Seperti yang dijanjikan..kali ni bercerita pasal baby plak
hehe...
Alkisahnya aku bersalin juga seperti yg aku ingini iaitu
secara semulajadi.
Begini ceritanya..
Aku sebenarnya baru dapat tahu bahawa jika ingin cepat
bersalin selalunya bersama dgn suami. Nurse kat klinik pun selalu cakap camtu
gak. So aku mmg praktikkan jugaklah walaupun x bape nak larat.. Suami ler yg jadi mangsa hahaha...
Pada 18hb tu akupun bersamalah macam biasa Cuma aku suka
bila lepas bersama aku biarkan lama baru cuci..konon nak serap ler sbb nurse
cakap air mani tu akan melembutkan lapisan servic kot..nnti mudahkan bukaan
rahim camtu.
Masa tu pun dah nak sahur so suami g masak sementara aku nak
mandi dulu. Masa tu dah sakit giler dah tapi aku cuba tahan sbb kalau sakit
camtu dah biasa dah aku rasa setiap hari tapi x beranak pun hehe.
Lepas tu sahur macam biasa. Sahur terakhir sbb dah nak raya
dah esoknya tu kan. Sempat gak borak nak masak apa hari tu sbb org semua masak lauk raya. Pastu kitorg plan nak makan kat McD je buka puasa nanti sbb aku teringin giler nak GCB tu hehe. Aku masih lagi sakit dan rasa susah nak berjalan sbb sakit
kat ari2 tu. Tapi buat dek jugak Cuma aku berehat je. X sempat nak solat Subuh
sbb mmg x leh berdiri lama sgt pun..duduk pun x leh.. baring je utk hilangkan
sakit tapi x hilang jugak.
Aku bangun ke tandas nak buang air besar sbb mmg dah lama x
buang air besar. Ada aku makan ubat utk buang air besar so x hairan sgtlah g
tandas kerap tu. Aku g dalam 4 kali camtu..habis semua aku dah buang kot..Tapi
dalam masa yg sama sakit masih x hilang. Sampai x leh berdiri betul..berpaut2
nak berdiri tu.
Bila aku rasa lain macam tu, aku bersiaplah apa yg patut
macam mandi, ketip kuku, berkemas baju anak2 utk dihantar ke rumah abang.
Dalam kul 9am camtu aku suruh suami g hantar anak2 dulu. Aku
xpe..masih boleh bertahan. Nasib suami aku ni x panik..tenang je. So aku releks
lagi kat kerusi sambil layan sakit yg datang 15minit sekali tu. Fuhh mmg x
tahan sakit tu tp dah itu prosesnya so bertahan jelah.
Dalam kul 11am aku gerak ke hospital bila aku pk aku ni nak
bersalin anak ke 4, bukaan jalan dah ada so takut kang terbarai kat rumah plak.
Tapi aku suruh suami bawak kete perlahan je, x payah nak laju2..dah sampai
hospital pun aku masih lagi nak tunggu dlm kete. Kul 12pm baru gerak ke kamar
bersalin. Itupun g kat bahagian kecemasan tu soh diorg hantar aku ke kamar
bersalin sementara suami g cari parking.
Pastu dah sampai diorg pun tanyalah ada kuar tanda ke, aku
cakap xde sbb diorg nampak aku releks je muka. Pastu diorg suruh g kencing dan
tukar baju. Baring kat katil utk diorg cek bukaan. Aku dah debar dah bab seluk
menyeluk ni..fobia hehe. Tapi bila doktor cek dia cakap dah 7.. Kat hati aku ni
rasa nak meloncat je..suka sgt hahaha...
Diorg terus bergegas bawa aku ke bilik bersalin tu. Apa
semua prosedur buat kat dalam bilik tu. Aku sakit kejap2 je agaknya dalam 10 ke
5 minit sekali kot.. Suami masa tu g kaunter bayaran utk kemasukan wad. Aku mmg
request wad kelas pertama bilik sorang je.. malas nak berebut tandas hehe dan
bole control aircond...
Nasib baik suami aku sempat masuk bilik bersalin tu so aku
mmg lega sgt2.. Tapi bukaan aku masih lagi 7 masa tu. So diorg jalankan
prosedur macam biasa, pecah ketuban plak. Kali ni aku bersalin diorg xdepun
masukkan ubat yg cucuk kat jubur tu utk buat kita berak hehe..
Lepas je diorg pecahkan ketuban tu aku rasa nak mengiring
sbb dah lenguh asyik terlentang je. Tapi x lama je lepas aku mengiring tu
tetibe aku rasa cam nak meneran sgt plak tp aku cuba tahan tapi x tahan
rupanya. Terus aku kata nak meneran dan aku mmg meneran. Terus kepala baby dah
nampak so nak tak nak mmg kene teruskan teran utk kuarkan baby..fuh masa tu
tuhan je yg tahu perasaan dan rasanya camne...
Nasib baik ada suami yg teman..so aku x rasa keseorangan
masa..walaupun dah x nampak dia tapi dapat dengar suara dia pun dah beri
kekuatan pada aku. Aku x nampak sbb aku dah pejam mata x leh bukak..sakit punye
pasal hehe..
Meneran pun x lama..dalam 3-4 kali je kot terus kuar dah
baby sbb mmg gesanya sgt kuat. Lepas diorg potong tali pusat maka meluncurlah
baby tu kuar bila diorg tarik..lega sgt aku rasa masa tu..
So macam biasa mmg xde keajaiban pun.. lelaki jugak hehe
tapi xpelah sbb mmg dah byk dah baju aku beli mmg semua boy..secara x sengaja
ok. Maka bermulalah hari aku bersama baby baru..aku mmg suka baby..bau dia
harum sgt..lembut dan hmmm sukarnya nak gambarkan perasaan happy ada baby ni.
