..g port dickson ler sekali mandi manda..
Plan yg secara spontan ni jadi jugak akhirnya sbb kalau dirancang mmg susah nak jadi hehe..
Kitorg sampai hari Jumaat tu dan terus check in condo ni..kira cam hotel jugaklah tapi nama dia Condo..cam apartment tapi oklah tak ramai org. Dulu pernah gak pegi jadi ni kali kedua kitorg g. Pemilik rumah yg kitorg duduk kak ngah kitorg kenal so mudahlah.
Aktiviti cam biasalah..mandi kolam. Esoknya iaitu hari Sabtu..g balik kenduri kawin rumah kakak aku tu untuk tgk diorg bersanding plak..
Pastu balik condo ni mandi lagi dan lagi dan lagi haha...sampai kecut.
Yg gambar ni semua hari Jumaat...lepas balik kenduri majlis pernikahan tu.
0 bunga tulip:
Catat Ulasan