Ahad, 15 Mei 2011

Luahan terpendam...



Aku mmg benci dia..daripada dia sihat sampai sakit aku mmg tak suke dia..meluat..menyampah..benci..

Kalau ikutkan mak tak maafkan dia sehinggalah mak hembuskan nafas terakhir..begitu juga aku sbb buat mak jadi sampai macam tu..aku benci dia..

Betapa menderitanya mak aku sbb daripada mulut dia yg mcm longkang tu buat perasaan mak sakit tanpa henti..jiwa mak tertekan tidak tertahan..hati mak pedih dihiris-hiris...

Ucapan maaf..terima kasih..tidak utk mak..walaupun berjuta kali dia buat mak sakit hati tanpa simpati.

Aku mmg benci dia...sbb aku lebih sayangkan mak daripada dia..mak yg jadi kawan sejati tidak kira aku susah atau senang..pemberi semangat dan penghibur utk aku...

Kalau aku ikutkan hati..aku tak nak jaga dia disebabkan sikap dia yg dahulu...aku benci dia..dan mmg aku dah janji dgn mak yg aku takkan jaga dia sbb mak yg suruh aku janji dgn dia..

Aku benci dia..aku benci dia...

Apa salah mak sehingga dia tuduh mak berzina sedangkan dia tahu itu tak benar..

Apa salah mak sehingga dia cemburu tak bertempat bila mak berpakaian cantik sedangkan dia sendiri tak mahu bawa mak pergi mana2..

Apa salah mak sehingga dia buat mak selalu sakit hati dan maki hamun mak..

Kenapa dia suka bersikap munafik..

Kenapa dia suka ingat kesalahan org pada dia tapi tidak kebaikan org pada dia..

Kenapa dia suka melaknat org sedangkan dia bukan tuhan..

Kenapa dia sanggup mengaku yg dia takde anak yg dah tentu2 hasil daripada dia sbb anak tu cuba nak bawa dia ke jalan yg betul..

Kenapa dia kejam dgn keluarga dia sendiri tp tidak pada org luar..

Aku benci dia...

TAPI....

Sekarang...dia dah sakit...terbaring lesu lemah di katil.

Tiada kata2 lagi yg menyakitkan hati..

Tiada lagi suara yg buat aku benci sgt kat dia..

Diam..tido..termenung..sayu..

AKU...tiada lagi ada apa2 perasaan pada dia..

Marah..tak..benci..tak..sayang..tak..kesian..ya..

Dia dah tak berdaya sekarang ni..takde apa yg dia nak buat utk sakitkan hati org lagi dah..

Dia buat hal dia sendiri..dia sendiri..sendiri..

Aku jaga..aku buat segalanya utk dia sebagaimana dia buat utk aku masa kecik..itupun kalau ada tapi klu xde pun xpe..aku tetap anak dia..

Dia penah dukung aku masa aku kecik..

Pernah pujuk aku masa aku menangis..

Pernah angkat aku ke katil masa tertido depan tv..

Pernah bela aku walaupun aku buat kesilapan..

Pernah hantar dan amik aku dari sekolah..

Pernah layan kerenah nakal aku masa kecik..

Pernah buat segala2nya utk aku dulu...

Cukuplah tu...seorg anak tetap perlu balas jasa ibu dan bapa walau sejahat manapun yg penah dia lakukan pada dia dahulu...

Tanpa ibu bapa..siapalah kita..

Memang aku terfikir nak cakap..aku jugak x minta dilahirkan...

Tapi itu semua Allah yg tentukan..dapat ibu bapa yg begini..keluarga yg begini..kehidupan yg begini...

Memang tak minta tapi Allah dah beri...nikmat yg Allah dah berikan dah cukup byk dah..

Dapat menggunakan pancaindera dgn sempurna pun dah SYUKUR ALHAMDULILLAH...

.....

Ya Allah..Kau mudahkanlah perjalanan hidup aku..berikan hidayahMu pdku..berikan kekuatan iman dan ketabahan pada diriku..tingkatkan kesabaranku ditahap yg tiada had..bahagiakn keluarga aku dan org yg berada disekelilingku dan yg mengenali diriku..sentiasa tunjukkan aku jalan yg benar..dan ampunkanlah aku dan semua saudara Islamku...lindungilah kami daripada termakan hasutan syaitan yg sentiasa akan menyesatkan umat islam..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster