Ini kisah semalam.
Tension sgt aku rasa. Pasal baru hari tu aku keluar dari rumah.
Kononnya nak amik anak2 dari tempat mengaji je tapi kat otak ni nak jalan byk tempat hehe. G tuang minyak kete, g amik surat kat rumah mak, nak g ekonsave.
Dah kat tempat mengaji anak2 aku borak dgn ustazah..saje nak tau perkembangan anak2 yg sebulan lebih tak amik tau ni.
Pastu rancang nak g Econsave kat Batu Berendam yang baru bukak tu. Nak coolblog je hihihi. Tak sedau diri kan aku ni.
Sampai je terus beli coolblog tu. Tapi aku x minumlah pasal nak kene tunggu x sejuk sgt baru bole minum. Takpun aku kemam lama air tu dlm mulut kasi suam sikit baru telan masuk dlm perut. Macamlah dapat tahan gelojak nafsu nak telan air sejukan hahahaha.... buat x tau jelah. Anak2 ler minum tapi geram je tgk sbb dgn tumpah, dgn diorg g buang pearl tu, dgn berlari sana sini x reti dok diam, dgn nak makan tu nak makan ni, dgn baby yg dah ek ek merengek plak, dgn aku yg rasa pinggang cam nak tercabut...arrrrggghhhhh!!!
Itupun dah setengah jam kat luar pasaraya sbb nak makan wafel dgn ape benda cucuk2 tu nama kedai tu. Dia jual cam benda yg cucuk alahh camnalah nak terangkan ni ye. Contoh hotdog, fish ball haa camtulah.. tapi byk pilihan dan aku x taupun nama manakan tu semua hihi. Tau makan je.
Masuk je pasaraya hmm...x ler besar sgt tapi jenuh gak ler nak berjalan dgn anak2 yg x reti dok diam ni. Apa letak dlm troli dia buat main. Dah x cukup tangan dah ni sbb aku tolak stroller, si abg tolak troli tapi kejap2 hilang berlari dgn abg ngah dia...yg tinggal dlm troli si Zahran dok mengerjakan brg2 yg aku letak dlm tu... Sib baik roti aku x penyek dia dudukkan haduyaiii anak..
Dah ler sakit pinggang, berwedges plak aku haa...sakit bertambah2 ler bila jalan je x dpt cari tempat duduk. Membeli tu x byk tapi lama sbb memilih dan cuci2 mata ni. Lagi berkarat aku rasa mata ni sbb rasa semua nak beli muahahaha...
Dapat gak aku beli teh halia dgn maajun kat sana. Nak suruh suami yg cari mmg tak ler dia reti. Nak gak aku sambar tudung2 yg dok tergantung kat sana tapi memandangkan fulus pun setakat yg ada je maka x ler nak tgk2...kang berkenan tak tido malam sape susah...aku gak nak kene g sana balik hahaha..
Tak ramai orgpun kat pasaraya tu. So aku x risau sgt anak2 nak berlari sana sini sbb diorg masih bole dengar suara aku memanggil yg mcm halilintar ni.
Maka berakhirlah kisah semalam shopping melepas gian... Apapun memandu kereta setelah sebulan lebih dok terperap kat rumah sgt membuat aku teruja. Rasa mcm baru dpt lesen pulak hahaha. Tapi sgt2 tension nak uruskan 3 org anak2 yg x reti dok diam tu dgn baby ni. Takpe aku perlu membiasakan diri lagi.
Apapun derita sakit pinggang aku ni makin menjadi2.... oohhhh sakitnye..
Nota jari : Baru je suami kasi elaun....dah habisssss dah huhuhu....
0 bunga tulip:
Catat Ulasan