Lepas diorg bawa keluar baby, suami pun keluar jugak tunggu
kat luar..tinggal nak jahit luka aku je. Luka tetap ada walaupun aku x terasa
sgt..yelah yg kuarkan baby 4kg..x byk, sikit mesti koyak jugak. Tapi kali ni
mmg sikit je koyak kata nurse hanya kulit sahaja. Isi dalam x
koyak.alhamdulillah tapi sakit jugak dia jahit huhuhu...
Lepas jahit diorg bagi aku baby suruh menyusu badan...moment
yg aku tunggu sgt..mmg suka susukan baby...indahnya dapat tgk muka dia dekat2.
Tapi dalam keadaan jahitan yg masih baru dan keadaan yg x selesa malah masih
baru lagi..susu pun xde..saje je bagi ransangan kat baby tu..tp mmg sgt x selesa
sbb aku x leh baring, kene bagi duduk, diorg tegakkan kepala katil je
huhu..sakit wooo kat jahitan tu..
Lepas lama menunggu nurse kat wad amik aku balik wad dlm kul
4pm camtu. Oh lupa nak bitau, masa bersalin aku ni x sampai 1 jam pun. Masuk
dlm kul 12pm pastu bersalin dlm 12.49pm..kejap je rasa malah aku x sempat nak
nangis pun hehe..
Aku menangis pun lepas bersalin tu sbb aku x sangka apa yg
aku doakan dimakbulkan Allah..kesemuanya..xde satupun yg Dia x tunaikan...aku
sgt terharu sbb aku ni bukanlah hambanya yg baik tapi Dia sgt2 Maha Penyayang
dan Maha Mendengar.. aku rasa malu sgt..
Apa yg aku minta masa tu utk lahirkan anak ni secara
semulajadi. Aku nak dalam keadaan tenang. Kurangkan kesakitan dan mudahkan
bersalin. Alhamdulillah semuanya aku dapat.. lagipun suami ada g umrah sebelum
ni mmg minta dia doakan supaya mudahkn bersalin dan dapat baby girl tp mg x
mengharap sgtpun..asalkn baby sihat dan sempurna pun alhamdulillah.
Lepas masuk wad maka x sudah2lah aku menyusukan Zafry ni
tapi susu tetap xde sbb masih lum kuar lagi. Aku dah mampu ke tandas lepas tu
dan bole berjalan...x letih sgt sbb kejap je kesakitan tu.
Tapi waktu malam aku mmg x selesa dgn ada jarum kat tangan dan
ada air yg dia masukkan utk kecutkan rahim..aduh dah ler sakit benda tu kalau
aku gerakkan tangan. Pastu baby nangis je plak. Rupanya dia berak. Tapi dlm
masa aku nak salinkan berak dia tu, dia muntah warna cam coklat gelap pastu aku
tgk tali pusat dia cam berdarah..so aku mmg panik giler ler..
Call nurse suruh datang pastu diorg amik baby bawak ke
depan. Panggil doktor paedatrik tgkkan baby tapi baby ok. Doktor cakap kalau
muntah hijau tu bahaya...muntah dia cam warna coklat darah ni mungkin terminum
masa nak lahirkan dia..darah kat tali pusat tu bukan kat pusat dia tapi darah
dari pusat yg dikepit..maknanya darah aku jugak.
So selesaikan masalah tu. Tido semalam kat hospital. Dengar
takbir raya dr Masjid yg berdekatan..sayu sgt. Tapi mesti arwah mak dan baba
puas hati sbb dapat tgk aku dan baby dan aku yakin dia ada doakan dan membantu
aku sedikit sebanyak...
Tapi mmg x leh tido pun sbb baby asyik nangis je..rupanya
kali ni sbb dia lapar so nurse bagi susu kat dia dan dia tido je lepas tu.
Esoknya aku bole balik maknanya hari raya yg xde rasapun rayanya pada aku dan
keluarga. Tapi happy sbb dapat baby hehe..
Apapun pengalaman bersalin kali ni sgt2 mudah dan kalaulah
aku nak beranak lagi mesti rasa x serik bila kenangkan semula apa yg aku alami
ni. Tapi sayangnya ini adalah yg terakhir aku nak mengandung lagi. Cukuplah
lelaki 4 orang dah. Aku pun nak tumpukan perhatian skrg kat anak2 yg sedia ada
dan diri sendiri. Ini pun dah rasa x cukup kaki dan tangan nak buat keje.
Aku berharap anak2 aku ni nanti akan menjadi anak yg soleh
dan menyayangi keluarganya terutamanya aku. Aku Cuma risau jika aku sakit nanti
ntah ada ke tidak anak2 yg sudi jaga aku macam aku jaga mak dan baba aku
dulu...harapnya ada salah seorg daripada mereka yg sayang aku lebih dr diri
sendiri yg sanggup berkorban apa sahaja demi aku dan juga ayahnya..berbakti
bukan utk harta tapi pahala..
Nota jari : Aku hanya ganti puasa hanya 1 hari je. Aku juga xde minum air selusuh cuma aku minum air zam zam yg suami bawa balik masa mengerjakan umrah dulu. Sebelum minum tu ada doakan agar mudah bersalin je..
Nota jari : Aku hanya ganti puasa hanya 1 hari je. Aku juga xde minum air selusuh cuma aku minum air zam zam yg suami bawa balik masa mengerjakan umrah dulu. Sebelum minum tu ada doakan agar mudah bersalin je..
0 bunga tulip:
Catat Ulasan